Rebut peluang untuk menimba pelbagai tip kecantikan daripada Kristal, Make Up Expert dan Mei Ling, Education Manager dari YSL Beauty bersama Siti Khadijah pada 30 Mac ini sempena EH! Raya Lounge Di Pavilion Kuala Lumpur.
Buat pertama kalinya EH! memperkenalkan pop-up istimewa sempena lebaran, EH! Raya Lounge Di Pavilion Kuala Lumpur bermula 30 Mac ini!
Sebagai pembuka activation istimewa ini, EH! berkolaborasi bersama YSL Beauty untuk satu Bengkel Cantik yang akan dikendalikan oleh Kristal, Make Up Expert dan Mei Ling, Education Manager dari YSL Beauty. Aktres terkenal, Siti Khadijah Halim juga akan menyerikan acara ini bersama kami.
Bayarannya RM30 seorang atau RM50 sepasang sahaja dan anda akan menerima Discovery Kit dari YSL Beauty. #Ehksklusif buat 20 pembaca EH! yang menyertai Bengkel Cantik ini juga berpeluang menerima tiga hadiah istimewa dengan setiap pembelian RM450 ke atas.
Jadi tunggu apa lagi, klik pautan di bawah dan sertai kami di Bengkel Cantik EH! x YSL Beauty bersama Siti Khadijah Halim! Isi borang di bawah untuk mendaftar.
Baca: The Eid Scents, Live Streaming Pertama EH! x Sephora Bersama Tyra Kamaruzzaman