Jean merupakan pemakaian ruji yang tahan lama dan ia menjadi pilihan harian bagi kebanyakan orang masa kini. Namun, seringkali kita mengabaikan pentingnya menjaga jean dengan baik, lihat panduan praktis yang anda boleh ikuti dalam penjagaan jean:
Tidak hanya sebagai pilihan gaya, jean juga merupakan simbol individualisme dalam mengespresikan diri. Dengan potongan yang fleksibel dan bahan yang kuat, jean dapat digunakan dalam pelbagai aktiviti harian tanpa batas. Mungkin ada beberapa orang mungkin lebih sukakan jean dengan tampilan yang bersih dan rapi, sementara yang lain mungkin memilih jean yang terlihat usang dan sedikit koyakan untuk menciptakan penampilan yang lebih kasual dan santai.
Namun untuk memastikan jean anda sentiasa dalam keadaan bagus dan baik, ada beberapa Do’s dan Don’ts yang perlu diperhatikan. Dengan mengikuti Do’s dan Don’ts ini, jean anda akan kekal kelihatan segar seperti baru membeli dan lagi tahan lama daripada biasa.
Do’s:
1. Asingkan
Saat ingin mencuci jean, pastikan anda memisahkan ia daripada pakaian lain. Kerana warna denim cepat luntur dan cara ini ingin menghindari percampuran dengan pakaian lain yang mungkin akan terwarnai olehnya.
2. Gunakan bahan pencuci lembut
Pilih bahan pencuci yang lembut dan rendah pH untuk mencuci jean anda. Bahan pencuci yang terlalu keras boleh merosakkan denim dan menyebabkan warnanya luntur terlalu cepat. Antara bahan pencuci yang direkomendasikan ialah, sabun serbuk; Top Low Suds Detergent Powder dan sabun cecair; TOP (Silku Miracle).
3. Cuci dengan air sejuk
Tetapankan mesin basuh anda pada kitaran halus dan basuh seluar jean dengan air sejuk. Ini adalah kunci untuk mengelakkan jean anda menyusut dan kehilangan bentuknya.
4. Putarkan luaran jeans ke dalam
Sebelum mencuci, balikkan jean anda dengan sisi luar ke dalam. Ini akan membantu menjaga warna dan mengurangi gesekan pada bagian luar yang dapat mengakibatkan kehausan luar jean yang selalu berlaku di sepanjang poket dan pinggang.
5. Jemur bawah matahari
Adalah lebih baik mengeringkan jean secara natural di bawah matahari daripada menggunakan pengering. Kepanasan mesin basuh yang berlebihan dapat merosakkan jean dan mengecilkan seluar jean. Sebaliknya, gantung seluar jean sehingga kering menggunakan rak tuala di bawah matahari. Kemudian simpan ia dengan cara digantung atau dilipat rapi agar tidak menghilangkan bentuknya.
Don’ts:
1. Jangan kerap mencuci
Jean tidak perlu dicuci setiap kali dipakai. Jika anda terlalu sering mencuci, ia akan menyebabkan kehausan fabrik -lebih mudah untuk terkoyak. Cukup hanya mencuci ia ketika sudah kotor atau berbau.
2. Jangan gunakan pemutih baju
Hindari penggunaan pemutih atau pencuci baju yang mengandungi pemutih pada jeans denim. Ini akan merosakkan warna natural jean.
3. Jangan keringkan dengan mesin pengering
Pengering panas dapat mengakibatkan jeans menyusut dan kehilangan bentuk. Lebih baik mengeringkan ia secara semulajadi dibawah matahari.
4. Jangan selalu seterika
Menseterika jean secara berlebihan akan merosak bentuk dan warna jean. Jika perlu menggosok, tetapkan suhu rendah dan gunakan kain pelindung di atas jean terlebih dahulu.