Sempena Aidilfitri yang bakal kunjung tidak lama lagi, EH! x YSL Beauty menjalin kerjasama merealisasikan satu bengkel cantik istimewa bersama 20 pembaca bertuah.
Diadakan di YSL Beauty Eid Pop-up Pavilion, Kuala Lumpur, EH! x YSL Beauty menarik perhatian orang ramai dengan kehadiran bengkel cantik menampilkan aktres terkenal, Siti Khadijah sebagai wajah untuk disolek mengunakan produk istimewa, lagi ikonik seperti YSL All Hours Foundation.
Seramai 20 pembaca bertuah berpeluang mengalami pengalaman bengkel cantik ini sempena Aidilfitri dengan pelbagai tip dan trik solekan daripada jurusolek YSL Beauty, Mei Ling. Kemeriahan dan keceriaan yang terpancar di muka 20 pembaca ini membuatkan EH! teruja akan sambutan kerjasama bersama YSL Beauty.
Sorotan Bengkel Kecantikan EH! x YSL Beauty Eid Pop-up Pavilion Kuala Lumpur.
Mereka yang bertuah, seramai 20 pembaca pertama berpeluang untuk mengalami pengalaman solekan YSL Beauty untuk lebaran. Apa yang dapat digambarkan pada riak wajah pembaca-pembaca yang hadir, ialah ‘terkesima’ selepas mengetahui tip dan trik magik yang ditunjukkan dan mereka puas hati dengan hasil akhir solekan yang ditunjukkan ke atas wajah Siti Khadijah.
Pengalaman sesi kecantikan sempena lebaran ini dimulakan dengan asas, Mei Ling meratakan soft polish double essence, berfungsi mengubah kualiti kulit dengan jelas, menggebukan kulit dan mengetatkan liang-liang. Langkah kedua, dia menyapukan Top Secret Instant Moisture Glow sebagai primer, pelembap penyempurna kabur ultra ringan yang penuh dengan penghidratan sehingga 72 jam.
Langkah ketiga pula, wajah Siti diratakan dengan foundation ikonik YSL All Hours Foundation, formula yang dipertingkatkan memberikan full coverage 24jam walaupun tekstur ringan. Selepas itu, Mei Ling meneruskan solekan ke seluruh dan akhir sekali, Top Secret Glow Perfecting Mist disembur halus sebagai kunci untuk solekan pada wajah Siti Khadijah.
YSL Beauty Eid 2024 Gift Sets
Sempena menyambut keriangan Syawal yang bakal kunjung tidak lama lagi, YSL memperkenalkan set hadiah YSL Beauty Eid 2024, rangkaian solekan lengkap dari All Hours Foundation hingga kepada bau haruman ikonik, YSL Libre EDP perfume. Koleksi eksklusif sesuai dijadikan hadiah buat orang tersayang atau diri sendiri di hari Syawal. Dapatkan di sini!