EH! Raya Lounge bersama Buttonscarves dan Stephen Knoll dalam sesi bengkel Hijab Styling istimewa disambut meriah oleh 20 pembaca bertuah di Pavilion, Kuala Lumpur.
Bengkel fesyen EH! Raya Lounge x Buttonscarves, yang turut melibatkan produk penjagaan rambut Stephan Knoll pada 31 Mac lalu diadakan bertujuan untuk menginspirasi para penggemar fesyen dalam menggayakan tudung dan merawat rambut bagi para hijabis sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba.
Seramai 20 pembaca bertuah diajar tentang gaya dan trend fesyen tudung terkini, mendekatkan mereka dengan pelbagai tip dan trik gaya tudung dari stylist terkenal, Nazlivingastyle (Naz Ibrahim), menggunakan koleksi daripada Buttonscarves.
Peserta juga diberikan tip penjagaan rambut menggunakan produk dari Stephen Knoll dan berpeluang membawa pulang cenderahati daripada Stephan Knoll.
Bengkel fesyen yang berlangsung selama 1 jam ini mengupas tentang pandangan eksklusif fesyen modest yang elegan dan tip penjagaan rambut yang bergaya. Gelak ketawa memeriahkan majlis saat Naz sempat mengusik para peserta dan menjawab sesi soalan bersama.
Usai memadan dan menggayakan tiga gaya shawl dan bawal Buttonscarves, acara diteruskan dengan ilmu baharu dari jenama Stephan Knoll, mendedahkan informasi khas buat para hijabista yang bergelut dengan kecantikan rambut semasa memakai hijab.
Pelbagai tips dan trik yang disampaikan oleh pakar penasihat, dari pengenalan rambut pencuci warna kepada masalah gugur rambut, Stephan Knoll mempunyai solusi buat para hijabista.
Para peserta juga membawa pulang hadiah istimewa daripada Stephan Knoll, menjadikan pengalaman yang tidak terlupakan buat pembaca bertuah yang hadir.
Baca: EH! Raya Lounge x Buttonscarves & Yaya Ibrahim Disambut Meriah