Menjaga hubungan seksual yang sihat dan bermakna tetap diperlukan, bahkan ketika di bulan Ramadan, untuk menjadikan rumah tangga anda dan pasangan menjadi lebih intim.
Memasuki sahaja bulan Ramadan, penting bagi pasangan suami isteri untuk lebih pandai mengatur waktu berhubungan seks agar keintiman ini tidak mengganggu ibadah puasa.
Namun, seringkali mereka menghadapi kesulitan untuk mencari waktu yang sesuai. Walaupun puasa mungkin memberikan cabaran dalam menjaga hubungan fizikal, terdapat cara untuk menjadikan pengalaman seksual semasa berpuasa lebih bermakna dan memuaskan.
Berikut adalah lima tip penting EH! ingin kongsikan untuk pasangan yang ingin menjaga hubungan seks yang sihat dan positif semasa berpuasa.
Intai Lima Tip Hubungan Seks Ketika Puasa:
1. Waktu Ideal
Adalah penting untuk berkomunikasi dengan pasangan untuk menentukan waktu yang paling sesuai. Kesihatan menjadi keutamaan dalam kehidupan seksual pasangan, terutama saat menjalani ibadah puasa.
Malam hari hingga menjelang pagi dianggap waktu yang terbaik untuk berhubungan seks kerana sudah berbuka puasa. Pada waktu ini, tenaga juga sudah kembali kerana sudah makan dan minum selepas berbuka.
2. Menyusun Durasi Seks
Selama bulan Ramadan, waktu untuk berhubungan seks mungkin terbatas. Oleh itu, fokuslah pada keintiman yang bermakna dan memuaskan daripada durasi yang panjang.
Jika masa terhad untuk bersama, gunakanlah waktu itu dengan bijak untuk mengeratkan lagi hubungan anda dengan pasangan. Berkomunikasi dengan baik dan beri perhatian kepada keperluan dan kehendak pasangan untuk memastikan kedua-dua pihak merasa puas dan terhubung emosional.
3. Komunikasi
Dalam kesibukan beribadah dan berpuasa, penting untuk berkomunikasi dengan jelas tentang keperluan dan kehendak pasangan untuk menjaga keintiman. Hubungan seksual bukan hanya menjadi rutin, tetapi juga menjadi pengalaman yang dinantikan dan bermakna bagi kedua belah pihak, meningkatkan kebahagiaan dan keintiman dalam perkahwinan.
4. Menjaga kesihatan fizikal
Walaupun berpuasa, penting untuk menjaga kesihatan fizikal anda. Pastikan anda mendapatkan nutrien yang mencukupi dan rehat yang cukup untuk untuk aktiviti seksual.
Keseimbangan antara ibadah dan kehidupan seksual adalah kunci untuk menjalani bulan Ramadan dengan baik. Jika anda atau pasangan merasakan keletihan yang teruk, berbincang dengan pakar kesihatan untuk mendapatkan nasihat yang sesuai.
5. Menjaga kebersihan diri
Kegiatan seksual semasa berpuasa boleh meningkatkan risiko kekurangan cecair dalam badan. Pastikan minum air yang mencukupi selepas berbuka puasa untuk menggantikan cecair yang hilang semasa aktiviti seksual,
Penting untuk memastikan anda dan pasangan menjaga kebersihan diri dengan mandi sebelum dan selepas hubungan seksual. Ini tidak hanya untuk menjaga kesegaran badan tetapi juga untuk memastikan kebersihan diri yang baik.
Artikel Berkaitan: 7 Posisi Seks Berbahaya Untuk Wanita