Sempena musim percutian, Sephora Malaysia mengeluarkan set hadiah ideal untuk orang yang istimewa dalam hidup anda.
Tiada yang lebih bermakna apabila menerima hadiah daripada insan tersayang. Sudah menjadi tradisi kala di hujung tahun, pasti anda akan meraikan momen percutian bersama ahli keluarga atau teman terdekat. Tingkatkan level pemberian hadiah anda dengan menjadikan Sephora destinasi utama membeli-belah!
Tidak kira umur, jantina atau fasa dalam kehidupan anda, semua orang berhak untuk kelihatan dan berasa cantik, sama ada set penjagaan kulit untuk ibu, kit solek untuk teman yang baru dalam dunia kecantikan atau sesuatu istimewa untuk diri anda sendiri. Di sini EH! menyajikan set hadiah ideal yang berada di Sephora Malaysia!
BELANJA SET ‘INDULGENT’ YANG MEWAH UNTUK ORANG TUAMU
Luahkan rasa kasih sayang dan berterima kasih kepada orang tua anda dengan layanan istimewa daripada produk kecantikan Sephora. Selami keseronokan set hadiah ‘Indulgent’ yang menakjubkan, bermula dengan harga RM 295 hingga RM 1,600. Menampilakan empat set hadiah, Anastasia Beverly Hills: International Rose Metals Trio Kit, Tatcha: The Ritual for Firm Skin, Briogeo: Don’t Despair, Repair! Split Ender Set dan GHD: Unplugged Gift Set.
‘STOCKING STUFFERS‘ UNTUK TEMAN BAIK YANG BARU DALAM DUNIA KECANTIKAN
Galakkan rakan-rakan anda yang ingin menerokai dunia kecantikan untuk kuasai kecantikan mereka dengan hadiah sempurna daripada Sephora. Terokai pelbagai pilihan, daripada solekan harus ada kepada penampilan parti yang terbaik untuk musim percutian. Bermula dengan harga RM 85 hingga RM 179 sahaja, ‘Stocking Stuffers’ menampilakan produk Rare Beauty: Mini Liquid Blush and Luminizer Kit, Caudalie: Moisturizing Hand Cream Trio, Beautyblender: Happily Blended After, dan Nudestix: Hydra Peptide Lip Butter Tint Set.
‘HOLIDAY ESSENTIALS‘ BAGI PENCINTA TEGAR AKAN KECANTIKAN
Jangan terlepas pandang ‘holiday essentials’ yang pasti memikat hati peminat akan kecantikan. Selami koleksi eksklusif percutian daripada penjagaan kulit hingga solekan wajah yang menarik perhatian dari Sephora. Bermula dengan harga RM 160 sehingga RM 279, ‘holiday essentials’ terdiri daripada Sephora Collection: Maxi Skincare Set, Anastasia Beverly Hills: Mini Modern Renaissance, Fenty Beauty: Prime + Set Essentials Instant Mattifying Set, OUAI: Better Together Holiday Kit, dan Tarte: All Stars Amazonian Clay Collector’s Set Blockbuster.
Set hadiah sempena musim percutian boleh didapati secara dalam talian di Sephora, dan anda boleh dapatkannya juga di butik fizikal Sephora sendiri.