Aliff Aziz sekali lagi terpalit kontroversi apabila pagi ini tular berita melibatkan kekasihnya yang ke-12, dikenali sebahai Sarah Yasmine yang turut membongkarkan perangai sebenar Ruhainies di muat naik foto Instagram.
Aliff Aziz yang sedang dalam proses penceraian dengan isteri sah-nya, Bella Astillah kini sekali lagi menarik perhatian netizen pada pagi Isnin apabila kekasihnya, Sarah Yasmine memuat naik foto dan video tentang kecurangan Alif Aziz dengan Ruhainies.
Kisah yang tiada penghujung ini ditambah dengan video Sarah dilihat bermesra bersama Aliff, secara terbuka di luar, mengukuhkan bukti bahawa mereka berdua berpacaran walaupun Aliff masih suami yang sah kepada Bella Astillah.
“Alangkah terkejutnya saya melihat rancangan-rancangan NRF untuk membolak balikkan hati Aliff kepada Bella,” Sarah Yasmine.
Sarah Yasmine, personaliti Instagram mengatakan lagi bahawa, mereka telah rasmi berpacaran dari bulan Januari 2024 dan mengaku dirinya salah atas mengadakan hubungan terlarang dengan suami Bella Astillah.
Tambahnya lagi, sejak Aliff mengalami masalah antara Bella dan Ruhainies, Aliff telah tinggal dirumah Sarah untuk sokongan moral dan rasa cinta serta kasihan ihsannya kepada Aliff.
“Memang apa yang dilakukan Aliff itu salah. Tapi Aliff tidak berhak dituduh berseorangan kerana apa yang saya lihat di media sosial hanya Aliff yang banyak dikecam, dibenci dan dikeji,” ujarnya.
Tidak terhenti disitu, wanita tersebut turut mendakwa individu berinisial ‘NRF’ telah menjadi ‘dalang’ untuk membolak-balikkan rumahtangga penyanyi tersebut.
Terdahulu, pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.
Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.