Anda mencari lokasi fitness yang boleh dilakukan bersama besties? EH! sudah cuba dan kini giliran anda pula cuba bersama besties, ps- azam tahun baru, mesti lah ingin hidup sihat dan tampil gorgeous!
Apa azam tahun 2024 anda? Pasti antara kalian ingin menyertai kelas fitness dan ingin hidup sihat! Ya, umur makin meningkat, kita harus mengambil berat akan keseimbangan dan kesihatan badan kerana ia akan digunakan sehingga menua.
Tetapi, anda tidak tahu bagaimana ingin memulakan langkah hidup sihat dengan menyertai kelas fitness? Jangan risau, pasukan EH! sudah mencuba aktiviti baharu untuk anda, kami juga pergi bersama besties dan ini antara reviu lokasi fitness yang anda harus sertai bersama bestie!
Mulakan tahun baru anda dengan menyertai kelas fitness bersama besties, yang pasti mengujakan dan menyihatkan!
#1 Jian Pilates
Antara lokasi pilihan atlet dan selebriti Malaysia, Jian Pilates menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari gaya hidup sihat di tengah kesibukan urban.
Desain interior yang moden dan bersih, Jian Pilates menciptakan lingkungan yang menyenangkan dan nyaman bagi para pelanggan. Fasiliti yang lengkap dengan peralatan pilates terkini dan instruktur yang berpengalaman malah ruang latihan yang luas memberikan ruang gerak yang cukup untuk setiap pelanggan.
Jian Pilates juga menawarkan pelbagai kelas dan program latihan yang sesuai untuk semua tingkatan kecergasan.
Lokasi: Lot 1.043, Level 1, The School, Jaya One, 72A, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Rabu (08.00 pagi sehingga 21.00 malam) , Khamis – Sabtu (08.00 pagi sehingga 22.00 malam) Ahad (09.00 pagi sehingga 22.00 malam)
#2 FLYPROJECT
FlyProject menawarkan pengalaman kecergasan yang unik dengan peralatan moden dan instruktur profesional dalam suasana yang mengasyikkan.
Bangunan moden ini dilengkapi dengan kelengkapan terkini, menawarkan pelbagai kelas seperti HIIT, cycling dan yoga. Dengan reka bentuk dalaman yang bersih dan kontemporari, FlyProject memberikan motivasi tambahan untuk mencapai sasaran kecergasan.
Bagi pengalamanan kami, adalah disarankan untuk mengambil kelas pemula bagi mengelakkan risiko kesihatan kerana aktiviti ini memerlukan anda untuk kayuh basikal eletrik mengikut koordinat tenaga pengajar.
Lokasi: 75-3, Jalan SS 23/15, Taman Sea, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 08.00 pagi sehingga 20.00 malam
#3 Surya Fly
Aktiviti seterusnya, pasti akan ‘menerbangkan’ anda!
Sebuah pusat kecergasan yang menawarkan pengalaman fitness yang unik dan menyegarkan bagi para pengunjungnya. Lengkap dengan fasiliti moden dan beragam program latihan, lokasi ini menjadi destinasi utama bagi pecinta gaya hidup sihat.
Dari peralatan canggih hingga instruktur berpengalaman, Surya Fly memberikan pelayanan yang luar biasa untuk membantu setiap individu mencapai tujuan gaua hidup sihat mereka.
Lokasi: LEVEL 2 – BLOCK C, MAHSA AVENUE JALAN ILMU, OFF, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (09.00 pagi sehingga 10.00 malam) , Sabtu – Ahad (09.00 pagi sehingga 17.00 petang)