Hello Shine, #HelloPurple! Serlahkan keyakinan diri dengan senyuman berseri hasil inovasi baru dari Colgate Optic White Purple Toothpaste. Bila gigi lebih putih, senyuman jadi lebih menawan, penampilan lebih berseri, dan diri pastinya lebih yakin.
Inovasi dalam dunia kecantikan terus berkembang, dan akan sentiasa ada penemuan dan teknologi terkini yang dapat menambah baik produk sedia ada. Usaha untuk tampil cantik juga seharusnya menyeluruh, bukan tertumpu pada penjagaan kulit dan riasan wajah semata, rasanya kecantikan gigi juga harus menjadi keutamaan.
Gigi bersih dan putih melahirkan senyuman menawan, sekaligus ia juga menjadi pelonjak kepada keyakinan diri. Oh ya, bila gigi kelihatan putih, sapulah apa juga warna gincu pasti nampak cantik.
Siapa sangka, pemutihan gigi juga boleh dijadikan sebagai Beauty Hack. Ubat gigi Colgate Optic White Purple Toothpaste, tip kecantikan gigi yang merawat masalah warna kuning dengan serta-merta.
Terkini, Colgate memperkenalkan Colgate Optic White Purple Toothpaste, ubat gigi yang dicipta untuk kesan gigi lebih putih dan bersih mengembalikan keyakinan dan senyuman bersinar buat anda.
Seperti namanya, memang kita sudah dapat tahu ubat gigi terbaru Colgate ini berwarna ungu. Mengapa warna ungu? Dan bagaimana ubat gigi berwarna ungu boleh mencerahkan warna gigi?
Formula yang digunakan di dalam ubat gigi ini adalah dengan objektif membetulkan ton kuning pada gigi (colour correct). Diilhamkan oleh roda teori warna, Colgate Optic White Purple memanfaatkan kuasa warna pelengkap (ungu dan kuning), ia meneutralkan satu sama lain merawat gigi warna kuning.
Kehebatan Colgate Optic White Purple bukan terletak pada keberkesanannya semata, tetapi juga pada pembetulan warna ubat gigi yang unik. Berona ungu yang keluar dari tiub teksturnya lembut dan berkrim, menawarkan penggunaan yang selesa.
Okey, untuk anda lebih mudah faham lagi, jika anda sudah biasa dengan rutin solekan, mesti anda tahu tentang colour corrector.
Bahan pembetul warna inilah yang biasanya disapu pada bahagian bawah kantung hitam bawah mata yang mana ia meneutralkan ton kulit dan wajah nampak sekata bila disapu bedak asas. Jadi samalah dengan ubat gigi ungu ini, ia akan mencerahkan ton gigi yang kuning.
Selain itu ubat gigi ini juga dilengkapi dengan High Clean Silica dan Core Shell Silica yang mana ia bertindak untuk menyingkirkan kotoran pada permukaan gigi.
Manakala perisa pudina pula memberikan sensasi rasa segar yang menyamankan. Lantas menjadikan proses memberus dan membersihkan gigi bukan sekadar rutin harian, tetapi juga pengalaman yang menyeronokan.
Sudah tiba masanya untuk anda menyenaraikan Colgate Optic White Purple dalam rutin cantik anda setiap hari, sama penting seperti anda menyapu rangkaian penjagaan kulit mahupun solekan.
Ini antara beauty hack masa kini yang harus diamalkan untuk memastikan penampilan diri lebih sempurna dengan sebaris senyuman yang lebih menawan.
Dapatkan produk Colgate di semua stor fizikal Watsons dan Guardian di seluruh negara dan stor dalam talian Colgate Shopee, Lazada, Watsons dan Guardian.
Baca: Colgate Optic White FlexLight LED Kit Menyerlahkan Senyuman