Ikuti jurnal pengarang digital, Farah Ain mengongsikan produk Wardah pilihannya, yang terbaik dan pasti mengujakan buat penggemar tegar produk kecantikan dari negara seberang ini.
Hello Wardah girl! Amaran, ini bukan artikel tajaan dan ini ialah reviu jujur saya tentang produk kecantikan manufaktur komestik terbesar di Indonesia, Wardah, Beauty Cosmetics. Saya sudah mengenali Wardah semasih menuntut ilmu di institusi pengajian tinggi. Kembali ke zaman belajar dahulu-kala, dari seorang remaja perempuan yang ingin kelihatan cantik, dia berusaha untuk mengenali dunia kecantikan sendiri.
Wardah, ini lah produk kecantikan pertama yang saya kenali. Ia cukup terkenal dikalangan rakan universiti dan mereka saling rekomendasi satu sama lain. Pada percubaan pertama, saya agak khuatir akan kondisi wajah selepas menggunakannya. “Adakah kulit saya akan bertindak negatif atau positif?“. Kekeliruan itu terjawab oleh kebanyakkan respons yang saya dengar dari rakan ialah mereka amat berpuas hati dengan produk sijil halal Indonesia ini, umpama ‘Alah membeli menang memakai’.
Ia seperti ketagihan yang setiap wanita akan ulangi, kerana keberkesanan yang jelas terpancar pada wajah selepas menggunakan produk ini. Pada awal penggunaan, jujur saya katakan hampir putus asa kerana tiada hasil namun kerana konsistensi dan rasa tekstur yang nyaman dan lembut pada wajah, membuatkan kulit saya mulai menunjukkan hasil yang baik selepas lebih sebulan mengamalkan rutin produk kecantikan ini. Tahun demi tahun, ia mengembang dengan pesat dari pencuci muka sehingga kepada gincu terbaik, jadi apakah rahsia Wardah, Beauty Cosmetics selama ini yang cukup mengagumkan bukan sahaja saya malah seluruh rakyat Malaysia yang terus setia menggunakannya hingga kini?
Kini, menginjak usia sebagai pengarang, saya dijemput sendiri oleh perusahaan manufaktur komestik terbesar di Indonesia, PT Paragon Technology and Innovation untuk melihat dan merasai pengalaman yang tidak ternilai, melihat proses pembuatan Wardah dari penyelidikan cecair sehingga kepada penghasilan dalam tiub produk.
Seperti mimpi, kerana saya tidak pernah terfikir untuk mengapai impian sejauh ini, undangan eksklusif ini amat dekat dihati dan terus membuka mata saya, hanya perkataan ‘WOW’ sahaja cukup menggambarkan keseluruhan trip ini. Jurnal kecantikan selama 3 hari 2 malam di ibu kota Jakarta, membuatkan saya ingin memahat kenangan disini. Rujukan kecantikan ini bukan hanya buat saya, malah pada pengguna produk kecantikan Wardah dan pada mereka yang masih mencari yang terbaik untuk kecantikan wajah.
https://www.instagram.com/reel/CvKQc2PNUoG/?hl=en
Salah satu hal yang pertama kali saya perhatikan tentang Wardah adalah kesederhanaan dalam desain kemasannya. Produk-produk Wardah memiliki tampilan yang elegan dan tetap bersahaja. Warna putih dan logo yang khas membuatkannya terlihat bersih dan profesional. Kemasan yang ramping dan friendly user membuatnya mudah disimpan di dalam tas kecil saya, sehingga saya mudah menjaga penampilan di mana pun saya berada.
Selain desain kemasannya, apa yang membuatkan Wardah menonjol ialah falsafah kecantikan mereka, “Beauty Moves You“. Amat memfokus pada kecantikan alami dan menekankan penggunaan bahan-bahan yang baik dan halal untuk kulit, ia memenuhi ekspetasi saya dalam hal ini kerana saya selalu mencari produk yang tidak hanya membuat saya terlihat cantik, tetapi juga merawat kulit saya.
Produk yang dikeluarkan terdiri daripada empat kategori, iaitu produk penjagaan kulit khususnya wajah (skincare), penjagaan tubuh (bodycare), penjagaan rambut (haircare), dan solekan (makeup). Seperti meliputi toner, serum, pembersih wajah, sabun wajah, pelembab, micellar, scrub wajah, krim wajah, krim mata, serta essence memberikan hasil yang ringan pada kulit saya dan membuat saya merasa lebih berkeyakinan diri.
Satu lagi hal yang saya hargai tentang Wardah ini adalah komitmen mereka terhadap kelestarian dan pemerkasaan wanita dalam sosial budaya. Aktif dalam berbagai program yang menyokong wanita seperti program “Wardah for Women” dan penggunaan bahan-bahan mesra alam menunjukkan bahawa Wardah bukan hanya tentang kecantikan luar, tetapi juga tentang kecantikan dalaman dan tanggung jawab sosial.
Produk Wardah yang menjangkau lapisan antarabangsa ini menawarkan produk-produk berkualiti tinggi, juga memiliki visi yang jelas terkait kecantikan, pemerkasaan wanita dan paling penting, ia memiliki sijil Halal. Jika anda mencari produk kecantikan yang terjangkau dan berkualiti, saya sangat merekomendasikan anda untuk mencuba produk-produk Wardah. Berikut ialah top 5 produk terbaik Wardah pilihan saya:
1. Wardah Lip Balm
Antara produk kecantikan wajib ada dalam tas tangan ialah Lip balm. Antara rekomendasi saya, Wardah Lip balm ini memberikan kelembapan ekstra pada bibir anda, menjadikan bibir mungil dan kelihatan sempurna.
2. Wardah Lip Cream Matte
Wardah Exclusive Matte Lip Cream dilengkapi dengan formula matte yang tahan lama. Gincu pelbagai warna melebihi 10 ini memberikan kemasan yang lembut, matte dan elegan pada pemakai.
3. Wardah Instaperfect Super Fix Mattifying Translucent Powder
Bedak tabur ini membantu mengurangi minyak berlebihan pada wajah tanpa membuatnya kelihatan kusam. Sesuai untuk pemakaian hari-hari.
4. Wardah White Secret Pure Treatment Essence
Serum ini membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam kerana terdedah kepada pencemaran dan mengurangi bintik hitam. Tekstur yang ringan dan mudah meresap, membuat kulit terasa segar dan cerah.
5. Wardah EyeXpert Optimum Hi-Black Liner
Ekspres gaya lengkap anda dengan segaris sempurna Wardah EyeXpert Optimum Hi-Black Liner. Produk penggaris mata versatil ini punya ketahanan yang tinggi terutama terhadap air, cuaca, sebum dan tidak comot.
Baca: ColorFit Perfect Glow Cushion Rahsia Solekan Wardah Beauty