Kendall Jenner dan Bad Bunny menutup tahun 2023 dengan perpisahan selepas hampir sembilan bulan menjalin hubungan cinta.
Hampir sembilan bulan menjalin cinta sejak awal tahun 2023, supermodel terkenal Kendall Jenner dan penyanyi rap, Bad Bunny akhirnya memutuskan untuk mengakhiri hubungan romantik mereka pada akhir 2023, menurut beberapa sumber di internet.
Peminat mula membuat spekulasi tentang status hubungan mereka sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas mereka tidak lagi dilihat bersama. Pada 16 Disember, Kendall dilihat berada di Aspen secara sendirian, yang membawa kepada spekulasi bahawa mereka menghabiskan cuti secara berasingan. Nampaknya ini mungkin menamatkan hubungan mereka secara kekal, malah, kedua-duanya juga tidak lagi dilihat bersama sejak akhir oktober ini.
Bad Bunny dilihat tidak membuat sebarang siaran di instagram, yang menyebabkan beberapa spekulasi bahawa percintaan mereka telah berakhir. Sentimen itu dikumandangkan beberapa kali oleh peminat yang prihatin dan salah seorang dari peminat tersebut menulis, “WHERE IS BAD BUNNY” dan “No Bad Bunny no like.” Sebelum siaran itu, Pada 14 November, Kendall menyiarkan gambar matahari terbenam di Instagram miliknya dengan caption yang berbunyi, “what’s meant for me, will simply find me.” dan peminat mula membuatkan andaian mereka tersendiri mengenai siaran yang tidak jelas itu berkaitan dengan perpisahannya.
Walau bagaimanapun, pada 22 september pasangan itu masih dilihat bersama ketika menghadiri acara Minggu Fesyen Milan dan beberapa hari kemudian, pada 30 September, mereka juga membuat pengambaran bersama jenama fesyen terkenal Gucci yang telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia. Penampakan terakhir mereka sebagai pasangan ialah pada pada Oktober 2023, selepas Bintang Kardashians itu menghadiri majlis penampilan Bad Bunny di Saturday Night Live. Sejak itu, pasangan itu masih belum dikesan bersama.
Pasangan itu pertama kali dilihat bersama pada Februari 2023, ketika melangkah keluar dari Wally’s, sebuah kedai makan popular di Beverly Hills dan juga penampilan di tepi gelanggang mereka pada perlawanan Lakers pada Mei 2023. Walaupun banyak gambar yang menampilkan mereka bersama, baik Kendall atau Bad Bunny, mereka tidak pernah membuatkan sebarang pengesahan tentang hubungan tersebut sehingga mereka membuat penampilan rasmi di pertunjukan fesyen Gucci pada musim luruh, sebelum dipaparkan dalam kempen rumah fesyen tersebut, yang dikeluarkan pada 30 September.
Bintang Kardashian itu sebelum ini dikaitkan dengan Devin Booker. Pasangan itu berpisah pada Oktober 2022, dan sumber mengatakan perpisahan itu atas jadual yang padat di antara mereka dan mereka telah memutuskan untuk menjadikan itu sebagai keutamaan.
Artikel Berkaitan: 13 Pasangan Selebriti Hollywood Yang Berpisah Pada Tahun 2023