Tidak perlu menyeksa diri kepada penderitaan yang begitu mendalam dalam rutin diet harian anda, sehingga perlu menahan diri dari berlapar dan mengikat perut. Dengan hanya perlukan pengetahuan tentang rejimen pemakanan yang sesuai dan betul, anda akan capai berat ideal yang diidamkan.
Menjaga berat badan yang optimum adalah aspek penting dalam mewujudkan tubuh yang sihat. Pelbagai metodologi wujud untuk mencapai kejayaan ini, termasuk penggunaan rejimen pemakanan yang cepat. Walaupun idea untuk menurunkan berat badan dengan cepat kedengaran menarik, namun ia bukan mudah untuk menurunkan berat badan dengan cepat melalui diet yang tidak sihat.
Penurunan berat badan yang ideal ialah 0.5-1 kg seminggu. Bagi mereka yang ingin mencuba menurunkan berat badan dengan cara yang sihat, boleh cuba ikuti 7 cara yang EH! kongsikan ini.
Intai 7 Diet Yang Sihat Dan Betul:
1. Sarapan Pagi
Tanggapan bahawa meninggalkan sarapan pagi boleh menurunkan berat badan dengan cepat, adalah salah sama sekali. Sarapan pagi penting untuk mengekalkan fungsi optimum badan untuk memperoleh khasiat dan memberikan tubuh tenaga yang diperlukan untuk melaksanakan tugas harian, pada masa yang sama ia memastikan perut anda kenyang untuk tempoh yang lama. Tanpa pengambilan sarapan pagi, kecenderungan untuk anda makan secara impulsif dan berlebihan akan bertambah. Semasa sarapan pagi, pilih sarapan berkhasiat yang diperkaya dengan protein, karbohidrat dan serat, contohnya telur, susu, kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Penggunaan Pinggan Mangkuk Yang Lebih Kecil
Walaupun tip ini kelihatan seperti satu jenaka, namun ia terbukti berkesan. Melalui penggunaan pinggan atau mangkuk kecil, seseorang akan cenderung untuk mengambil bahagian yang lebih sederhana. Secara beransur-ansur, amalan sedemikian akan membiasakan individu dengan norma alternatif ini. Dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa waktu makan, seseorang boleh mengurangkan selera makan dengan berkesan dan seterusnya mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan.
3. Pengambilan Air Putih Sebelum Makan
Biasakan diri anda dengan amalan pengambilan air putih sekurang-kurangnya setengah jam sebelum menikmati hidangan. Rutin khusus ini mempunyai keupayaan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang berlebihan pada masa yang sama memberikan rasa kenyang. Minuman air putih sebelum makan bukan sahaja memberikan rasa kenyang tetapi juga memberikan kesan penghidratan pada lapisan gastrik, dengan itu mengurangkan sebarang kegelisahan yang dialami semasa pengambilan.
4. Hindari Makanan Proses
Makanan yang diproses, termasuk buah-buahan kering, makanan beku, bijirin sarapan pagi, makanan segera, roti, biskut, sayur-sayuran dalam tin dan daging yang diproses adalah tidak digalakkan sama sekali dalam rutin diet anda. Sebaliknya, adalah dinasihatkan untuk memilih buah-buahan segar, sayur-sayuran, ikan dan kacang kerana ia menawarkan nilai pemakanan yang bermutu dan menggalakkan rasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
5. Menghitung Pengambilan Kalori
Menentukan pengambilan kalori merupakan tip penting semasa penurunan berat badan. Untuk hasil yang optimum anda disarankan untuk sentiasa mendokumentasikan dengan teliti setiap hidangan yang diambil, sama ada melalui kaedah manual atau mengunakan penjejak makanan dalam talian, ia terbukti sebagai pendekatan yang paling mujarab ke arah mencapai rejimen pemakanan yang pantas dan berjaya.
6. Pausa ‘Intermittent’
Biasanya dirujuk sebagai IF, mewakili pendekatan pemakanan yang mengatur pengambilan nutrisi berdasarkan jadual waktu yang telah ditetapkan, berpuasa pada tempoh makan yang ditetapkan dan tempoh berpantang daripada makanan. IF berfungsi sebagai kaedah diet yang berkhasiat dan cekap. Amalan puasa intermittent, telah mendapat populariti yang meluas kerana keberkesanannya dalam menurunkan berat badan berlebihan.
7. Tidur Yang Cukup
Memperoleh tidur yang mencukupi memainkan peranan penting dalam rutin penurunan berat badan. Kekurangan tidur yang berkualiti mengganggu keseimbangan hormon yang mengawal selera makan, mencetuskan tindak balas pada badan yang boleh menyebabkan anda mengalami kelaparan dengan cepat. Tambahan pula, tidur yang tidak mencukupi berpotensi untuk menghalang fungsi metabolik individu dan mengganggu pengeluaran insulin. Rehat yang tidak mencukupi telah dikatakan mencetuskan perubahan dalam keseimbangan hormon badan, iaitu ghrelin dan leptin yang boleh menyebabkan gastrik.
Artikel Berkaitan: Diet Kesihatan Pelik Yang Diamalkan Atlet Selebriti Popular