Fazziq Muqris dikurnia personaliti yang cukup warm, dilihat bijak bermesra dengan sekeliling. Pelakon, hos dan penyampai radio ini sedang rancak menghimpun pengalaman dan ilmu dalam ketiga-tiga bidang yang diceburinya. Berpandukan prestasi dan komitmen yang ditunjukkan, tidak mustahil dia akan menjadi salah satu nama besar dalam dunia pengacaraan.
Bila dan di mana kamu paling gembira?
Apabila saya melancong ke London dan ketika saya berada di atas padang bola sepak.
Apakah bakat lain yang kamu ingin miliki?
Mungkin bakat dalam seni mempertahankan diri dan juga menjadi pengacara secara live.
Jika kamu boleh mengubah sesuatu tentang diri kamu, apakah ia?
Ingin menjadi seorang atlet sama seperti zaman sekolah dahulu. Saya masih seorang yang aktif, tetapi rutin yang kerap saya lakukan dulu sangat-sangat dirindui.
Bagaimana kamu berhadapan dengan kegagalan?
Kegagalan yang pertama adalah pengajaran. Untuk mengelak kegagalan kedua, sentiasa berwaspada dan kaji sebelum bertindak.
Bagaimana kamu mengurus stres?
Luangkan masa bersama teman-teman dan bermain dengan kucing saya!
Apakah idea Fazziq tentang kehidupan yang gembira?
Sentiasa mengingati keluarga dan bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Apakah memori zaman kanak-kanak paling Fazziq ingat?
Bermain bola di atas jalan raya dengan kaki ayam. Hahaha
Apakah perkataan atau ayat yang kerap kamu sebut dalam sehari?
‘Fazziq, you are gonna be a superstar!’ atau ‘Giler argh!’
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Kepercayaan dan kesetiaan.
Bagaimana kamu menunjukkan simpati pada orang yang kamu rapat?
Luangkan lebih masa dengan mereka dan sentiasa ada dengannya.
Apakah isu masyarakat kita yang paling signifikan ketika ini?
Terlalu banyak benda yang tular di media sosial yang mana kita tidak tahu adakah ia sahih atau hanya kandungan untuk viral sahaja. Jadi, periksa fakta sebelum memberi pendapat.
Jika sudah tiada nanti, apa yang kamu mahu orang ingat tentang Fazziq?
Fazziq seorang penghibur, sentiasa ada ketika seseorang itu mempunyai hari yang teruk, seorang ‘happy go lucky’ dan mengambil berat tentang semua orang.