Selepas 21 tahun, Chanel Chance kini melahirkan Chance Eau Fraiche Eau de Parfum yang baharu, istimewa buat mereka yang menghargai sisi lain Chanel, yang lebih segar, lebih chic.
Jacque Polge mencipta Chance pada 2002. Dia yang pada waktu itu memegang tampuk ketua pereka haruman di Chanel (juga digelar sebagai ‘The Nose’) mencipta Chance dengan imej yang amat berbeza dengan haruman Chanel yang lain yang pada waktu itu sangat sinonim dengan imej dan ton hitam putih dan keemasan, mencermin imej mewah dan eksklusif.
Chance tampil berbeza, membias imej feminin, chic dan agak cute pada pemerhatian saya. Sejak diperkenalkan Chanel Chance tampil dalam pelbagai versi. Bermula dengan versi Eau de Toilette, ia kemudian hadir dalam versi Parfum dan ada juga Chance Eau Fraiche pada tahun 2007.
Tahun ini menyaksikan Chance Eau Fraiche mengharum dalam intepretasi yang baharu. Olivier Polge memberi sentuhan berbeza buat Chance berbanding yang dulu (Jacque Polge adalah ayahandanya).
Sewaktu diperkenalkan Chance Eau Fraiche tampil dengan bau bunga-bungaan yang bersifat ringan baunya, beradun mesra dengan pesona sitrus dan kuntuman melati selain diberi sentuhan bau kayu-kayan.
CHANCE EAU FRAÎCHE YANG BAHARU
Jadi apa yang Olivier Polge buat untuk edisi yang baru ini? Dia mengahwinkan Chance Eau de Toilette dengan edisi Eau de Parfum. Olivier mahu menyemarakan haruman ini tanpa menghilangkan elemen ringan dan segar yang memang sangat sinonim dengan Chanel Chance.
“Sisi baru Chance Eau Fraiche ini melibatkan perubahan yang sangat ‘lembut’. Idea dan objektif asal adalah untuk membuatkan haruman ini lebih segar. Nota-nota sitrusnya juga lebih menonjol dan nota asasnya seperti amber lebih menyerlah.”
Kata Olivier cabaran utama untuk mereka versi baru ini ialah untuk meningkatkan kepekatan aromanya, menyerlah nota dasarnya dan dalam masa yang sama mengekalkan kualiti kesegaran haruman ini.
APA PULA KARAKTER CHANCE EAU FRAÎCHE?
Ia masih punya kesegaran dan warna-warna pada cirinya, yang mana bau jasmin masih lagi menonjol yang juga menjadi persamaan pada karakter EDT dan EDP. Cuma apa yang membezakannya ialah kepekatan pada setiap nota itu- nota atas, tengah dan asas.
Menurut Olivier apa yang membezakan Chance Eau Fraiche EDT dengan EDP ialah versi EDP lebih segar. Bau kayu-kayannya juga lebih menyerlah dan dikuatkan dengan sentuhan aldehydes. Sekaligus bau jasmin lebih mewah dan mencipta sisi baru buat haruman ini.
Dekati haruman segar ini di pautan INI!