Hari Kekasih adalah hari yang penuh dengan kasih sayang dan penghargaan, inilah masa yang sesuai untuk anda meluahkan perasaan mendalam kepada pasangan dengan ikuti idea hadiah untuk Hari Kekasih 2024.
Adakah anda masih mencari hadiah untuk hari kekasih 2024? Jangan khuatir kerana EH! telah kumpulkan hadiah terbaik dan menarik pasti memikat hati pasangan anda. Mari jadikan detik ini lebih istimewa dengan hadiah yang tidak dapat dilupakan.
Ps; Tidak kira apa hadiah yang anda pilih, yang penting ialah usaha dan niat murni anda untuk menjadikan Hari Kekasih tahun ini sebagai detik yang tidak dapat dilupakan untuk anda berdua. Jadikan hari itu peluang untuk menyatakan cinta anda dan menghargai kehadiran pasangan anda dalam hidup anda.
Lihat senarai hadiah untuk hari kekasih 2024, khas untuk si dia:
#1 Colour-changing Hidden Message Heart Charm (RM229)
Pesona Colour-changing Hidden Message Heart Charm ini direka dengan perubahan warna, barang kemas eksklusif yang menakjubkan. Dengan reka bentuk hati yang mempesonakan, ia bukan sahaja memikat mata, malah menyimpan rahsia.
Apabila terdedah kepada suhu panas, warnanya akan berubah, mendedahkan mesej tersembunyi ‘I Love You’ yang menjadikan mereka lebih istimewa.
#2 As de Coeur earrings (RM 3,750)
Anting-anting Hermes As de Coeur adalah karya seni yang menawan dengan keanggunan dan kecantikan. Dicipta dengan trend semasa, sepasang anting-anting ini menampilkan reka bentuk ikonik dan elegan.
Membawakan sentuhan klasik dan moden, menceritakan kisah keberanian dan kekuatan. Sebagai simbol As de Coeur, mereka menandakan kejayaan dan semangat perjuangan.
#3 Sultry Palette Vault Mini Set (Limited Edition) (RM310)
Set Rak Mini – Sultry Palette Vault Mini Set daripada Sephora ini adalah pilihan eksklusif untuk peminat kecantikan, lagi-lagi si dia yang meminati solekan. Set edisi terhad ini menawarkan warna yang neutral dari pembayang mata, gincu kepada pensil gincu, membolehkan eksperimen kreatif tanpa had. Pembungkusan yang mewah dan eksklusif menambah daya tarikannya.
#4 VALENTINO Donna Born In Roma Pink PP Eau De Parfum (Limited Edition) (RM720)
Valentino Donna Born In Roma Pink PP Eau De Parfum (Edisi Terhad) dari Sephora, haruman keanggunan dan yang mempesonakan. Dicipta dengan kehalusan citrus & buah, wangian ini meraikan kecantikan dan kekuatan feminin wanita moden.
Dengan sentuhan merah jambu yang memikat, ia menggambarkan keberanian dan kecantikan dalam kesempurnaan. Memakai minyak wangi ini seperti memakai mahkota, memancarkan daya tarikan dan ketegasan yang tiada tandingan.
#5 Air Jordan 1 Low SE (RM339)
Air Jordan 1 Low SE berwarna merah jambu adalah hadiah yang sesuai untuk Hari Kekasih! Dengan sentuhan feminin dan gaya ikonik, sneakers ini bukan sahaja tentang gaya, tetapi juga tentang kesempurnaan secara terperinci dan keselesaan.
Menggabungkan reka bentuk legenda dengan warna-warni merah jambu, ini adalah pernyataan cinta yang tidak dapat dilupakan untuk pasangan anda, memberikan kesan yang berkekalan pada setiap langkah perjalanan cinta anda bersama.