Tidur adalah salah satu keperluan asas manusia yang penting. Walau bagaimanapun, posisi tidur yang salah boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan kita.
Tidur adalah aspek yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian kita dan memilih posisi tidur yang betul mempunyai kesan yang besar terhadap kesihatan badan dan kualiti tidur.
Biarpun sering diabaikan, pemilihan gaya tidur yang betul boleh menjadi kunci untuk mengelakkan pelbagai masalah kesihatan yang mungkin timbul akibat tabiat tidur yang tidak sesuai.
Untuk mengekalkan kesihatan badan kita, adalah penting untuk memahami bahawa posisi tidur yang salah boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan tulang belakang, leher dan otot. Oleh itu, mencari posisi tidur yang optimum yang menyokong kesihatan badan adalah langkah penting untuk memastikan tidur yang berkualiti dan kesejahteraan jangka panjang.
Semak lima posisi tidur yang sering dianggap selesa tetapi boleh mengandungi risiko tersembunyi yang perlu anda ketahui:
1. Tidur Mengiring
Posisi tidur yang paling biasa diamalkan kebanyakkan orang tetapi boleh memudaratkan ialah tidur mengiring dengan kepala menghadap bawah bantal. Walaupun ia kelihatan selesa, kedudukan ini boleh menyebabkan tekanan tambahan pada leher dan tulang belakang. Akibatnya, peredaran darah ke otak boleh terganggu, menyebabkan sakit dan juga masalah pernafasan.
2. Tidur Peluk
Posisi tidur peluk ialah ia melibatkan membongkok dengan lutut rapat ke dada anda. Kedudukan ini boleh menyebabkan ketegangan pada otot leher dan belakang badan lalu mencetuskan masalah postur dalam jangka masa panjang. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan badan kekal dalam kedudukan seimbang dan tidak terlalu membongkok.
3. Tidur Meniarap
Posisi ini perlu dielakkan kerana kesan negatifnya terhadap sistem pernafasan. Dalam kedudukan ini, kepala dan leher akan dipaksa berpusing ke sisi belakang, menyebabkan tekanan pada leher dan tulang belakang. Akibatnya, tidur di perut anda boleh menyebabkan ketidakselesaan pada waktu pagi dan dalam beberapa kes yang melampau, boleh mencetuskan masalah pernafasan yang serius.
4. Tidur Sisi Kiri
Walaupun ramai yang menikmati keselesaannya, kedudukan ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan pada tulang belakang dan menyebabkan ketegangan otot. Di samping itu, tekanan berterusan pada bahu boleh mencetuskan masalah sendi dan sakit di lengan dan tekanan pada jantung akan membuatkan pengaliran darah tidak lancar.
5. Posisi Mengiring X
Posisi tidur mengiring dengan sebelah kaki di atas kaki yang lain adalah kedudukan yang mungkin kelihatan selesa, tetapi sebenarnya boleh menyebabkan ketidakstabilan pada pelvis dan bahagian bawah punggung. Kedudukan ini boleh menghasilkan tekanan yang tidak sekata pada tulang belakang dan otot sekeliling.