SAG Awards ke-30 yang berlangsung di Shrine Auditorium dan Expo Hall, Los Angeles meriah dengan kehadiran para selebriti dan jemputan ternama dengan gaya yang memukau.
Screen Actors Guild Awards, dikenali sebagai Anugerah SAG ialah penghargaan yang diberikan oleh Persatuan Pelakon Skrin-Persekutuan Artis Televisyen dan Radio Amerika. Anugerah ini mengiktiraf persembahan cemerlang dalam filem dan televisyen masa perdana.
Anugerah SAG telah menjadi salah satu acara anugerah utama dalam industri filem Hollywood sejak itu, bersama-sama dengan Anugerah Golden Globe dan Oscar. Anugerah SAG memfokuskan kedua-dua persembahan individu dan hasil kerja keseluruhan ensembel siri drama dan komedi, dan barisan pelakon filem.
Sebelum acara berlangsung, para selebriti tampil dalam fesyen memukau, dilihat mendominasi karpet merah tahun ini. EH! kongsi gaya selebriti yang menangkap mata di karpet merah di SAG Awards.
Margot Robbie
Margot Robbie, yang berlakon sebagai watak utama dalam filem Barbie itu, menyarung busana rekaan Schiaparelli Couture berona merah jambu dan hitam, menampilkan gaun mini tanpa tali dengan cantuman fabrik meleret di luar gaun mini. Dia memadankan gayanya dengan sepatu tumit tinggi hitam, gelang kaki berlian dan anting-anting.
Anne Hathaway
Anne Hathaway hadir dengan menangkap mata, menyarung gaun biru elektrik rekaan Atelier Versace yang mempunyai garis leher yang rendah, potongan di bahagian tengah dan juga tali pinggang. Dia memadankan gayanya dengan tas tangan dan sepatu tumit tinggi rona silver sama padan, rantai dan anting-anting berlian.
Ariana Greenblatt
Stunning! Ariana Greenblatt hadir dengan meyarung gaun rekaan Vera Wang yang diimport dari Itali. Ariana menggayakan gaun kembang baldu dengan sepasang kasut Jimmy Choo.
Maddie Ziegler
Maddie Ziegler menyarung gaun berona nude dari koleksi Lee McQueen 2003 ‘Irere’, yang menampilkan beberapa rekaan paling tidak dapat dilupakannya. dia melengkapkan gayanya dengan sepatu tumit tinggi terbuka bahagian depan sama padan gaunnya.
Billie Eilish
Billie Eilish menyarungkan kemeja putih dan sepasang seluar hitam longgar. Dia melapisi gayanya dengan vest jarang dan menambah tali leher hitam untuk sentuhan akhir. Billie menyarungkan sepasang sepatu balet hitam.
Selena Gomez
Selena Gomez menyarung gaun putih meleret yang berkilauan dengan potongan menyerlahkan figuranya, Dia memadankan dengan sepatu tumit tinggi terbuka dan anting-anting silver bersaiz besar.
Reese Witherspoon
Reese Witherspoon kelihatan elegen dengan menyarung gaun merah menjerit daripada koleksi haute couture Elie Saab musim bunga 2024. Reese melengkapkan gayanya dengansepatu tumit tinggi sama rona gaun.
Jennifer Aniston
Jennifer Aniston mempamerkan bentuk figuranya dalam gaun silver rekaan Atelir Versace yang menampilkan belahan sehingga paha. Dia melengkapkan gayanya dengan sepatu tumit tinggi sama padan gaunnya.
Ali Wong
Ali Wong tiba dengan buasana 3D dari koleksi couture musim luruh 2023 Iris Van Herpen. Gaun itu menampilkan hiasan geometri besar yang tergantung pada garis leher. Dia menambah aksesori dengan sepatu tumit platform Brandon Blackwood.
Juno Temple
Juno Temple kelihatan glamor menyarung gaun meleret tanpa lengan dengan belahan tepi. Juno melengkapkan gayanya dengan sepatu tumit tinggi dan tas tangan berona hitam bersama choker dan cincin.
Brie Larson
Brie kelihatan anggun dalam busana rekaan Atelier Versace, crop top lengan panjang berwarna merah jambu yang mempunyai perincian di sepanjang bahagian tengah dipadankan dengan skirt kembang padanan bajunya.