Baru sahaja melangsungkan majlis resepsi yang terakhir Ahad lalu, Dahlia Rizal dan Imran Aqil kelihatan cukup anggun pada setiap majlis perkahwinan mereka dan ini segalanya tentang perkahwinan pasangan mempelai ini.
Foto pertama yang dimuatnaik di Instagramnya telah mencuri perhatian warganet malah seluruh Malaysia, Dahlia Rizal kelihatan cukup anggun dengan persalinan akad nikahnya, bersama pasangan, Imran Aqil pada majlis tertutup yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka. Pasangan mempelai yang kelihatan manis bersama ini turut mengadakan majlis resepsi sebanyak empat kali (satu akad nikah) sepanjang 4 bulan bergelar suami isteri.
Manakan tidak, dikatakan oleh peminatnya, perkahwinan influencer hijabi ini seperti mengalahkan selebriti kerana selalu mengejutkan peminat dengan gambar-gambar majlis keraian resepsi. Walaupun Dahlia memuat naik banyak foto perkahwinan mereka di Instagram, namun peminat tidak jemu dan sentiasa memuji kecantikan dan fesyen yang diperagakan oleh influencer berumur 22 tahun.
Majlis perkahwinan Dahlia Rizal dan Imran Aqil tidak hanya sekadar perayaan cinta di antara dua individu, tetapi ia juga merupakan perhimpunan kedua keluarga yang besar. Hari yang diisi dengan keceriaan, kehangatan, dan kasih sayang ini akan menjadi titik permulaan bagi perjalanan hidup baru Dahlia dan Imran. Semoga kehidupan perkahwinan mereka sentiasa penuh kebahagiaan, keharmonian, dan keberkatan dari Allah SWT.
Bukan dua tetapi lima majlis yang diadakan oleh Dahlia Rizal dan suaminya, Imran Aqil:
#1 Akad Nikah
Foto pertama yang dimuat naik oleh Imran ini mendapat Likes sebanyak 289,103! Cukup elegan dan minimalis, kedua pasangan ini menyarungkan busana pengantin oleh @haszhishaam (pengantin lelaki) dan @moonandstella.co (pengantin perempuan). Antara personaliti yang menangkap trend busana pengantin terkini, Dahlia kelihatan cukup manis dengan busana berbutiran manik kilau, siluet draping di bahagian dada dan tudung sarong customed sepadan dengan busana pengantinya.
Tidak mengenakan secalit bedak asas (foundation) pada wajahnya, ramai memuji kecantikan asli dan kemulusan wajah Dahlia pada majlis perkahwinannya. Perkara itu disahkan sendiri oleh Dahlia, ‘Ya, saya tidak mengenakan sebarang bedak asas dan hanya menggunakan Chanel Les Beiges Water Fresh Tint‘. Solekan oleh @loveyayamua itu terus mendapat pujian tatkala Dahlia masih kelihatan glowing pada hari perkahwinannya walaupun sering kali dilihat mengenakan solekan pada hari-harian.
#2 Majlis Resepsi
Foto yang dirakam oleh @faridismproduction ini, merupakan majlis resepsi pertama yang diadakan oleh pasangan pengantin ini. Majlis keraian kedua mempelai ini diadakan di MITC Grand Ballroom, Ayer Keroh, Melaka pada 28 Oktober 2023 dan dihiasi deco oleh @jasamoureconcept. Mengenakan busana biru, Dahlia dan Imran memilih konsep moden yang direka oleh pereka lokal terkenal, @firdaushakimi.kl.
Selain busana, solekan oleh @erinleolamakeupartist yang diperagakan juga mencuri perhatian dan kata Dahlia dia memilih solekan bold kerana ingin menyesuaikan konsep busana moden yang sarat dengan perincian manik.
#3 Majlis Resepsi (Sebelah Keluarga Ayah Dahlia)
Seusai majlis perkahwinan kedua belah pengantin, kini giliran majlis keraian sebelah keluarga Ayah Dahlia yang disambut. Busana putih yang direka oleh @merahjambu.my ini memperincikan butiran renda manik yang berat dan siluet kebaya moden Johor belah hadapan, dengan tudung shawl oleh @tudungruffle.
Diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Dahlia dan Imran sekali lagi memberi kepercayaan kepada deco @jasamoureconcept menghidupkan suasana majlis minimalis dan suci dengan sedikit sentuhan taman didalam.
#4 Majlis Resepsi (Sebelah Keluarga Imran Aqil)
Majlis seterusnya masih meriah sekali dengan tema Bollywood yang diidamkan oleh Dahlia sendiri setelah sekian lama menyimpan hasrat ingin memiliki majlis resepsi tema Bollywood. Mengenakan warna Maroon, iaitu warna kegemaran Dahlia, pasangan ini kelihatan cukup romantik dan slayed tatkala meraih majlis resepsi sebelah keluarga Imran Aqil. Mengenakan solekan smokey eyes oleh MUA @ynasakinah dan gincu Lip Velvet dari koleksi jenamanya sendiri, @kinabeautyhq, Dahlia menggabungkan warna code Gangnam dicampur warna Nude untuk menyerlahkan solekan hari bahagianya.
Ditambahnya lagi, tema Bollywood ini disambut kerana Imran mempunyai sejarah keturunan Pakistan manakala Dahlia pula mempunyai darah campuran Arab dan Cina. Berbeza kali ini, deco oleh @rynsavenuegroup ini menerapkan warna-warni Bollywood di @doplohtigaspace.
#5 Majlis Resepsi (Sebelah Keluarga Mak Dahlia)
Ya, ini mungkin majlis resepsi terakhir pasangan mempelai ini. Walaupun sudah melangsungkan 3 majlis resepsi dan akad nikah, Dahlia dan Imran masih kelihatan seperti Raja Sehari selepas empat bulan masih melangsungkan majlis sambut keluarga dan tetamu. Tema Bollywood sudah, tema Moden juga sudah, kini tema Melayu Klasik pula menghiasi pasangan manis ini. Mengenakan Kurung Songket Moden direka oleh @farha.nordin, Dahlia sekali lagi memilih warna kegemarannya, Maroon untuk majlis resepsi terakhirnya.
Kepala yang dihiasi cucuk sanggul silver dan bunga tangan lengkapan busana, deco kali ini kembali ke handalan @jasamoureconcept di Royale Chulan Damansara. Selain, solekan oleh @fiqahafizi, Dahlia memuji tatarias yang disolek oleh MUA kegemarannya. Kata Dahlia, beliau suka solekan Kak Fiqa kerana sering menerima pujian tidak terhingga dari suaminya, Imran Aqil.
“Kak fiqa’s touch are really magical and I never doubted her talent on me! Apa I mintak, beliau akan lakukannya, seperti – jika ingin light base, beliau akan buat, nak macam itu ini, dia juga akan buat. I love you so much kak, thank you for making me look very beautiful on my day! Highly recommended!“
Tambahan, Dahlia turut menggunakan khidmat Hijab Kak Fiqa, permintaan untuk menggenakan kembali Hijab Turkish Stail, sama seperti hari Akad Nikahnya kerana stail tersebut sesuai dengan mukanya.
“Turkish style ni byk layering dan perlukan 100++ pin peniti, alhamdulillah kak Feeka managed to finish all of it, sekali dengan jahit the head piece on the net tudung way before 12pm! I knew my choice was right in picking her last minute. Thank you so much kak Feeka, love u loads.”