Kafe ini menawarkan tempat yang sempurna bagi pencinta alam semula jadi di mana anda boleh menikmati hidangan lazat sambil healing dengan tumbuhan hijau yang mengelilingi anda.
Kita kini hidup di dalam era media sosial di mana ‘cafe hopping‘ menjadi trend hangat di dalam golongan anak muda. Setiap minggu pasti ada sahaja kafe baru untuk dicuba. Berkait dengan tumbuhan, banyak manfaat apabila kita dikelilinginya. Selain mengubah karbon dioksida menjadi oksigen, tumbuhan juga menapis udara dan turut membantu pemulihan bagi individu yang menderita kemurungan, trauma, dan demensia. Kafe yang disenaraikan ini sedang giat menjalankan aktiviti dengan hiasan yang menarik dari segi estetika yang mempamerkan tumbuh-tumbuhan dan kehijauan. Ketepikan hiasan minimalisme, alam semula jadi mula berakar dalam suasana penggemar mengunjungi kafe, memberikan aura yang menenangkan tatkala di sana. Ini lima kafe menarik perlu anda cuba!
1. Ruma Pokok
Ruma Pokok ini berkonsepkan kafe, yang digabungkan dengan dekorasi indah dengan hiasan tumbuhan dan menu kafe. Memilih rona hitam dan putih sebagai rona asas kafe, dinding kayu menjadi pilihan di bahagian dalam dan susunan bata merah di luar kafe. Kehijauan dari tumbuhan lanskap disusun dengan perincian yang teliti di sekeliling kafe seperti mendapat sentuhan dari Arkitek lanskap.
Lokasi: No 1, Kedai PLB, Taman Sri Merbau, Taman Seri Serbau, 43950 Sungai Pelek, Selangor
Waktu: Isnin – Ahad (3.30 petang hingga 11.00 malam) Khamis (tutup)
2. Sipping Corner
Sipping Corner ialah kafe kecil dan selesa yang terletak di dalam kedai tumbuhan Plant & Pot Studio. Berkonsepkan batu bata dan dedaunan, ia selesa dengan patio halaman belakang yang indah untuk menikmati angin petang.
Lokasi: 78G, Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
Waktu: Isnin – Ahad (9 pagi hingga 6 petang)
3. Qidot
Kafe Qidot bermula sebagai kafe kejiranan kecil di Batu 9 Sijangkang pada tahun 2016, membawa kepelbagaian perisa tempatan dan asing lebih dekat ke rumah. Persekitaran santai dan hiasan hijau telah menjadikan kafe ini pilihan popular untuk parti hari jadi dan sambutan ulang tahun kecil.
Lokasi: Lot 1658, Batu 9, Jalan Klang – Banting, Kampung Medan, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
Waktu: Isnin (Tutup) Selasa – Ahad (12 tengahari hingga 10 malam)
4. Warunk Kofie Wood & Steel
Warunk Koffie by Wood & Steel ialah kafe yang sedikit tersembunyi di Shah Alam. Kafe ini sesuai untuk yang ingin menghirup udara segar dari kesibukan kota. Terletak di sebuah banglo yang luas yang telah diubah suai dengan menarik. Kafe ini berkonsepkan dengan batu bata dan sentuhan bingkai gambar pada dinding dengan rona yang pelbagai. Suasana keseluruhannya menjadikannya tempat ini sesuai untuk berehat dan menikmati secawan kopi atau makan bersama rakan dan keluarga.
Lokasi: Seksyen U17, Lot 1686, Jalan Gajah 10, Kampung Kubu Gajah, 40160 Shah Alam, Selangor
Waktu: Isnin (Tutup) Selasa – Khamis (11 pagi hingga 8 malam) Sabtu dan Ahad (11 pagi hingga 10 malam)
5. The Farm Foodcraft
The Farm Foodcraft ialah kafe estetik yang terbaik menghidangkan makanan yang enak dibuat dengan bahan-bahan segar dan berkualiti. Berkonsepkan dengan dinding kaca dan lantai kayu palet, semestinya tumbuhan hijau kelihatan menonjol mengelilingi kafe itu. Setiap hidangan dalam menu dibuat dengan bahan-bahan segar yang ditanam dan dituai di makmal pertanian moden mereka sendiri. Apa yang tidak dapat ditanam, mereka mendapat sumber terus daripada petani dan vendor tempatan.
Lokasi: Unit G-01 & G-02, Level Ground, The Sphere Bangsar South City, 59200 Kuala Lumpur
Waktu: Isnin – khamis ( 11 pagi hingga 10 malam) Jumaat ( 11 pagi hingga 11 malam) Sabtu (10 pagi hingga 10 malam) Ahad (10 pagi hingga 10 malam)