Jenama aksesori mewah Diamond & Platinum membawa kemilau permatanya ke butik terbaru di IOI City Mall Putrajaya.
Diamond & Platinum meraikan ulang tahunnya yang ke-25 tahun ini dan keraian ini pastinya lebih bermakna dengan pembukaan butik terbaru mereka. Label aksesori mewah ini sudah mula bertapak di Malaysia sejak tahun 1999 lagi. Mereka dikenali dengan kualiti batu permata khususnya berlian yang dipilih secermat-cermatnya oleh gemmologists.
Menariknya tentang butik terbaru Diamond & Platinum ini, mereka juga mula melancarkan kategori terbaru yang dinamakan sebagai ‘Riang Collection’ yang mana kategori ini menawarkan koleksi emas 999. Apa yang menarik tentang koleksi emas 999 di Diamond & Platinum? Ia dihasilkan dengan gabungan kecanggihan teknologi dalam pembuatan dengan daya tahan yang memanjangkan pemakaian dan juga menang memakai dari segi rekaannya.
Di bawah payung Diamond & Platinum terdapat himpunan eksklusif Estrella Diamond dan jug De Beers Forevermark Diamond yang mana De Beers Forevermark antara jenama permata dan perhiasan mewah terulung dunia buat masa kini.
Bagi sebarang tempahan, janji temu atau pertanyaan boleh layari diamondnplatinum.com atau bagi yang mahu membuat tempahan boleh melayari eshop.diamondnplatinum.com/