EH!nspirasi bulan ini, kami membawakan kisah atlet kebangsaan, Fariha Razak, yang bukan sahaja mencapai kejayaan dalam bidang sukan tetapi juga menjadi ‘mercu suar’, untuk wanita dalam dunia moden kini.
Dari arena bola jaring yang memperlihatkan semangat persaingan tinggi hingga ke lapangan hiburan sebagai penyanyi dan juga penyampai berita sukan di Astro Arena, Fariha Razak yang merupakan anak kedua daripada enam beradik, menyentuh kejayaan dengan bakat istimewa yang dimilikinya, memberikan inspirasi kepada generasi muda dalam meneroka bidang sukan dan hiburan.
Perjalanan melalui pelbagai pengalaman ini menandakan kemampuannya dalam merentang bidang kegiatan yang berbeza, menjadikannya seorang individu yang serba boleh dan berbakat.
Mari ikuti temubual yang penuh EH!nspirasi bersama gadis cantik yang berlindung di bawah label rakaman Werkit Records ini, di mana dia akan menjawab tujuh soalan bersama EH!
1. Apa yang mendorong Fariha untuk mengejar karier dalam sukan?
Sea games, 2017 di Kuala Lumpur. Ketika itu, Malaysia telah menjadi tuan rumah dan ia menjadi turning point dalam karier sukan saya ketika itu kita telah mendapat banyak perhatian dari pihak media dan lebih banyak peminat yang datang, dan itu yang membuatkan saya rasa yang sport is part of me!
2. Apa pengalaman paling berkesan sepanjang karier Fariha?
Ketika kita memperoleh pingat di acara sea games 2017, kita dan tunggu dari 2001 nak ada sukan bola jaring dalam sea games, bila dapat itu yang membuatkansaya rasa hopeful dalam sukan ini dan lagi satu yang terkesan bila saya cedera ketika sea games 2019 di Philippines, setelah setahun berlatih dan tiga bulan sebelum pertandingan saya mengalami cedera yang serius.
3. Bagaimana Fariha menyeimbangkan kehidupan profesional dan peribadi?
Sama sahaja dari zaman sekolah dulu memang life as a student atlet very hectic tapi saya pegang satu benda, bila saya ada off day saya tidak akan fikir pasal sukan. My off time adalahuntuk saya, keluarga dan rakan-rakan, jadi saya akan keluar dari circle kawan yang main sukan atau persekitaran sukan, saya akan pergi Bercuti, balik JB jumpa keluarga dan have fun with my friends!
4. Dari gelanggang bola jaring ke pentas pengacaraan dan nyanyian, bagaimana fariha membiasakan diri?
Saya rasa sebagai atlet ini kita dah sentiasa terdedah dengan media coverage, berdepan dengan kamera dan interviu. Jadi, saya sudah adapt to that environment. Bukanlah tidak ada langsung rasa nervous apabila depan kamera tapi, ketika saya ttengah aktif dalam suka bola jaring dari dulu pun, saya memang jenis orang yang suka bercakap dengan kamera, saya bukanlah camera shy.
5. Apa diet dan gaya hidup yang di amalkan Fariha?
Saya seorang yang suka makan, jadi yang membuat saya kawal, saya akan bersukan apabila saya rasa ia berlebihan.
6. Siapakah inspirasi Fariha dan kenapa?
I think my main inspirasi adalah my family. Saya adalah seorang yang very family person, dari dulu lagi kalau perkara yang saya buat, keluarga saya yang banyak mendorong dan sokong, dari saya menjadi atlet sukan sehingga ke sekarang ini walaupun saya sudah pindah ke sini dan keluarga saya masih tinggal di Johor Bharu.
7. Tip kecantikan Fariha selepas bersukan?
Bila kita bersukan, akan ada glow yang tersendiri jadi secara tak langsung ia memberikan saya perasaan yang saya kena bersukan untuk kekal sihat, badan yang cantik dan kulit yang sihat dan tip kecantikan selepas saya bersenam adalah, saya tidak pernah skip rutin pejagaan wajah.
Artikel Berkaitan: Rahsia To’ Puan Syamim Farid Memiliki Badan Yang Sihat Dan Cantik