Menaiki pesawat adalah pengalaman udara yang selalu dinantikan oleh kebanyakan orang. Begitu juga dengan saya, yang pada suatu hari diberi kesempatan untuk menikmati penerbangan ke Busan, Korea Selatan dengan Singapore Airlines. Mari ikuti pengembaraan Pengarang Digital EH!, Farah Ain menaiki pesawat terkenal ini dengan layanannya yang mewah, dan pasti kalian tidak sabar untuk mengeksplorasi pengalaman tersebut.
Perasaan di hati saat pertama kali menatap Singapore Changi Airport adalah kemewahan. Terminal yang bersih dan moden dengan fasiliti yang lengkap, seperti lounge eksklusif, daftar masuk tiket sendiri dan segalanya, membuatkan perjalanan saya terasa sangat istimewa dan mudah. Singapore Airlines memang dikenali sebagai syarikat penerbangan yang memberikan perhatian khusus pada keamanan dan kepuasan penumpangnya.
Ia bertambah manis apabila perjalanan saya ke Busan, Korea Selatan adalah dengan menaiki pesawat Singapore Airlines. Perjalanan selama 7 jam lebih membuatkan saya ingin mencari penerbangan yang selesa dan semestinya mempunyai kemudahan yang canggih. Kerja harian yang perlu dilunaskan sambil meneroka keajaiban dunia, segalanya mudah bersama Singapore Airlines.
1. Wi-Fi tanpa had
Sebagai seorang pengarang yang aktif membawa laptop dan perisian yang canggih di setiap lokasi, saya akan memastikan diri saya sentiasa bersambung dengan pelan roaming atau data internet di lokasi asing. Sementelah menunggu kemasukan berlepas di lapangan terbang, saya akan mencari Wi-Fi percuma di sekitar terminal Singapore Changi Airport yang menawarkan akses perkhidmatan Wi-Fi laju buat pengunjungnya.
Tidak hanya itu, anda juga boleh melayari internet di udara! Hanya daftar masuk sebagai pengguna KrisWorld, anda akan merasai pengalaman internet yang tiada terhad dan pantas di ketinggian udara 30,000 kaki. Buat ahli KrisFlyers yang mengembara dalam Kelas Ekonomi Premium, anda akan menikmati pelan Wi-Fi tiga jam percuma dan pelan Wi-Fi dua jam percuma apabila mengembara dalam Kelas Ekonomi.
2. Dekorasi dalaman yang selesa
Saat saya masuk pesawat, saya langsung terpesona oleh dekorasi dalaman kabin yang elegan dan penuh dengan sentuhan teknologi moden. Bangku yang luas dan nyaman menjadikan penerbangan jauh terasa seperti perjalanan singkat.
Penumpang di sekitar saya juga tampak segar dan selesa dengan kedudukan kerusi mereka, regangan kaki yang memuaskan dan penyelaras kedudukan kerusi secara menegak dengan sudut sesuai kerusi. Bangku empuk yang lengkap dengan teknologi TV digital di hadapan dengan siri picu USB (pengecas telefon bimbit) hanya dihujung jari sahaja. Perjalanan jauh menjadi lebih bermakna apabila badan kita selesa dengan dekorasi dalaman yang elegan dan ruang yang memuaskan.
3. Mesra kru penerbangan
Kru penerbangan Singapore Airlines juga patut dipuji. Mereka memberikan layanan yang sangat baik, dengan senyum hangat dan sikap ramah yang membuat kita terasa seperti tetamu istimewa. Saya sangat kagum dengan kecekapan mereka dalam mengatasi masalah penumpang dengan cepat dan cekap. Masa pelatihan kru penerbangan sekitar 4 bulan jelas menunjukkan mereka memanjakan penumpang dengan ramah dan mesra.
4. Juadah bertaraf dunia dan Halal!
Tidak hanya itu, menu makanan yang disajikan selama penerbangan juga luar biasa. Ia adalah cita rasa hidangan yang lazat dan bertaraf dunia dengan kualiti tinggi. Pilihan makanan yang beragam dan minuman yang pelbagai, membuatkan saya teruja untuk menikmati segalanya.
Kerjasama bersama pangkalan kesihatan kulinari dunia, Golder Door, Singapore Airline menitik beratkan selera penumpang dan kualiti serta kesihatan buat pelanggannya. Setiap hidangan telah disimulasi pada tekanan udara, memastikan makanan mencapai kualiti terbaik untuk pelanggan menikmatinya di atas awan biru.
5. Hiburan di udara
Selama penerbangan, saya terhibur dengan layanan hiburan yang disediakan. Filem-filem terbaru, acara TV dan beragam genre muzik membuatkan waktu terbang terasa dengan cepat. Layar peribadi yang besar dan sambungan telefon telinga (earphone) memudahkan kita melayan filem tanpa rasa ganggu dan nyaman di setiap kerusi, sehingga kita dapat menikmati hiburan sesuai keinginan.
Terkenal dengan anugerah pencapaian pesawat yang terbaik dalam hal keselamatan dan pemeliharaan pesawat, Singapore Airlines membuatkan perjalanan saya terasa tenang dan selamat serta bersantai sepenuhnya selama perjalanan. Penerbangan dengan Singapore Airlines tidak hanya sebuah perjalanan, tetapi pengalaman yang tak terlupakan. Dari awal hingga akhir, semuanya sempurna. Dari fasiliti moden yang mewah hingga layanan kru penerbangan yang ramah, dari makanan bertaraf dunia hingga hiburan tiada sempadan, ia adalah pengalaman yang luar biasa.
Baca: Jangan Lakukan 16 Perkara Ini Di Dalam Penerbangan Jika Tidak Mahu Perkara Tidak Diingini Berlaku