Empro, jenama penjagaan kulit dan penutup muka terkenal kini melancarkan sebuah produk kecantikan terbaru yang inovatif dengan reka bentuk minimalis dan elegan, SpaceLift Face Booster.
Antara bahagian yang paling mempercepatkan penuaan ialah pada bahagian wajah. Selain daripada peningkatan umur, ia juga terkesan dengan faktor seperti terdedah kepada matahari, cuaca buruk dan tabiat buruk. Kulit yang terangkat dan tegang bukan hanya melambangkan penampilan menarik, malah ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri. Penuaan kulit adalah proses semula jadi, tetapi kita boleh merawatnya dengan pelbagai alternatif.
Menyedari perlunya setiap individu tentang pentingnya penampilan wajah anggun, Empro kembali berinovasi dalam bidang kecantikan memperkenalkan ciptaan terbaharu yang berkualiti menerusi formula dan penemuan baru, SpaceLift Face Booster. Produk ini hadir dengan 12 intipati kadungan tumbuhan, menghasilkan efek ‘lifting solution’ di mana memberikan kulit anda terangkat dan hasil ketegangan kulit muka hanya dalam masa lima minit dan bertahan selama 60 jam.
SpaceLift Face Booster ini adalah produk kecantikan yang membuatkan kulit terangkat dan tegang nombor satu di dunia. Bungkusannya bukan sahaja kelihatan minimalis, tetapi ia hadir dengan warna kesukaan para wanita, merah jambu. Teknologi produk ini direka untuk penyampaian nutrien dan pemulihan yang tepat, memanjangkan hayat sel dan mengundurkan proses penuaan kulit.
Ramuan dalam produk ini menggabungkan 12 bahan tumbuhan seperti air bunga mawar damascena dan bunga chamomilla recutita, dipilih di Jepun menjadikannya satu serum terunggul. Gabungan ini memberi 10 manfaat iaitu dapat mengangkat dan menegangkan kulit dengan segera, meanjalkan kulit, menyerap dengan cepat, mencegah penuaan, menghidrasi serta memberi manfaat antioksida. Ia juga dapat mengurangkan kedutan, hiperpigmentasi, dan radang di muka sambil memberikan perlindungan terhadap kerosakan UV dan kebengkakkan pada wajah.
Produk ajaib ini hadir dalam dua saiz iaitu 30ml (RM128) dan 100ml (RM330).
Cara pemakaian SpaceLift Face Booster, anda hanya perlu semburkan sedikit selepas mencuci wajah dan membiarkannya serap ke dalam kulit anda dengan sendirinya, tunggu selama lima minit untuk melihat hasilnya. Bagi mendapatkan hasil yang lebih efektif, gunakan produk ini dua kali sehari, setiap pagi dan petang.
Majlis pelancaran SpaceLift Face Booster bukan sahaja satu majlis pengenalan produk, ia juga diadakan sebagai satu tanda penghargaan ke atas pemeteraian perjanjian dan kerjasama antara Empro dan rakan-rakan niaganya, disaksikan dif-dif kehormat termasuk wakil daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan tetamu-tetamu terhormat yang lain.
Majlis itu juga dimeriahkan dengan persembahan luar biasa oleh para penyanyi terkemuka tempatan, Aina Abdul, Ella dan Shila Amzah. Nyanyian merdu mereka menjadikan majlis itu acara keraian kecantikan di Centre Court Mid Valley Megamall.
Dengan pengedaran global berpusat di Jepun dan kerjasama bersama Watsons dan Sasa untuk pasaran runcit domestik, Empro memastikan cecair ajaib ini mudah didapati di dalam dan luar negara.
SpaceLift Face Booster kini boleh didapati di 14 negara dan sasaran mereka menjelang akhir tahun ini ialah untuk menembusi 30 pasaran luar negara.
Baca: Rutin Skincare Mengelirukan? Ini Cara Pemakaian Mengikut Urutan