Hari patah hati sedunia! Agensi Selebriti ‘Hot’ Thailand, Cloud9 Entertainment, mendedahkan kisah cinta Bright Cachirawit Chivaaree dengan selebriti Thailand, Nene Pornnappan Pornpenpipat, dalam sebuah kenyataan rasmi di X.
Desas-desus mengenai hubungan percintaan Bright Vachirawit Chivaaree dan Nene Pornnappan Pornpenpipat akhirnya terungkap, mencetuskan kehebohan di kalangan peminat. Video pasangan ini berjalan sambil bergandengan tangan menjadi perbualan hangat di media sosial, meninggalkan pelbagai persoalan yang menggesa bintang Thailand tersebut untuk menangani spekulasi tersebut.
Nene Pornnappan Pornpenpipat, yang juga dikenali dengan nama Cina Zheng Naixin, merupakan penyanyi popular Thailand yang terkenal menerusi rancangan realiti Produce Camp 2020. Sebagai salah satu pemenang program realiti itu, Nene membuat debut sebagai ahli kumpulan BonBon Girls 303. Selain daripada kerjaya menyanyi, Nene juga menunjukkan bakat lakonannya dalam projek yang sama dengan Bright, iaitu 2gether The Series.
Pada Isnin, 22 April 2024, label Bright, Cloud9 Entertainment, mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan hubungan mereka. Dalam kenyataan itu, mereka menekankan, “Kami dengan tegas percaya bahawa hubungan ini tidak mengurangkan nilai peminat-peminat setia yang telah menyokong mereka sepanjang karier mereka.”
ประกาศเรื่อง ‘วชิรวิชญ์ ชีวอารี (BRIGHT)’ และ ‘พรนับพัน พรเพ็ญพิพัฒน์ (Nene)’
Announcement regarding ‘Vachirawit Chivaaree (BRIGHT)’ and ‘Pornnappan Pornpenpipat (Nene)’#bbrightvc #Cloud9Ent pic.twitter.com/YVdBrNUKDa
— Cloud9 Entertainment (@cloud9_ent_ofc) April 22, 2024
Setelah kenyataan rasmi itu dikeluarkan, Bright menyampaikan kenyataan kepada peminatnya mengesahkan hubungan mereka dan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kasih sayang mereka. Bright turut memuji kekasihnya dan menulis, “Nene adalah orang yang sangat berharga bagi saya. Dia membuatkan saya berasa selesa dan selamat setiap kali kami bersama. Saya berharap anda semua akan mendoakan kami.”
Nene juga mengambil inisiatif untuk menulis ucapan yang menyentuh di Instagram kepada Bright. Dalam ucapan tersebut, dia berkata, “Bright adalah orang yang warm. Kami saling menyokong ketika menghadapi cabaran dan merayakan bersama ketika kita gembira. Mereka yang mengikuti perkembangan saya tahu bahawa saya sentiasa jujur tentang perasaan saya. Perasaan itulah yang mendorong saya dan menyuburkan kreativiti saya, menginspirasi saya untuk menulis lagu-lagu sedih dan cinta. Cinta memotivasi saya untuk menjadi manusia yang lebih baik, mengisi hati saya dengan kehangatan setiap hari. Apabila kami bersama, saya mendapati diri saya lebih sering ketawa, senyuman saya lebih cerah, dan saya berasa tidak takut untuk mengambil risiko. Kerana saya tahu akan selalu ada seseorang yang menerima saya, menyokong saya, dan menangkap saya jika saya jatuh.”
Bright Vachirawit dan Nene Pornnappan dengan rendah hati meminta maaf kepada peminat mengenai berita mengejutkan tersebut. Mereka juga memberi jaminan bahawa mereka akan terus menghibur peminat melalui hasil kerja mereka.
Artikel Berkaitan: 10 Selebriti Lelaki Malaysia Yang Masih ‘Single’