Tahun 90-an sering menjadi inspirasi kepada putaran fesyen, menunjukkan tahun itu adalah era yang terbaik. EH! sajikan gaya yang diingati di Met Gala pada era itu.
Pra-media sosial dan pra-siaran langsung, Met gala bukanlah acara besar yang ditunggu-tunggu seperti hari ini di mana acara Met Gala menjadi acara fesyen terbesar satu dunia. Walaupun tidaklah se-gah era sekarang, Met Gala pada tahun 90-an masih berlangsung dengan meriah dan selebriti hadir dengan busana yang luar biasa, menjadi inspirasi kepada fesyen zaman sekarang.
Untuk sedikit nostalgia Met Gala, EH! tampilkan gaya yang menangkap mata sepanjang Met Gala pada tahun 90-an.
Christy Turlington hadir dengan glamor ala-ala Audrey Hepburn daripada gaun terkenal Givenchy yang dipakainya untuk filem, ‘Breakfast at Tiffany’s‘. Bertatahkan mutiara dan selendang putih menghiasi lengannya, gaya Christy pada malam itu menang dengan gaya yang mengoda.
Supermodel dan pelakon Jerman, Nadja Auermann hadir ke Met Gala pada tahun 1994 dengan gaya minimalis dan elegan. Dia menyarung gaun ungu lembut belah pada bahagian bawah dan melengkapkan gayanya dengan kasut tumit tinggi metalkik berona perak.
Elizabeth Saltzman menayarung gaun tanpa lengan berona coklat, dibaluti selendang bercorak harimau bintang yang sedang in trend pada hari ini. Bersama pasangannya pelakon terkenal pada era itu, William Baldwin kelihatan segak dalam sut berona hitam.
Penampilan Puteri Diana di Met Gala 1995 adalah satu memori untuk diingati. Gaun satin biru gelap rekaan Dior adalah salah satu ensembel paling menangkap mata dipakainya selepas dia berpisah dengan Putera Charles ketika itu. Puteri melengkapkan gayanya dengan nlapisan mutiara bersama permata biru di tengah-tengah rantai itu bersama anting-anting sama padan.
Ia kurang menyanjung selera fesyen di-rajanya dan lebih kepada pelukan cintanya terhadap gaya New York.
Elizabeth Hurley terpegun dalam gaun ungu lembut yang anggun, dengan belahan separas paha. Dia menggandingkan dengan kot panjang putih kapas dengan lapisan gebu mewah di lengan.
Semuanya, sudah tentu direka oleh Versace, seorang pereka yang sangat dihormatinya dan telah diwakili berkali-kali sebelum ini untuk Met Gala.
Supermodel, Naomi Campbell hadir ke Met Gala pada tahun 1995 dengan kilauan yang cukup menyerlah. Naomi menyarung gaun perak yang dipenuhi kristal rekaan Versace.
melengkapkan gayanya. tas tangan hitam dan kasut tumit tinggi bertutup berona perak menjadi pilihannya pada malam itu.
Supermodel Iman kelihatan luar biasa dengan gaun korset rekaan Dior dengan perincian lace dan manik pada bahagian korset. Iman melengkapkan gayanya dengan memakai sarung tangan hitam sama padan gaun, kasut tumit tinggi dan paling menonjolkan gayanya, aksesori pada leher dan telinga.
Carolyn Murphy semestinya memakai gaya fesyen digilai zaman ini, metalik. Carolyn menyarung gaun rekaan Versace dengan belahan pada sisi gaun.
Dia melengkapkan gayanya dengan kasut tumit tinggi terbuka dan tas tangan sama padan gaun.
Queen of Versace, Donatella kelihatan sungguh elegen dengan gaun meleret yang berkilauan. Gaunnya itu menonjolkan lagi siluet badannya yang cantik. Melengkapkan gayanya, Donatella menyarung kasut tumit tinggi dan aksesori pada jari.
Brocade mewah adalah salah satu fabrik kegemaran André Leon Talley, dipakai sebagai jaket labuh penuh dramatik membaluti kemeja putih dan celana hitam.
Anna Wintour pula kelihatan glamour dengan gaya mismatched-nya. Anna menyarung korset putih bercorak bersama selendang fur dan kain sequin. Melengkapi gayanya, kasut tumit tinggi terbuka dan aksesori pada tangan.
Madonna hadir dalam balutan fabrik bercorak angkasa Versace dengan perincian bulu pada hujung fabrik. Madonna melengkapkan gayanya dengan kasut tumit tinggi berona perak dan tas tangan emas berkilauan.
Cher hadir dengan gaya kulit dalam rekaan Atelier Versace dari tahun 1997, Couture Collection. Cher membaluti gaunnya dengan jaket kulit dan tas tangan hitam sebagai pelengkap gaya.
Pada Met Gala pertama Salma Hayek, dia memakai gaun hitam tanpa lengan satu bahu daripada Minggu Fesyen Atelier Versace 1997. Busana mengikut siluet badannya dan terbelah pada bahagian sisi. Bersama-sama dengan itu, Salma Hayek menambah fabrik kulit yang membaluti lengannya.
Salma melengkapkan gayanya dengan memakai kasut tumit bertali dan tas tangan perak berkilauan. Dia mengekalkan penampilan menawannya yang minimalis dengan hanya memakai gelang tangan dan anting-anting kecil sebagai aksesori.