Tampil dengan celana baharu Ribcage Bells, it girl Emma Chamberlain meraikan ketibaan hujung tahun bersama Levi’s menerusi kempen It’s Giving Season.
Hujung tahun itu bukan saja petanda untuk kita habiskan cuti, tapi bagi sesetengah orang itu detik untuk berkongsi kegembiraan menerusi memberi bingkisan buat yang istimewa, baik keluarga, teman-teman mahupun si dia. Label denim tersohor, Levi’s turut tidak terlepas meraikan musim yang dinanti-nanti ini apabila melancarkan kempen It’s Giving Season.
Menariknya kempen ini menyaksikan kemunculan gadis masa kini Emma Chamberlain yang bukan sahaja muncul sebagai penghias kempen malah dia juga duduk memerah idea untuk menyempurnakan kempen ini sebagai pengarah kreatif.
“Saya melalui satu pengalaman yang luar biasa menerusi kolaborasi bersama Levi’s sebelum ini. Dan semestinya saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada kempen It’s Giving Season Levi’s ini. Saya cukup senang dengan potongan ala 70-an pada Ribcage Bells ini yang digandingkan bersama baju panas Rae dan kardigan Betty, semuanya tampak comel dan selesa,” kongsi Emma.
Menerusi Emma’s Edit: The Gift Guide dapatk kita saksikan Emma menyarung Ribcage Bells, iaitu celana denim baharu yang cukup chic. Seperti namanya, dapat kita bayangkan Ribcage Bells berpotongan lebar pada kaki seluarnya (seperti bell-bottom) dan seluar ini juga tampil dalam gaya potongan pinggang tinggi. Sekali pandang memang terasa ada vibes gaya retro 70-an.
Ribcage Bells hadir dalam variasi warna malah ia juga hadir dalam pilihan korduroi. Melengkapkan penampilan Emma di dalam kempen ini, dia memadankannya bersama baju panas.
Sebagai sebahagian daripada kempen It’s Giving Season, Emma dan Levi’s® menghasilkan Emma’s Edit: The Gift Guide, sebuah kedai hadiah sehenti. Daripada helaian klasik sehinggalah padanan selesa daripada kepala ke kaki yang semuanya dipilih Emma, Emma’s Edit: The Gift Guide menampilkan sudut pandangnya secara langsung pada helaian Levi’s® pilihannya musim ini dan berkongsi cara bagaimana untuk memberikan hadiah penggayaan malar segar.
BACA: “Stail Itu Satu Statement Gaya Bersifat Timeless”- Siti Khadijah Halim