Dari kesibukan di hadapan kamera hingga ke dunia perniagaan, content creator membuktikan hobi dan personaliti mereka tidak terbatas hanya pada penampilan di layar, tetapi juga dapat menjana pendapatan yang stabil dengan mencipta jenama sendiri.
Seiring dengan pesatnya perkembangan media sosial dan platform digital, kerjaya sebagai content creator semakin diminati. Tambahan pula, semakin ramai influencer yang mengubah hobi dan kreativiti mereka menjadi perniagaan berjaya, terutamanya bagi mereka yang mempunyai pengikut yang ramai. Ini memudahkan mereka dalam membina jenama sendiri.
Kalini, EH! ingin berkongsi beberapa influencer yang berjaya dalam bidang content creation dan juga perniagaan, memberikan inspirasi buat peminat di luar sana mengikut jejak langkah mereka.
Lima Content Creator Yang Mempunyai Jenama Sendiri:
1. Tyra Kamaruzzaman
Mula berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak usia 18 tahun, Tyra Kamaruzzan, yang sebelum ini dikenali dengan jenama solekan Beautyra, kini kembali dengan jenama terbaharunya, TK by Tyra. Masih mengekalkan produk solekan seperti pemerah pipi, kali ini ia hadir dalam pembungkusan yang lebih eksklusif, menunjukkan minat dan komitmen Tyra dalam menyediakan produk berkualiti tinggi kepada peminatnya.
2. Sabrina Ridzal
brik jenama beg tangan yang muncul dengan gaya yang menawan, telah menjadi kegemaran ramai. Dibangunkan oleh dua beradik, Sabrina Ridzal dan Shakira Ridzal, Brik menampilkan rekaan-rekaan yang unik dan elegan dengan warna yang menarik. Kejayaan mereka memberi pengaruh positif kepada jenama Brik, menjadikannya pilihan utama di kalangan peminat fesyen yang ingin bergaya dengan beg tangan yang eksklusif.
3. Khainina Khalil
Khanina Khalil, yang popular dengan konten di TikTok yang gemar memakai dan mencampur pelbagai wangian, kini melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan jenama wangian sendiri, Maison Materi. Jenama ini menampilkan keunikan dan keanggunan dalam setiap botolnya, yang mencerminkan keperibadian Khanina.
4. Sherry Amin
Gadis it girl, Sherry Amin, memperkenalkan jenama sendiri, Mana Mana, yang menampilkan koleksi makeup-pouch yang sangat trending. Dia juga baru-baru ini memperkenalkan koleksi pop-socket yang telah habis terjual dalam beberapa jam sahaja, menunjukkan populariti dan pengaruhnya yang besar dalam kalangan pengikutnya.
5. Tasnim Shah
Merupakan pemilik jenama TA, Tasnim Shah tidak hanya menonjol sebagai seorang influencer dan model, malah dia juga memiliki jenama sendiri yang menampilkan koleksi pakaian modest untuk wanita yang ingin tampak anggun dan bergaya . TA turut menampilkan koleksi hijab yang pelbagai untuk memenuhi keperluan fesyen anda.
Artikel Berkaitan: 7 Jenama Solekan Lokal Popular Masa Kini