UNIQLO mengukuhkan penglibatannya dalam memperingati Hari Wanita Antarabangsa dengan mengadakan bengkel pemerkasaan wanita.
Sempena Hari Wanita Antarabangsa, UNIQLO, jenama pakaian global yang terkenal dari Jepun, telah menganjurkan bengkel pemerkasaan wanita yang penuh inspirasi bertajuk “Drive, Daring, Destiny” di pusat beli-belah The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada 10 Mac 2024.
Acara tersebut merupakan hasil kerjasama antara UNIQLO dan Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak wanita dan kesaksamaan jantina di Malaysia.
UNIQLO berjaya mengumpulkan usahawan wanita yang berpengaruh, seperti Bella Zahir dan Amy Tai, pengasas jenama kasut tempatan Machino, untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mereka dalam sebuah sesi yang penuh inspirasi.
Salah satu sorotan utama bengkel tersebut adalah sesi dialog yang mengupas isu-isu yang dihadapi oleh wanita dalam masyarakat hari ini, termasuklah cabaran yang dihadapi, peluang yang boleh dimanfaatkan, dan strategi untuk meningkatkan kesejahteraan mental.
Sesi tersebut juga turut disertai wakil dari Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) Joanne, yang memberi peluang kepada wanita untuk berkongsi pengalaman, pandangan, dan inspirasi untuk wanita mencapai matlamat mereka dengan yakin. Para peserta juga mendapat peluang mendengar dan berkongsi pandangan dari usahawan wanita tersebut.
Komitmen UNIQLO terhadap pemerkasaan wanita turut disalurkan ke dalam produk-produk mereka. Acara tersebut turut disempurnakan dengan sesi penerangan tentang pakaian dalam baharu oleh Amira, dimana dia berkongsi cara pemilihan Bra yang betul, serta kelebihan pakaian dalam LifeWear dari UNIQLO. Para peserta bengkel mendapat peluang untuk memahami lebih lanjut tentang pemilihan bra yang sesuai dengan bentuk dan saiz tubuh masing-masing, serta keunikan reka bentuk koleksi LifeWear yang memenuhi keperluan gaya hidup moden.
Pakaian Dalam Wanita UNIQLO, direka dengan keselesaan dan keyakinan, membolehkan wanita mengemudi kehidupan harian mereka dengan mudah dan penuh keyakinan. Dengan menggunakan bahan berkualiti tinggi dan reka bentuk yang teliti, pakaian dalam ini memberikan sokongan yang sempurna tanpa mengorbankan keselesaan, membolehkan wanita merasa yakin dan selesa sepanjang hari.
Antara Produk Unggulannya, Termasuk;
Wireless Bra (3D Hold)
Memberikan sokongan dan keselesaan yang luar biasa untuk pemakaian sepanjang hari, Wireless Bra 3D Hold tersedia dalam lima warna yang menarik, sesuai untuk gaya hidup moden wanita hari ini.
Wireless Bra (Ultra Relax)
Menawarkan kelonggaran yang tiada tandingan tanpa mengorbankan gaya. Wireless Bra (Ultra Relax) hadir dengan empat pilihan warna natural yang sesuai untuk gaya hidup aktif wanita masa kini, memberikan pengalaman pemakaian yang selesa dan santai.
Wireless Bra (Stretch Lace)
Wireless Bra (Stretch Lace) menggabungkan keanggunan dengan fleksibiliti untuk keselesaan yang sempurna. Sesuai untuk gaya hidup moden wanita hari ini, bra ini tersedia dalam empat pilihan warna yang menarik, membolehkan anda tampil bergaya tanpa mengorbankan keselesaan.
Dapatkan Koleksi UNIQLO LifeWear di semua stor fizikal Uniqlo di seluruh negara dan stor dalam talian Uniqlo Malaysia disini.
Artikel Berkaitan: UNIQLO AIRism, Defini Ikonik & Keselesaan Gaya Kini