Tahun 2023 telah menjadi saksi ramai selebriti tanah air menamatkan zaman bujang mereka. Malah, ada juga yang kembali berumah tangga selepas perkahwinan sebelum ini berdepan kegagalan.
Biarpun ada sesetengah selebriti yang terpalit dengan beberapa kontroversi mengenai perkahwinan mereka, namun akhirnya mereka berjaya membawa hubungan tersebut ke jinjang pelamin. Dan sebagai penutup tahun 2023 ini, EH! akan senaraikan barisan 21 selebriti Malaysia yang Berjaya menamatkan zaman solo mereka pada tahun ini.
Semak 21 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Sepanjang 2023;
1. Syamsul Yusof Dan Ira Kazar
Menjadi topik perbincangan hangat di kalangan netizen, pada 6 Januari 2023, pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof akhirnya membuat pengakuan udah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa Ira yang juga merupakan seorang pelakon veteran, Kazar Saisi. Ketika itu, Syamsul masih lagi bergelar suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana dan pada 14 Jun 2023, mereka secara sah mengakhiri pernikahan mereka dengan talak satu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
2. Ungku Ismail Dan Nad Zainal
Sekitar bulan September 2022, Nad Zainal mengumumkan perceraian dengan suaminya, Faliq dan hasil dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom. Nad Zainal kemudiannya mula rapat dengan pelakon Ungku Ismail apabila bersama-sama bergadingan dalam drama Cina Buta yang ditayangkan pada 19 Disember 2022. Kehadiran Ungku Ismail dalam hidup Nad tidak hanya sebagai rakan kerja tetapi juga sebagai teman hidup, apabila pasangan selebriti ini mengumumkan pernikahan mereka pada tanggal 23 Januari 2023.
3. Yuna Rahim Dan Nurakmal Ayub
Pada hari 18 Februari 2023, pelakon, Yuna Rahim, sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Muhammad Nurakmal Ayub. Dengan hanya sekali lafaz, Yuna, atau nama sebenarnya Syafiqah Husna Abdul Rahim, menerima mas kahwin sebanyak RM300. Cerita cinta mereka bermula ketika Yuna menjalani penggambaran, di mana Nurakmal merupakan salah seorang kru produksi. Mereka berkenalan tidak sampai setahun dan bertunang sekitar September 2022.
4. Shuib Dan Watie
Walaupun pernah menjadi perbualan warganet tentang hubungan cinta mereka, Shuib akhirnya sah berglar suami kepada Watie pada 23 Jun 2023 bertempat di Putra Glass House, Putra Heights. Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, menyerahkan mas kahwin bernilai RM8,288 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah. Shuib yang sebelum ini berkahwin dengan penyanyi terkenal, Siti Sarah pada 2011. Bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.
5. Shila Amzah Dan Ubai
Penyanyi berbakat besar, Shila Amzah, selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial Muhammad Ubaidillah atau Ubai, dengan sekali lafaz pada 5 ogos 2023 di Boathouse Ampang. Majlis akad nikah tersebut disempurnakan oleh bapa Shila, Datuk Amir Amzah atau ND Lala di majlis bertemakan rona putih. Shila menerima mas kahwin RM20,000 manakala nilai hantaran di rahsiakan. Perkahwinan tersebut menandai babak kedua dalam perjalanan cinta Shila, yang sebelum ini dia pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias.
6. Mk K-clique Dan Siti Hajar
Pada 16 Jun 2023, dengan sekali lafaz penyanyi popular MK K-Clique sah menjadi suami wanita pilihannya Siti Haajar. MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan. Wang hantaran dirahsiakan.
7. Janna Nick Dan Dini Schatzmann
Janna dan Dini mula berkenalan pada Julai 2018 ketika penggambaran drama Bukan Cinta Aku, pasangan pelakon popular Janna Nick dan Dini Schatzmann melangsungkan majlis pernikahan pada 10 Jun 2023 di sebuah resort mewah di Langkawi. Janna dan Dini dinikahkan oleh bapa Janna sendiri iaitu Muner Abdullah. Janna menerima mas kahwin sebanyak RM2,703 dan seutas rantai emas.
8. Mizz Nina Dan Essam Muhammad
Penyanyi dan aktivis kemanuasian Mizz Nina mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan berita perceraiannya bersama penyanyi Noh Salleh pada 4 Ogos 2022 dan mereka mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Musa. Sekali lagi, Mizz Nina mengejutkan warga net apabila dia memuat nain foto dengan penyanyi dari Amerika Syarikat, Essam Muhammad. Menurut Mizz Nina, dia dan Essam berkahwin dalam majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.
foto dari Instagram @officialmizznina
9. Aiman Tino Dan Che Syarah Haifa
10. Alif Muhaimin Dan Fatin Alissa
Pelakon dan Hero Remaja, Alif Muhaimin sah bergelar suami kepada pasangan pilihannya, Nur Fatin Alissa Azam pada 24 Jun 2023 dengan sekali lafaz bertempat di Ghazi House, Hulu Langat. Dalam majlis itu, pasangan tersebut mengenakan busana songket berwarna biru cair dan Aliff atau nama sebenarnya Alif Muhaimin Abdul Rahman menyerahkan mas kahwin bernilai RM15,000 dan sebentuk cincin kepada Nur Fatin Alissa Azam
11. Fadzlan Hazim Dan Aiya Mukhamedsalova
Pelakon kacak, Fadlan Hazim selamat bergelar suami kepada wanita cantik yang berasal dari Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 15 Julai 2023. Manakala majlis resepsi mereka pula diadakan sebulan selepas majlis akad nikah mereka iaitu pada bulan ogos 2023 bertempat di Glasshouse Seputeh.
12. Esma Daniel Dan Nur Atira Mazlan
Pelakon Esma Daniel menamatkan status dudanya selama 5 tahun apabila dia selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Nur Atira Mazlan pada 20 Mei 2023. Pasangan ini bertunang pada 22 Januari 2023 dan perkahwinan tersebut juga merupakan perkahwinan ketiga buat Esma Daniel. Kali pertama dia berkahwin dengan pelakon Sherie Merlis pada tahun 1992 dan bercerai pada tahun 1997. Dia kemudiannya berkahwin pada tahun 2002 dengan Nitra Sari Omar namun bercerai pada tahun 2016.
13. Noh Salleh Dan Fatin Atira
Selepas empat bulan mengikat tali pertunangan, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Athira Mustapa pada 23 September 2023 dalam sebuah majlis tertutup. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kedua buat Noh yang sebelum ini pernah bernikah dengan selebriti dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina selama 11 tahun sebelum membuat keputusan untuk bercerai.
14. Hafeez Mikail Dan Azira Azman
Mengikat tali pertunangan selepas berkenalan selama setahun, pelakon Hafeez Mikail sah bergelar suami kepada Noor Azira Azman, dengan hanya sekali lafaz pada 6 Mei 2023. Majlis perkahwinan mereka diadakan di Hulu Langat, dihadiri keluaga dan rakan selebriti. Hafeez yang berusia 31 tahun menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Azira.
15. Datin Intan Najuwa Dan Dato Asraf Azman
Perkahwinan yang mengejutkan ramai apabila Intan Najuwa, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, dengan sekali lafaz pada 18 Ogos 2023, dalam majlis yang diadakan di sebuah resort mewah di Johor. Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan juga hantaran bernilai RM222,000. Intan membuat penjelasan bahawa angka dua menjadi pilihan mereka sebagai lambang tempoh dua tahun perkenalan.
16. Sabri Yunus Dan Angeline Tan
Kisah cinta yang tidak disangka, pelakon dan pengarah tersohor, Sabri Yunus selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon Angeline Tan dengan sekali lafaz dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Perlis pada 14 Oktober 2023. Sabri berkata, mereka sudah tiga tahun merancang untuk mendirikan rumah tangga namun menunggu kesediaan Angeline untuk memeluk Islam.
17. Nabila Razali Dan Nik Iruwan
Penyanyi dan pelakon cantik, Nabila Razali, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, dengan sekali lafaz pada 18 November 2023. Majlis yang berlangsung di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang itu dihadiri keluarga dan rakan rapat mereka. Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali menerima mas kahwin bernilai RM22.50 manakala wang hantaran dirahsiakan.
18 . Hafidz Roshdi Dan Athira Yuhada
Pelakon Hafidz Roshdi telah selamat bernikah dengan Athira Yuhada yang dikatakan cinta pertamanya yang dikenali sejak berumur 15 tahun.Majlis pernikahan tersebut berlangsung di Shah Alam dan terdahulu, Hafidz, pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, dan pasangan ini bercerai pada 27 Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
19. Amylea Azizan Dan Mohammad Aqbar
Penyanyi berbakat berusia 37 tahun, Amylea Azizan mengumumkan bahwa dia telah sah menjadi isteri kepada Mohammad Aqbar Mohamad, seorang pegawai bomba yang berasal dari Singapura. Meskipun Amylea memilih untuk tidak mengungkapkan tanggal pernikahan mereka, demi menghormati permintaan keluarga. Pasangan itu telah disatukan pada majlis akad nikah di rumah keluarga Amylea di Sungai Petani, Kedah. Amylea menerima mas kahwin senaskhah al-Quran dan telekung, serta hantaran yang bernilai RM8,888.
20. Imran Aqil Dan Dahlia Rizal
Mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu, pelakon, Imran Aqil telah selamat bergelar suami kepada pempengaruh digital, Dahlia Rizal pada 9 September 2023. Dalam majlis yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka itu, Imran menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Dahlia namun, nilai wang hantaran dirahsiakan. Majlis persandingan mereka berlangsung meriah dan diadakan sebanyak lima kali.
21. Syafie Naswip Dan Afiqah Ishak
Pada tanggal 23 Disember 2023, Syafie Naswip, mengambil langkah penting dalam hidupnya dengan menikahi Nur Afiqah Ishak.Syafie berkongsi berita gembira itu menerusi siaran langsung majlis pernikahannya di Instagram miliknya. Dalam sebuah majlis intim, Syafie, menyerahkan mas kahwin sejumlah RM300 kepada Afiqah, manakala jumlah hantaran di rahsiakan.
Artikel Berkaitan: 5 Selebriti Malaysia Kahwin Di Usia Muda