Membeli-belah tanpa mengira harga merupakan satu pembaziran. Bukankah lebih seronok berbelanja dengan harga yang lebih murah disamping dapat menabung. Ketahui 5 cara berseronok kala berbelanja bersama Eh!
1. Kad Ahli
Sememangnya kad keahlian dapat membantu anda membayar dengan harga yang lebih murah. Kad istimewa ini boleh didapati di mana-mana butik, stesen minyak mahupun gedung membeli-belah. Bukan saja dapat menerima potongan harga keahlian, malah, ada juga kad keahlian yang menawarkan sistem pengumpulan poin bagi setiap pembelian produk. Berhibur kala berbelanja dengan memiliki kad keahlian sebanyak mungkin!
[tab:Cara 2]2. Kupon Murah
Tidak salah rasanya membeli kupon murah untuk menerima tawaran diskaun hebat. Jangan pandang remeh padanya, kerana ia dapat membantu anda menerima harga diskaun lebih 90%! Daripada membazir wang beratus ringgit ke spa atau pusat pelangsingan badan, lebih baik anda membeli kupon murah. Penampilan cantik, harga pun jimat!
[tab:Cara 3]3. Jualan Gudang
Ada diantara kita impikan barangan jenama terkenal dan mahal yang tidak mampu dimiliki. Usah risau lagi kerana dengan adanya jualan gudang anda mampu memilikinya! Jualan gudang biasanya diadakan sekitar hujung tahun dan pastikan anda sentiasa mengikuti informasi terkini tentangnya supaya tidak terlepas peluang keemasan untuk memborong produk!
[tab:Cara 4]4. Promosi
Bulan promosi ini selalunya diadakan secara besar-besaran di pusat membeli belah dan tiket-tiket penerbangan. Bagi mereka yang mengimpikan percutian ke luar negara atau tempat yang tidak pernah dilawati, rajin-rajinlah melayari internet untuk mengetahui informasi mengenainya. Inilah peluang yang dinanti-nantikan dan sememangnya ia cukup berbaloi!
[tab:Cara 5]5. Hari Rabu
Menonton wayang bersama rakan-rakan memang menyeronokkan. Tetapi lebih seronok lagi jika harga tiket murah. Bagi kaki wayang di luar sana, tontonlah filem kegemaran anda pada hari rabu kerana pada hari tersebut harga tiket wayang lebih murah!
[tab:END]Banyak lagi cara untuk berbelanja secara berhemah tidak diketahui disini. Jangan lupa dapatkan Eh! Februari 2012 dipasaran untuk membaca artikel ini selanjutnya!