Selepas melancarkan dua aroma dilancarkan di bawah keluarga Gucci Flora, Gucci menghadiahkan sebuah lagu haruman terbaru, Flora Gorgeous Magnolia.
Fantasi bunga-bungaan Gucci kini semakin mekar berkembang dengan pengenalan haruman terbaru mereka Gucci Flora Gorgeous Magnolia eau de parfum. Dibotolkan dalam botol kaca berwarna ungu, haruman ini terus diraikan oleh wajah kesayangannya, Miley Cyrus.
Dua tahun lalu pelantun ‘Flower’ itu mewakili Gucci untuk memeprkenalkan debut #FloraFantasy menerusi Gucci Flora Gorgeous Gardenia Eau De Parfum dan kemudian terlancar pula Flora Gorgeous Jasmine Eau De Parfum.
Haruman ini adalah hasil karya pakar haruman Daphné Bugey dan Marie Salamagne yang mana mereka meneroka aroma bunga magnolia bersama sentuhan inti pati lain untuk menyerlahkan karakter sebuah haruman sarat flora.
Bugey dan Salamagne mencampurkan dewberi untuk sedikit sentuhan manis buah bersama patchouli dan percikan bau kayu. Haruman ini turut disemerbakan dengan percikan bau kuntuman melati (jasmin) dan baunya diseimbangkan dengan kesegaran bau vanila.
IMPRESI PERTAMA FLORA GORGEOUS MAGNOLIA
EH! mengundang tiga personaliti media sosial, Aqila Ishamuddin, Josephine Yap dan model Cyii Cheng untuk meneroka haruman ini.
Menurut Aqila dia memang sukakan bau bunga-bungaan dan dalam masa yang sama dia juga sangat senang dengan sentuhan bau sitrus dan musky. Semuanya bergantung pada moodnya.
“Saya memilih haruman mengikut acara. Di siang hari saya sukakan sesuatu yang segar dan ringan. Dan untuk malam atau acara istimewa saya mahukan sesuatu yang lebih mewah dan pekat baunya.”
Menurut Aqilah apa yang dia suka tentang Flora Gorgeous Magnolia ialah baunya yang sarat aroma flora, sungguh feminin dan sesuai untuk semburan di siang hari kerana baginya minyak wangi ini ada unsur musim panas. “Saya juga sukakan konsep botolnya yang punya sentuhan vintaj.”
Bagi Josephine pula haruman ini membuatkan dia terasa seperti sedang bercuti. “Saat pertama kali saya menyemburnya, saya rasakan sesuatu yang sangat segar, saya terbayang seperti saya bercuti di Perancis.”
Dan kongsi Josephine lagi, pemilihan harumannya berbeza mengikut hari, tidak semestinya siang atau malam sahaja. “Hari Isnin saya sukakan sesuatu yang lebih empowering. Jumaat pula saya suka sesuatu bau yang lebih playful. Hujung minggu saya mahukan sesuatu yang lebih lembut seperti bau bunga-bungaan,” kongsinya.
“Love it. Saya sukakan sentuhan magnolia pada haruman ini dan baunya tidak overpowering. Saya juga sentuhan bau buah seperti dewberi dan kelapa, kombinasi yang sungguh istimewa,” kongsi model, Vyii Chengg.
Tambahnya lagi, dia sukakan haruman yang segar dan ringa seperti bunga-bungaan di siang hari. Dan pilihan haruman yang lebih seksi di malam hari.
Bagi anda yang berada di Pulau Pinang anda boleh pergi ke Gurney Plaza untuk melawat pop-up eksklusif Flora Gorgeous Magnolia sehingga 29 Oktober. Dan jika di Lembah Klang anda dijemput singgah ke Mid Valley dari 23 hingga 29 Oktober.
Jika mahu mendapatkan haruman ini secara dalam talian boleh klik di pautan INI.