Bagi pencinta kopi, meneroka pelbagai jenis minuman kopi adalah satu perkara yang wajib dan setiap jenis minuman kopi menawarkan pengalaman rasa yang berbeza dan unik.
Kopi mempunyai pelbagai jenis, rasa dan minuman kopi hadir daripada tiga jenis biji kopi yang berbeza iaitu Arabica, Robust dan Kona. Anda masih boleh merasakan kesegaran dan keaslian biji kopi tersebut walaupun dihidang panas atau sejuk.
Dari rasa yang kuat dan pahit hingga yang manis dan creamy, ada beragam jenis minuman kopi yang boleh anda nikmati. Oleh itu, EH! Senaraikan, tujuh jenis minuman kopi yang patut dicuba lagi-lagi buat mereka yang gemar kopi.
Tujuh Jenis Minuman Kopi Yang Pencinta Kopi Perlu Tahu;
1. Espresso
Espresso merupakan asas kepada pelbagai ramuan kopi, terhasil daripada pengisaran biji kopi yang sangat halusi dan penggunaan tekanan yang kuat semasa membancuh. Ini menghasilkan rasa yang kuat dan pekat yang melambangkan intipati kopi.
Biasanya ia disajikan dalam cawan yang kecil, dan espresso sering dijadikan pilihan utama bagi pencinta kopi sebagai sumber tenaga kafein yang cepat dan menyegarkan.
2. Americano
Americano adalah minuman kopi yang terbuat dari espresso yang dicampur dengan air panas. Anda boleh mengubah nisbah espreso kepada air mengikut citarasa anda, tetapi yang biasa adalah satu bahagian espreso kepada dua bahagian air.
Walaupun Americano memberikan pengalaman kopi yang lebih lembut berbanding espresso, intipati rasa tersendirinya masih mempunyai rasa kopi yang autentik.
3. Cappuccino
Cappuccino adalah seperti campuran utama espresso, kelembutan susu yang dikukus, dan kehalusan buih susu. Biasanya, ketiga-tiga bahan ini ia dicampurkan dalam bahagian yang sama.
Dan untuk menjadikannya lebih lazat, sesetengah orang suka menabur serbuk coklat atau kayu manis di atas buih susu tersebut, memberikan lapisan rasa tambahan yang memikat.
4. Latte
Minuman kopi yang paling popular, Sama seperti cappuccino, latte dibuat dengan espresso dan kelembutan susu yang dikukus. Namun, yang membezakan cappuccino san latte andalah, latte mempunyai lebih banyak susu dan kurang buih, menciptakan tekstur yang lebih kaya dan berkrim.
Latte juga sering digunakan sebagai kanvas kreatif bagi para barista untuk mengekspresikan seni latte yang kreatif.
5. Mocha
Mocha, juga dikenali sebagai mochaccino, atau pada asasnya adalah campuran cappuccino atau latte dengan keindahan coklat.
Ia biasanya mempunyai espresso, susu sejat, yang lembut, dan sirap coklat yang manis, sering kali disempurnakan dengan tambahan buih susu lembut atau lapisan whipped cream yang menggoda. Ini adalah pilihan yang sempurna bagi pecinta kopi dan coklat.
6. Flat White
Berasal dari, Australia dan New Zealand, Flat White mempunyai persamaan yang ketara dengan latte, walaupun dibezakan oleh lapisan buihnya yang halus. Flat white menekankan pada rasa kopi yang lebih dominan dibandingkan dengan latte, menjadikannya pilihan popular bagi mereka yang menyukai kopi dengan susu namun ingin rasa kopi yang lebih kuat.
7. Macchiato
Macchiato, yang berasal daripada bahasa Itali yang bermaksud “berbintik-bintik,” pada asalnya hanyalah espresso dengan sedikit buih susu di atasnya. Ada dua variasi utama iaitu Espresso Macchiato, yang menekankan rasa espresso yang kuat dan sentuhan buih susu, dan Latte Macchiato, yang mempunyai lebih banyak susu dan disajikan dalam gelas yang lebih besar.
Artikel Berkaitan: 7 Jenama Kedai Kopi Lokal Yang Setanding Jenama Kopi Antarabangsa