Perjalanan seni selama 15 tahun sejak memenangi Bintang RTM 2009 telah banyak mematang dan merubah pandangan Ernie Zakri tentang kehidupan. Hari ini dia ‘meramu’ mesra statusnya sebagai isteri, ibu dan salah seorang vokalis hebat di mata peminat seni muzik tanah air.
Saya mula mengenali Ernie Zakri sejak dia memenangi Bintang RTM, namun pada waktu itu sekadar tahu nama dan rupanya sahaja. Saya mula memberi perhatian kepada suaranya sejak ‘Jangan Marah’, mungkin kerana lagunya juga catchy dan menangkap halwa telinga saya, ala Ariana Grande’s vibes. Dan melihatkan keberjayaan lagu itu, saya minta penulis saya langsungkan penggambaran dengannya. Dan dalam tahun 2017 Ernie juga tersenarai dalam barisan selebriti EH! TOP 20.
Di awal tahun 2018, kemerduan suaranya bergandingan dengan Syamel menambat hati juri untuk menobatkan mereka berdua sebagai pemilik trofi Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu. Dari situ keampuhan vokal Ernie terus mendapat perhatian dan menang sekali lagi menerusi lagu ‘Gundah’.
Hari ini, saya makin mengenali Ernie bila mana beberapa kali juga kami bekerjasama, baik untuk penggambaran di EH! mahupun untuk aktiviti seninya. Biar kerap berjumpa tapi jarang sekali kami dapat berbual panjang, dan saya ambil kesempatan temubual ini untuk menyelami perasaan ibu kepada Nur Khawla Soleha ini.
Pada pandangan Ernie apa itu muzik?
Bagi saya muzik itu ialah satu perasaan. Bila saya menulis satu-satu lagu itu, ia adalah cerminan apa yang saya rasa ketika itu.
Bagaimana Ernie mendefinisi muzik yang bagus?
Muzik yang bagus bagi saya sangat subjektif. Saya ada genre tertentu yang saya suka tapi saya lihat semua genre ada keindahannya sendiri. Adakalanya kita suka satu-satu muzik itu kerana ia berkaitan dengan kehidupan kita. Jadi secara amnya great music itu very subjective.
Apa pula yang boleh Ernie rumuskan tentang selera muzik orang Malaysia?
Jika ikut pendapat saya secara peribadi saya tak perlu menghakimi selera muzik sesiapa kerana kita mendengar muzik mengikut apa yang kita rasa. Cuma apa yang boleh saya katakan pemain industri itu sendiri punya peranan untuk menjadikannya lebih baik. Kita sendiri yang menentukan apa yang ingin kita suapkan kepada pendengar. Ia datang dari orang yang menyediakan. Jika kita mahu beri impak, ia seharusnya datang daripada orang industri sendiri. Kita seharusnya meraikan semua jenis muzik kemudian baru kita boleh cakap tentang selera muzik orang kita.
Masyarakat hari ini semakin terbuka, dengan adanya media sosial lebih ramai orang cuba mengupas dan mengkritik muzik. Mereka tahu apa yang terbaik dan apa yang mereka suka. Kalau dulu-dulu industri kita berbeza, apa yang ditawarkan oleh industri juga pelbagai dan sebab itu kita ada Datuk Sheila Majid, tiba-tiba kita lihat kemunculan Ning Baizura. Industri dulu tawarannya lebih variasi.
Generasi hari ini kurang mendengar radio, jadi mereka hanya streaming dan memilih lagu-lagu yang mereka suka sahaja, dan menjadikannya lebih kritikal bila kepelbagaian muzik juga semakin terhad.
Ernie juga kerap diundang sebagai juri program pertandingan nyanyian. Apabila duduk di kerusi pengkritik atau juri, apa yang Ernie cari apabila melakukan penialaian?
Bila seseorang itu membuat persembahan, saya nak lihat sesuatu yang tak pernah saya lihat atau dengar. Selain suara, saya juga menilai dari segi karakter dan personaliti kerana bagi saya bila kita masuk ke dalam industri muzik, ia sudah jadi lain, bukan suara sahaja.
Ton suara juga sangat penting bagi saya. Saya mencari ton suara yang tak pernah saya dengar, dan bila dia menyanyi, dia sendiri tahu yang dia seorang sahaja ada suara begitu. Berbeza!
Saya melihat pertandingan nyanyian di Malaysia ini, peserta yang boleh menyanyi nada tinggi akan lebih diberi perhatian dan punya potensi untuk menang. Berbanding di luar negara, pesertanya lebih pelbagai. Jika kita lihat American Idol misalnya, yang menang tak semestinya yang menyanyikan lagu bernada tinggi. Apa pandangan Ernie tentang situasi ini?
Macam saya kata tadi, ia berbalik kepada pemain industri, orang yang atas-atas itu. Saya tak kata kebolehan penyanyi atau peserta pertandingan nyanyian kita terhad. Sebenarnya jika kita cari betul-betul, pergi lihat orang busking, sebenarnya kita punya banyak talent, sangat bervariasi cuma penghargaan itu kurang.
Tetapi saya tidak mengatakan penyanyi yang boleh tarik tinggi itu harus dipandang biasa-biasa kerana menyanyi lagu nada tinggi itu bukan satu hal yang mudah. Cuma kita janganlah terhadkan penilaian kita kepada itu sahaja. Orang yang menyanyi sedap itu the best, dan orang yang boleh menyampaikan penceritaan dan deliver the emotion itu juga the best.
Ketika ini saya discover penyanyi dari London yang sangat menginspirasi, Raye. Dia tidaklah boleh menyanyi high note seperti Mariah Carey atau Beyonce tapi cara dia bercerita menerusi lagu dan emosinya membuatkan saya sangat inspired.
Tapi tak dinafikan bila ada peserta yang boleh menyanyikan lagu high note kita memang mudah untuk impress kerana ia tak mudah. Dan kita sendiri sudah disuapkan dengan persepsi sebegitu, jadi para peserta juga mendapat idea itulah cara terbaik untuk impress dan mendapat markah lebih. Jadi di sinilah peranan saya atau penyanyi-penyanyi lain untuk mendidik pendengar, ia bukan semata soal boleh nyanyi nada tinggi atau tidak.
Sewaktu di awal pelancaran album Aura, Ernie ada berkongsi yang Ernie hampir putus asa dan mahu berhenti menyanyi. Apa sebenarnya yang push Ernie untuk terus ke depan?
I used to have that feeling lapan tahun dulu sebab saya rasa sudah hilang cara untuk expand kerjaya saya. Tapi apa yang menguatkan saya ialah both of my parents. Mama dan papa sudah banyak usaha untuk saya. Saya imagine usaha mereka bawa saya menyanyi di mana-mana sahaja, kita naik bas dan teksi bersama. Jika mereka boleh lakukan semua itu untuk push saya mengejar impian saya, jadi mengapa pula saya perlu berhenti. Sedangkan mereka sendiri tak pernah give up.
Itu dulu, sekarang pun adakalanya saya juga ada rasa down, pernah ada rasa give up tapi tidaklah sampai hendak berhenti menyanyi. Saya pernah berfikir what if jika saya dah tak relevan, atau what if orang dah tak nak dengar saya menyanyi. Should I stop? Atau should I just being comfortable, go with the flow sahaja. Kalau ada corporate show, pergi, kalau tak ada tak apa. Ia tak merungsingkan tapi buat saya berfikir.
Sejak AJL tempoh hari saya fikir apa yang boleh saya bagi lagi. Sebagai artis saya rasa saya tak perlu berhenti, ia sepatutnya merangsang kita untuk merancang langkah seterusnya, lagu macam mana yang kita nak buat.
At some point of my life memang saya akan terasa, tapi saya hanya perlukan dua tiga hari untuk berehat. Saya lebih kuat hari ini. Saya sudah ada fans, walaupun tak ramai. Even kalau 10 orang sahaja fans saya, saya tetap akan bagi lagu untuk 10 orang itu.
Bagi saya, penyanyi sama seperti atlet. Skil dan kebolehan itu tak akan sama dek peningkatan usia. Berbanding dengan penulis atau komposer, karya mereka boleh jadi lebih baik berdasarkan pengalaman. Ernie sudah bersedia dengan peningkatan usia yang mungkin akan merubah prestasi Ernie menyanyi?
To be honest, it’s true. Penyanyi ni sama macam atlet, kerana nak menyanyi kita perlukan muscle, dan otot-otot ini juga berfungsi mengikut waktu. Saya pada awalnya agak sukar untuk menerima. Saya in denial lagi-lagi lepas beranak, momentum nyanyian saya dah tak sama seperti yang pernah saya bagi dulu. Dan benda itu buat saya down. Saya banyakkan membaca dan rujuk dengan cikgu, Datuk Syafinaz dan dari situ saya mula buka hati saya dan menerima fitrah yang Allah bagi pada saya. Kau dah berubah, kau dah putus berapa urat lepas beranak … hahaha.
Saya embracing my journey, my body, saya terima I got tummy now. Saya masih Ernie Zakri, dulu umur 25 tahun sekarang 32 tahun, saya tahu saya di mana. Jika saya lihat persembnahan saya 10 tahun dulu takkan sama dengan sekarang.
Dan kerana itu jugalah saya mula terlibat dalam penulisan lagu. Saya banyak belajar dengan Syamel. Dan dia sendiri memang banyak bekerja dengan produser, dan saya cuba curi-curi ilmu dari dia. Menulis lagu ini it’s get better dengan pengalaman, sama juga dengan vocabulary.
Saya berharap saya akan produce lagu saya sendiri satu hari nanti seperti yang kita tengok Ariana Grande hari ini. Dia rekod lagu dia sendiri, dia buat suntingan sendiri. Pada saya itu craft dan arts. You lukis sendiri apa yang you nak, itu yang saya belajar sekarang. Saya kini berada di tengah-tengah, saya menghasilkan seni dengan bantuan orang lain.
Jika dilihat pada lagu-lagu Ernie kebanyakannya membawa mesej self–empowerment. Bermula dari ‘Ku Bersuara’, kemudian ‘Astana’ dan di dalam album terbaru ada ‘Aura’ dan ‘Jangan Hilang Percaya’. Adakah ini satu branding Ernie Zakri, atau semuanya terjadi tanpa dirancang?
Sejujurnya ia terjadi secara kebetulan, bukan sesuatu yang kita dah fikir dari dulu. Saya menulis ‘Ku Bersuara’ sebagai suatu luahan dari pengalamn saya sendiri, saya tulis untuk everybody. Bila dah buat ‘Ku Bersuara’ saya rasa lebih seronok dan dekat dengan peminat. Lagu-lagu cinta saya juga membawa mesej untuk kita jadi lebih kuat, move on, misalnya lagu ‘Masing-Masing’.
Secara tidak langsung benda ini dah jadi macam satu tanggungjawab untuk saya menyampaikan mesej kepada pendengar dan menjadi sebahagian proses ‘healing’ mereka. Lagu ‘Jangan Hilang Percaya’ misalnya sangat dekat dengan peminat saya, jadi bila dapat nyanyi untuk mereka saya rasa puas dan seronok.
Saya pernah terbaca satu ciapan Ernie, saya tidak ingat ayat yang setepatnya tapi konteksnya tentang janganlah kita bercakap sesuatu yang kita tidak tahu. Dan sebagai orang yang mengenali Ernie, saya boleh rasa ia berkaitan dengan body shaming. Apa yang mungkin Ernie boleh ulas tentang ciapan itu?
Ha ha ha… betullah apa yang Bids rasa tu. Sebenarnya ada seorang ni (kita tidaklah rapat), dan apa yang menyedihkan she is mother too. Dia datang kepada saya dan bertanya ‘are you pregnant?’. Kata-kata dia tu really hit me. You’ve been that journey dan you tahu betapa susahnya untuk kita adapt and accept perubahan badan kita. Ketika itu saya rasa seperti saya stuck dalam satu tempat, am i ugly? Saya banyak overthinking.
Sebesar mana pun mulut kita nak cakap, cubalah untuk jaga. Tak semua orang lalui journey yang sama dengan you, dan setiap orang ada masalah dan struggle masing-masing. Eloklah kita diam dan cuba bayangkan diri kita berada dalam posisi orang lain. Lainlah kalau dia hint dia pregant ke, then you can say something. Kalau dengan ahli keluarga sendiri pun kita boleh terasa, apatah lagi dengan orang luar.
Saya cuba untuk adapt dan terima perubahan badan saya sekarang. Jika suami dan anak saya sayang dan menerima keadaan saya sekarang, saya pun kena sayang diri saya sendiri. Dan sebagai ibu dan juga dalam masa yang sama kita ini penyanyi, sangat susah. Ada baju-baju yang buat saya rasa tak yakin. Ini adalah hal yang sedang saya lalui, kadang-kadang on, ada masanya off. Bila sampai masa saya tak kisah itulah boleh naik dua, tiga KG. Jadi, kalau kita tak kenal orang tu, eloklah senyap saja.
Secepat mana Ernie move on?
Saat ini saya boleh kata agak cepat. Dalam tiga hari saya dah boleh move on. Contohnya AJL hari tu, saya tak dapat apa-apa award, selepas tiga hari saya dah okey. Satu dua hari memang ada sedih sikit bila kita tengok video-video, kita collecting moments bukan semata untuk menang sahaja. Bila saya recall, saya seronok melihat perjalanan saya. Tapi kalau bab cintan-cintun dulu, lambatlah nak move on (ketawa).
Apakah nasihat atau kata-kata yang Ernie pegang sepanjang berada di dalam industri?
Dulu Syamel ada cakap, ‘sentiasa sabar kerana sabar itu ganjarannya manis’. Pada waktu itu saya rasa sangat cliche. Tapi lama-lama, bila saya dapat nikmati apa yang saya usahakan selama ini, saya mula faham apa yang dia katakan.
Dan along the journey kehidupan saya dah banyak berubah dan kalau saya tak dapat apa-apa saya harus ingat bahawa my life, my career is not a competition, ia adalah satu journey. Itu juga yang saya kata pada peminat saya. Be with me in this journey, kita embrace it and be happy.
Sejak melahirkan Khawla, apa yang berubah dari segi Ernie melihat kehidupan?
Khawla menguji banyak benda dan saya banyak belajar tentang kesabaran. Membesarkan dia membuatkan saya recall bagaimana Mama membesarkan saya. Kalau saya tengah geram saya terus bayangkan mungkin inilah yang Mama rasa. Mama treated to well, jadi seharusnya saya menjaga Khawla begitu. Bila geram perasaan itu bertukar sayang dan kasihan.
Hari ini apa yang saya buat adalah untuk dia. Saya cari rezeki, susun jadual kerja saya cantik-cantik untuk dia, supaya saya ada masa bersama Khawla. Semua untuk dia, no longer untuk diri saya. Bila di dalam rumah bersama ayah mertua dan adik-adik yang lain, saya banyak mengalah. Saya dibesarkan sebagai anak bongsu jadi all about me sebelum ini. Apa-apa saya mesti saya dulu. Tapi bila sudah ada adik-adik, saya lebih beralah. Positifnya ia membuat saya lebih tenang dan saya lebih happy.
Jika dilihat di media sosial, Syamel itu seorang yang sangat kelakar. Adakah itu juga personalitinya di rumah?
Syamel personally very joyful person. Tapi di rumah dia sebenarnya tidaklah begitu, saya lebih banyak berjenaka nak dibandingkan dengan dia. Dia seorang thinker dan saya banyak belajar dari dia. Dia selalu ingatkan saya untuk melakukan kerja dengan befikir, bukanlah sebelum ni saya tak gunakan otak. Tapi dia ingatkan saya supaya jangan terlalu mengikut emosi. Misalnya bila kita ‘rengsek’ dengan sesuatu, bertindaklah dengan berfikir bukannya emosi.
Syamel adalah orang yang serius sebenarnya tapi dia tunjukkan sense of humor supaya dia nampak approachable. Kalau terlalu serius takut orang tak selesa, sebab kalau dia diam, diam betul. He is leader dan saya bersyukur dalam keluarga saya ada seorang good leader.
Mudahkah Ernie untuk adapat dengan sebarang perubahan. Misalnya biarpun sudah lama berada di industri, namun nama Ernie betul-betul dikenali selepas menang vokal terbaik di AJL.
Saya ambil masa yang panjang untuk adapt kerana saya adalah orang yang tak confident. Awal-awal dulu selepas menang saya selalu fikir arang nak tengok ke saya nyanyi, ada ke orang kenal saya. Bila saya dah duduk dengan fans baru saya tahu oh begini rupanya.
Yang bagusnya its humbled me. Saya pun tak tahu persepsi orang kepada saya dan sebaiknya begitu kerana kalau saya dah terlalu selesa, saya sendiri dah tak tahu apa lagi yang boleh saya offer kepada orang lain. Cukuplah orang tahu Ernie Zakri sikit-sikit supaya I can give more and better.
Saya adalah orang yang sangat-sangat pemalu jadi bila saya dapat limelight itu ia agak mengejutkan pada waktu itu. Saya tak tahu nak bercakap dengan orang dan saya tak ada PR skill, saya mudah berasa awkward sebelum ini tapi this journey taught me a lot, jadi pandailah sikit. Sebab itulah saya jarang pergi event sebab saya takut bila berdepan dengan orang.
Berbeza bila saya di pentas, then only you can see me changing, saya seperti orang yang berbeza. Bila tengok semula video persembahan lama, my face expression, my body language berbeza dengan karakter saya di luar pentas. Mungkin ini semua keluar kerana saya gemarkan muzik, bila saya dengar muzik dan saya akan kelaurkan semuanya dari hati. Mungkin juga aura dan energi yang saya dapat dari penonton.
Jika tidak sibuk dengan kerja, Ernie akan sibuk dengan tugas sebagai isteri dan ibu. Dan saya rasa ‘me time’ itu tidak datang selalu. Jika ada peluang apa yang Ernie isi dengan masa yang ada itu?
Saya orangnya cukup simple. Kalau saya dapat duduk di kafe sejam dua pun saya dah happy. Macam hari tu selepas kelas pilates, saya minta izin suami untuk duduk di kafe. Saya order kopi dan carrot cake dan duduk dua jam. Hidup saya tak pernah sorang-sorang. Sebelum kahwin saya selalu dengan my parents, kemudian dengan suami jadi me time saya simple saja. Bonus kalau saya ada masa untuk pergi massage.
Jadi berapa kerap Ernie boleh dapat ‘me time’?
If I am lucky sebulan boleh dapat tiga kali. Tapi sekarang ni kalau busy pun, saya akan cari masa. Saya akan minta izin suami.
Selain muzik, apa yang selalu buat Ernie feel good?
Bila saya dapat pujian dari suami saya. Misalnya bila pagi saya salam suami sebelum ke luar bekerja, dan suami cakap “eh you nampak cantiklah”, benda tu akan ubah mood saya satu hari. Compliment dari suami boleh dianggap mood booster.
Lagi satu makanan. Saya orang yang enjoy makanan dan saya tak kisah makanan itu sedap atau tak kerana saya sangat appreciate foods.
Okey last one, konsert solo Ernie dijadualkan berlangsung buat pertama kali. Apa yang boleh Ernie kongsikan tentang perancangan ini?
Tarikhnya akan Ernie umumkan tak lama lagi. Dan apa yang boleh saya katakan, jika selama ini orang hanya mendengar album Aura, orang tak tahu visualnya. Insya-Allah jika diizinkan mereka yang datang akan nampak the vision of Aura dari warna, prop, set, pencahayaan dan pentasnya. Macam anda buka buku dan pada tiap helainya anda akan nampak warna dan jalan cerita Aura.
Ini adalah konsert solo pertama saya dan saya sebenarnya gusar dengan stamina saya sendiri. Selepas melahirkan Khawla saya belum push my limit lagi. Konsert ini akan ada lebih 20 buah lagu dan dengan apa yang saya usahakan termasuk my workout session and trainings, hopefully konsert ini akan berjaya.