Saksikan koleksi gaya raya Carlo Rino dalam penataan cukup modest yang digayakan oleh jelitawan Hannah Delisha, inspirasi rekaan yang sofistikated dan chic!
Setiap tahun, perbincangan mengenai fesyen raya akan menjadi topik utama dalam kalangan individu yang ingin kelihatan berseri-seri semasa majlis resepsi raya.
Bagi kebanyakan individu, “Outfit of the Day” atau OOTD semasa Hari Raya adalah satu kemestian. Carlo Rino, jenama fesyen tersohor dalam reka bentuk aksesori fesyen, juga tidak terkecuali dalam menawarkan pilihan yang elegan dan bergaya untuk pelengkap OOTD nada semasa sambutan Raya.
Koleksi gaya Raya pilihan Hannah Delisha, Carlo Rino pelengkap sempurna kepada OOTD Hari Raya, menghasilkan gaya Raya anda yang bergaya dan menakjubkan.
Beg tangan adalah salah satu aksesori penting yang tidak boleh ditinggalkan ketika merancang OOTD Raya.
Carlo Rino terkenal dengan reka bentuk beg tangannya yang bergaya dan praktikal malah elegan dan kualiti tinggi, setiap beg mempamerkan keanggunan dan kemewahan yang sepadan dengan suasana raya yang mulia.
Merangkumi pelbagai gaya dan saiz, daripada beg dijinjing berkapasiti besar kepada beg boleh disilangkan di bahu – kecil dan padat, setiap beg menampilkan sentuhan moden untuk memenuhi citarasa setiap individu. Reka bentuk yang terkini menampilkan elemen aksen emas CR dan perincian tali beg chic juga menaikkan aura fesyen anda.
Bagi Hannah, dia lebih menyukai beg rekaan minimalist PRISM QUILTED LUNA CROSSBODY sebelum pulang ke halaman kampungnya.
Rekaan unik berbentuk separa bulat dan lengkungan dibahagian zip, menciptakan mood moden dengan perincian corak Quilt, serta didatangkan dengan rantai dan tali yang sepadan, gaya anggun klasik yang harus ada di almari anda.
Didapati dalam dua warna pilihan, Black dan Medium Green, ini adalah pilihan yang sempurna untuk menyambut suasana kegembiraan dan keceriaan sambutan Hari Raya.
“Saya juga akan memadankan jam tangan VICTOIRE TIMEPIECE sebagai pelengkap gaya. Ia memancarkan aura kemewahan dan keanggunan yang sesuai dengan perincian warna emas dibingkai dan motif logo CR dicetak dalam.”
Gaya pagi Raya tidak lengkap tanpa rekaan klasik dan ikonik Monogram Carlo Rino. Sama ada pilihan beg tote atau lengkung bujur, penampilan raya akan bertambah anggun lagi stylish dengan paduan beg dari Carlo Rino ini.
Dua pilihan bentuk, BOLD C SMALL SHOP TOTE dan BOLD C BOWLER BAG, didatangkan dengan desain logo CR di permukaan fabrik – warna ceria dan chic seperti merah jambu, unggu dan biru, cukup sederhana dengan sentuhan elegan.
Ya, pilihan monogram ini juga hadir dengan aksesori popular Carlo Rino, iaitu Bun Bun, esembel gaya halus dengan kemasan hitam dipenjuru beg -tali beg yang boleh disesuaikan mengikut tali panjang keselesaan mahupun dipegang, membolehkan pemegang tampak anggun dan menawan dengan daya tarikan yang mempesonakan.
Selain beg tangan, aksesori lain seperti kasut juga tidak kurangnya. Carlo Rino menawarkan pelbagai jenis kasut yang sesuai dengan pelbagai gaya dan citarasa. Bagi wanita yang inginkan keselesaan tanpa mengorbankan gaya, kasut tumit rendah FAYE IRIDESCENT TWEED PUMPS dengan rekaan elegan tweed dari Carlo Rino pastinya menjadi pilihan utama.
Ideal gaya raya malam bagi Hannah pula, dia lebih menyukai gaya fun dan chic!
Selain tote beg besar dan beg melengkung, Carlo Rino turut menawarkan pelbagai pilihan beg berlainan seperti tote kecil mahupun beg saiz kecil, antara pilihan popular dan menjadi sambaran wanita masa kini.
Bagi wanita yang sukakan reka bentuk moden dan minimalis, PRISM QUILTED BARREL BAG dan CARLO GEO CARRY-ALL BAG MINI antara pilihan terbaik. Dengan sentuhan elegan dan tekstur Quilt berkualiti tinggi, beg ini menambahkan seri pada setiap OOTD Raya.
Dijahit tenun quilt pada permukaan beg dengan akses logo CR dan corak monogram ikonik, ia diperkemas lagi dengan ciri keychain bentuk arnab, nama Bun Bun – mencipta rasa playful pada beg yang boleh digayakan sehingga ke majlis malam.
Kasut bertumit tinggi PEARL HEELED SANDALS juga sesuai untuk majlis-majlis khas dengan sentuhan tali halus dan menggunakan material berkualiti tinggi, diperincikan pearl di tumit kasut, menjelmakan ritma gaya moden pada penataan stail.
Bercakap tentang beg, sudah. Malah kasut pun, sudah. Namun ada satu lagi ciri istimewa yang melengkapkan penampilan Hannah, iaitu pilihan skarf yang menyeronokkan dan kaca mata rekaan terkini!
Selain beg tangan dan kasut, aksesori lain yang memerlukan perhatian ialah skarf dan cermin mata rekaan Carlo Rino.
Pilihan yang fun dan chic, Hannah memilih gaya beg CARLO GEO MINI SHOP TOTE, dihiasi skarf samping THERAPEUTIC SCARF dan C.RINO VINTAGE CLASS pelengkap gaya akhir OOTDnya.
Apa yang istimewanya, koleksi ini mudah disuai padan, kalau tidak digayakan pada hari raya, koleksi ini juga boleh digayakan buat gaya kasual untuk aktiviti hujung minggu bersama jean sendat atau skirt panjang yang sedia ada dalam gerobok baju anda sendiri.
Secara keseluruhannya, koleksi dari Carlo Rino bukan sahaja melengkapkan OOTD Hari Raya, tetapi juga menambahkan sentuhan kemewahan dan keanggunan pada penampilan hari mingguan anda. Dengan rekaan yang bergaya dan kualiti yang tinggi, setiap rekaan beg dan aksesori ini menjadi pilihan yang sesuai untuk menghasilkan gaya Raya yang chic dan memukau. Jadi, tidak kira sama ada anda memilih tas tangan, kasut, atau perhiasan, pastikan untuk memilih Carlo Rino sebagai rakan setia anda dalam menambah seri pada OOTD Raya anda.
Bukan sahaja boleh didapati di butik berhampiran, Carlo Rino juga tampil dengan sistem jual beli secara dalam talian buat pengalaman beli-belah yang lebih efisien dan mengujakan. Hanya perlu klik talian DISINI dan anda boleh membeli-belah dengan gaya Hannah Delisha yang dipaparkan. Untuk kekal berhubung dengan tawaran dan informasi terkini, ikuti Carlo Rino di akaun Facebook, Instagram dan TikTok.
Baca: Carlo Rino CURVA, Gaya Lebih Chic Berinspirasi Futurism