Acara eksklusif EH! Top 20 menampilkan barisan tetamu yang mempamerkan gaya dan kreativiti mereka, menonjolkan keunikan denim sebagai elemen utama pada malam itu.
EH! Top 20 merupakan sebuah acara tahunan yang mengumpulkan 20 bakat hebat. Menyambut perjalanan yang baharu dengan memberikan inspirasi dengan tema ‘Denim Unleashed’. Acara yang diadakan di The Pitt Kuala Lumpur pada 27 November 2023 itu, diraikan bersama rakan media, selebriti dan pempengaruh digital. Tidak hanya menjadi pesta visual yang memukau, acara tersebut juga memperlihatkan betapa denim dapat menjadi kanvas yang versatil untuk mengukir cerita fesyen yang unik.
Semak 15 gaya selebriti wanita di acara EH! Top 20:
1. Hawa Rizwana
Hawa Rizwana tampil bergaya dengan kemeja putih dari Lee yang tidak hanya mencerminkan fesyennya yang sederhana tetapi juga memberikan sentuhan klasik pada penampilannya. kombinasi kemeja putih dengan skirt denim tampalan menciptakan gaya yang santai namun tetap terlihat anggun, memberikan sentuhan moden dan kasual pada penampilan Hawa, sekaligus menambah dimensi yang berbeza pada gayanya.
2. Rita Nadira
Pelakon dan model, Rita Nadira tampil bergaya dengan mengenakan dress pendek denim paras lutut berwarna biru gelap. Gabungan dress denim ini menambahkan lagi gaya pada penampilannya. Rita terlihat memadankannya dengan but putih untuk memberikan keseimbangan warna yang baik, dan beg hitam micro yang sememangnya memberikan gaya yang chic dan versatil!
3. Fiza Thomas
Gaya denim on denim sering dianggap sebagai langkah berani dalam dunia fesyen, tetapi Fiza Thomas dengan yakin telah membuktikan bahawa dia mampu membangkitkan elemen tersebut dengan penuh gaya. Dia memakai jaket dan seluar jean dengan cucian asid, memberikan suntikan ranggi pada gayanya. Jaket denim yang dikenakan oleh Fiza pula, menambahkan elemen yang cool dan kasual, menciptakan penampilan yang berani dan stylish.
4. Bella Dowanna Halim
Pelakon berbakat besar, Bella Dowanna Halim telah membuktikan bahawa dia bukan sahaja memiliki bakat seni yang luar biasa, tetapi juga mempunyai gaya fesyen yang memikat hati peminatnya. Penampilannya yang bersahaja di acara EH! Top 20 menunjukkan keanggunan dapat dicapai tanpa perlu tampil berlebihan. Rona denim yang dipilihnya memberikan kesan santai tetapi tetap mengekalkan gaya elegan yang sesuai dengan tema acara.
5. Mia Lateefa
Menggayakan top denim dengan potongan butterfly yang menarik perhatian di bahagian dada dan dipadankan bersama seluar jean dengan grafik yang tertera di bahagian belakang seluar menambahkan unsur kreatif dan artistik pada penampilan Mia Lateefa. Membawa kembali gaya y2k dengan sentuhan moden yang menyegarkan, Mia memadankannya dengan kasut silver yang memberikan sentuhan glamor dan memperkukuhkan gayanya yang versatil.
6. Aisha Retno
Aisha yang sememangnya terkenal dengan gaya fesyennya yang unik dan berani tampil mnggabungkan unsur edgy dan klasik dalam penampilannya. Aisha, yang sentiasa mencari cara untuk menyampaikan gaya yang bersifat eksperimental dan menarik membuat keputusan yang berani untuk memakai seluar denim sebagai top, membuktikan kreativiti dan keunikannya dalam berfesyen.
7. Daiyan Trisha
Daiyan Trisha, selebriti yang disayangi ramai, memukau tetamu dengan penampilannya di acara EH! Top 20. Dia memilih untuk menggayakan dress mini denim yang memancarkan sifat femininnya. Aksesori yang dipilih oleh Daiyan Trisha, iaitu bag denim dan but coklat, memberikan sentuhan keseimbangan dalam berfesyen. Penampilan Daiyan ini mencerminkan selera fesyennya yang matang dan pemahaman yang mendalam mengenai trend terkini.
8. Shalma Aina
Dengan penampilan yang bersahaja namun tetap menarik perhatian, Shalma Aina tampil elegan dengan penampilannya di acara EH! Top 20. Dia memilih untuk menggayakan set jaket denim dan seluar jean, mencipta penampilan yang santai tetapi tetap stylish menjadikan penampilannya sesuai dengan tema “Denim Unleashed”.
9. Eyka Farhana
Memilih untuk memakai gaun dengan corak denim, Eyka Farhana menunjukkan kebolehan gaya yang versatil. Gaun tersebut memberikan sentuhan kasual dan anggun pada penampilannya dan dipadankan dengan sempurna dengan but putih yang memberikan kesan sepadan. Eyka juga memberi tumpuan kepada solekan matanya dengan memilih pembayang mata berona biru.
10. Athina Kamarudin
Athina Kamarudin mencuri tumpuan dengan penampilan yang menyerlah dalam busana set denim yang dipilihnya. Gaya zip hadapan pada top dan skirt labuh memberikan sentuhan mood yang baik, menonjolkan keberanian dan keanggunan dalam gayanya. Dia padankan bersama dengan beg tangan merah yang memberikan sentuhan seksi dan menawan pada malam itu.
11. Mimi Lana
Mimi Lana telah membuktikan keberanian dan keunikan pada gaya fesyennya, menggayakan pakaian denim one piece, penampilan mimi menjadikannya sebagai pilihan yang tepat untuk acara EH! Top 20. Gayanya yang seimbang antara elegan dan edgy menciptakan penampilan yang memukau dan tak terlupakan but putih yang dipilih sebagai padanan pakaian denimnya memberikan sentuhan kesegaran dan mengimbangi keberanian gaya denim.
12. Trisha Ooi
Tampil bersahaja dengan kemeja putih ringkas dan seluar jean biru, Pelakon baru Trisha ooi kelihatan cantik dengan gaya yang minimal. Kesederhanaan fesyen Trisha Ooi memberikan fokus kepada kecantikan semula jadi dan keseimbangan antara keselesaan dan gaya, menambahkan elemen kasual dan santai pada penampilannya, sesuai dengan imej seorang pelakon muda yang berbakat.
13. Sophia Albarakbah
Penampilan Sophia Albarkbah mengenakan blouse pink, seluar jean, dan kasut pink menciptakan gabungan warna yang serasi dan menarik. Pilihan warna yang memberikan sentuhan feminin dan ceria pada penampilannya, mencerminkan gaya yang moden dan trendy. Kombinasi warna pink dari baju hingga aksesori, seperti tas tangan dan solekan mata soft-glam, menambahkan elemen fesyennya.
14. Vanessa Reynauld
Penampilan penyanyi muda, Vanessa Reynauld di acara EH! Top 20 sungguh memukau dengan padanan jaket denim biru dan seluar jean hitam yang diberi sentuhan cucian asid mencipta kontras yang menarik dan menambahkan dimensi tersendiri kepada penampilannya. Vanessa juga turut memilih untuk mengekspresikan identiti kreatifnya melalui pilihan gaya rambut dan solekan.
15. Siti Khadijah Halim
Pelakon cantik, Siti Khadijah Halim ini sudah tentu tidak terlepas untuk tampil bergaya dengan memakai jaket dan kemeja denim dan dipadankan pula dengan skirt metalik hitam. Apa yang membuat penampilannya lebih menyerlah adalah keberanian Siti dalam mengenakan tali leher berwarna merah. Aksesori ini memberikan sentuhan dramatik dengan warna yang menonjol, memberikan fokus kepada aksesori tersebut dengan mencipta titik fokus visual yang menarik.
Artikel Berkaitan: Penampilan Denim Selebriti Hollywood Di Karpet Merah