Seikonik nama dan rupanya, PUMA Palermo kembali diperkatakan musim ini apabila ikon ini ditampilkan dalam nuansa lebih segar dan bertenaga.
Lebih kurang tujuh ke lapan tahun dahulu saya ada sepasang Palermo, kasut ikonik label pakaian sukan terkenal, PUMA. Masih elok dalam simpanan saya, warnanya biru. Dan tahun ini apabila PUMA melancarkan semula Palermo secara besar-besaran, saya berasa teruja kerana kasut itu ada dalam koleksi kasut saya.
Palermo, namanya terisnpirasi dari pulau terkenal itali, Sicily. Gaya sniker yang diberikan nafas yang lebih stail ini memang punya ciri klasik dan vintaj yang sangat kental. Palermo membuat kemunculan sulung di pertandingan bola sepak di era 1980-an, yang pada waktu itu ia bagaikan satu sepatu seragam di kalangan penyokong-penyokong pasuka bola sepak. Hari ini PUMA Palermo lebih segar rupanya, dipelbagaikan pada pilihan warnanya, lebih terang dan bold.
Musim ini ada enam gandingan warna dipersembahkan, antaranya Grape Mist- Peach Fizz, Alphine Snow- PUMA White, Pink Delight- PUMA Green-Gum, Vine- Clementine, Cobalt Glaze- PUMA White dan juga PUMA White- Rosebay- Sugared Almond.
Meerqeen Untuk PUMA & Palermo
Jika di peringkat Asia Pasifik, kumpulan pop Korea Selatan, IVE dinamakan sebagai wajh rasmi, aktor paling hangat masa kini, Meerqeen pula dipertanggungjawabkan sebagai duta rasmi jenama sukan Itali ini di Malaysia.
Pengumuman Meerqeen sebagai wajah rasmi PUMA juga lebih meriah apabila dia juga diundang mewakili Malaysia ke ‘parti’ besar-besaran Palermo yang berlangsung di Bangkok baru-baru ini. Satu pop-up eksklusif, STADIO PALERMO dibina di Central World yang mana ia merupakan antara gedung beli-belah terbesar dunia. Selain Meerqeen, bintang tersohor Daiyan Trisha turut hadir mewakili Malaysia ke sana.
“Saya berbesar hati berpeluang menyertai keluarga PUMA, jenama yang memperjuangkan semangat inovasi, menyokong komuniti kreatif, dan sentiasa memberi komitmen untuk meningkatkan serta memperkasakan rakyat Malaysia.”
”Apatah lagi, nilai-nilai tersebut sememangnya selari dengan nilai pegangan saya sendiri, oleh itu tidak sabar rasanya untuk menjalani jalinan kolaborasi yang berjangka panjang dan bermanfaat ini, lalu menyumbang kepada legasi keunggulan jenama PUMA,” tambah Meerqeen.
Klik pautan INI untuk melihat koleksi penuh PUMA Palermo. Boleh juga membuat belian secara dalam talian.
BACA: PUMA Perkenalkan Hijab Sukan Pertama, Hawa Rizwana Mencubanya Sendiri