Cincin perkahwinan bukan sekadar aksesori, ia adalah tanda ikatan janji dan cinta abadi kepada pasangan sehingga ke akhir hayat. Tidak hairanlah jika wanita sangat cerewet dalam memilih cincin yang sempurna untuk hari bahagia mereka.
Mencari cincin perkahwinan tanpa batu permata mungkin lebih mudah berbanding dengan mencari cincin dengan batu permata. Memilih cincin berlian atau batu permata yang ideal memerlukan pengetahuan yang serius untuk menghasilkan potongan yang anggun, indah dan berkilau. EH! akan berkongsi beberapa bentuk dan potongan batu permata yang boleh memberi anda idea semasa memilih cincin perkahwinan idaman anda.
Semak 7 Jenis Bentuk Potongan Permata Cincin Buat Bakal Raja Sehari;
1. Bujur
Rekaan cincin dengan bentuk bujur selari yang begitu sempurna ini bukan sekadar memancarkan keanggunan, potongan bentuk cincin ini juga menjanjikan aura yang mempesonakan pada setiap gerakan tangan si pemakai. Setiap butiran kecil padanya menunjukan gaya yang elegen, menjadikannya lebih dari sekadar perhiasan, ia merupakan simbol gaya yang sophisticated!
2. Marquise
Cincin ini berbentuk seperti cincin berpotongan bujur, tetapi ia memiliki ciri khas dengan dua sisi bucu yang menyerupai bentuk kekacang. Potongan batu permata Marquise pada cincin ini terinspirasi oleh senyuman yang memikat dari Marquise de Pompadour, wanita yang dikenali sebagai kekasih Raja Perancis, Louis XV. Rekaan ini bukan hanya menggambarkan keanggunan dan pesona terapi memberikan gaya yang tak lekang oleh waktu.
3. Zamrud
Berbentuk segi empat tepat, potongan zamrud ini juga dikenali sebagai potongan tangga kerana potongan permatanya yang bergaris-garis menyerupai anak tangga memberikan efek visual yang memukau dan terstruktur. Potongan ini tidak hanya menonjolkan kejernihan dan warna dari batu permata, tetapi juga menciptakan refleksi cahaya yang menawan, membuat cincin ini menjadi pilihan elegan yang melambangkan kemewahan pada si pemakai
4. Princess
Potongan cincin berbentuk Princess ini dicirikan oleh bentuk empat segi sama yang klasik, namun disempurnakan dengan potongan tajam dan terperinci pada setiap sudutnya. Bentuk potongan ini menjadikan cincin ini pilihan ideal bagi mereka yang menghargai gaya minimal dengan sentuhan elegan, menggabungkan gaya klasik dan moden, menciptakan sebentuk cincin yang sesuai untuk dijadikan cincin pilihan di hari bahagia.
5. Radiant
Mempunyai hampir 70 potongan yang terukir pada permukaannya, potongan Radiant ini memancarkan kilauan yang menawan, yang pasti menciptakan kesan yang memukau. Potongan ini menggabungkan potongan bucu yang hampir sama dengan potongan jenis zamrud. Tidak hanya menonjolkan keanggunan batu permata, potongan jenis ini sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan mewah dan bergaya.
6. Bulat Penuh
Pilihan batu permata dengan potongan bulat penuh yang klasik dan tidak lekang dek zaman ini sememangnya mencipta refleksi cahaya yang menawan, memastikan ia menjadi pusat perhatian setiap kali disarungkan ke jari manis. Batu permata ini bukan hanya simbol yang mewah tetapi juga mampu menambah pesona dan keanggunan kepada siapa saja yang memakainya.
7. Kusyen
Mempunyai persamaan dengan bantal kusyen, batu permata dengan potongan kusyen ini, mempunyai sudut melengkung dan permukaan atas yang sedikit tinggi. Keistimewaannya bukan sahaja terletak pada bentuknya yang luar biasa tetapi pada keupayaannya untuk mempesonakan, kerana ia menangkap dan memantulkan cahaya dengan indah, memberikan daya tarikan menarik. Gaya potongan ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari gaya yang mewah dan romantik di hari bahagia.
Artikel Berkaitan: Top 5 Pereka Busana Pengantin Malaysia