Zodiak telah lama menjadi sebahagian dari kehidupan manusia, tidak hanya sebagai berpanduan astrologi, tetapi juga sebagai sarana untuk memahami sifat dan keperibadian seseorang. Meskipun umum tahu bahawa pasangan ideal tidak perlu selalu bergantung kepada zodiak semata, tetapi tidak ada salahnya untuk merenung kembali bagaimana ciri-ciri astrologi ini dapat mempengaruhi hubungan kita.
Walaupun astrologi dapat memberikan gambaran tambahan mengenai potensi keserasian sesuatu hubungan, ingatlah bahawa setiap hubungan memerlukan komunikasi, pemahaman, dan usaha bersama. Jadi, jangan takut untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang mungkin mempunyai tanda zodiak yang berbeza. Perkara yang paling penting dalam hubungan adalah mencari seseorang yang mencintai anda untuk siapa diri anda dan mengimpikan hubungan yang bahagia dan kekal selamanya.
Semak pasangan ideal anda berdasarkan zodiak:
1. Aries (21 Mac – 19 April) dan Leo (23 Julai – 22 Ogos)
Aries dan Leo adalah dua zodiak api yang penuh semangat dan tenaga. Mereka cenderung untuk suai diri dengan pantas kerana keduanya menghargai kehadiran satu sama lain, mempunyai keberanian, dan ketulusan dalam mencintai. Kedua zodiak ini menyukai perhatian dan kombinasi ini dapat menjadi magnet hubungan yang kuat. Selain, bersama-sama dapat mencapai kecermelangan dalam hidup dan memberikan persaingan yang sihat dalam hubungan.
2. Taurus (20 April – 20 Mei) dan Virgo (23 Ogos- 22 September)
Taurus dan Virgo adalah pasangan bumi yang sangat stabil dan praktikal. Keduanya menghargai keamanan, tersusun, dan kerja keras. Mereka cenderung membuat senarai kehidupan bersama dan menjalani kehidupan yang mengikuti peredaran semasa. Ketelitian Virgo dan keteguhan Taurus membuatkan hubungan ini berkembang mekar dan saling jatuh cinta berkali-kali kerana memiliki kefahaman yang sama.
3. Gemini (21 Mei – 20 Jun) dan Libra (23 September – 22 Oktober)
Gemini dan Libra adalah pasangan udara yang dinamik dan sosial. Keduanya cerdas, ramah, dan menyukai topik luar biasa. Memiliki banyak minat bersama dan cenderung memiliki jaringan sosial yang besar, kecerdasan Gemini dan kesabaran Libra membuatkan hubungan mereka kelihatan menarik.
4. Cancer (21 Jun – 22 Julai) dan Scorpio (23 Oktober – 21 November)
Cancer dan Scorpio adalah pasangan air yang emosional dan intuitif. Mereka cenderung untuk terikat pada satu sama lain secara emosional dan dapat membaca perasaan masing-masing dengan sangat baik. Kedalaman emosi ini membuatkan hubungan mereka menjadi bermakna dan menghargai pendapat masing-masing.
5. Leo (23 Julai – 22 Ogos) dan Sagitarius (22 November – 21 Disember)
Leo dan Sagitarius adalah pasangan api yang penuh semangat dan bertenaga. Mereka saling menghormati cita-cita dan pengembaraan satu sama lain. Keduanya suka menjelajahi dunia dan mencari ilmu, budaya dan sosial baharu secara tidak langsung melahirkan hubungan yang dipercayai dan positif.
6. Virgo (23 Ogos – 22 September) dan Capricorn (22 Disember – 19 Januari)
Virgo dan Capricorn adalah pasangan bumi yang praktis dan bercita tinggi. Keduanya memiliki orientasi yang kuat pada kejayaan dan tanggungjawab. Diramalkan menjadi pasangan yang intim di kamar, kedua zodiak ini akan berjaya dalam mencapai tujuan bersama.
7. Libra (23 September – 22 Oktober) dan Aquarius (20 Januari – 18 Februari)
Libra dan Aquarius adalah pasangan udara yang penuh ideal dan sosial. Mereka memiliki minat yang sama dalam soal politik, kemanusiaan, dan masalah sosial. Keduanya suka berkongsi pendapat yang positif dan ingin menyebarkan rasa positif pada orang sekeliling.
8. Scorpio (23 Oktober – 21 November) dan Pisces (19 Februari – 20 Mac)
Scorpio dan Pisces adalah pasangan air yang bersungguh-sungguh dan tinggi hubungan romantik. Keduanya dapat merasakan perasaan satu sama lain dengan sangat mendalam dan cenderung untuk memiliki ikatan emosional yang kuat dan menyokong satu sama lain ketika dilanda musibah.
Baca: Inspirasi Destinasi Kembara 2022 Berdasarkan Zodiak Cina Anda