Good Vibes Festival kini kembali dengan tarikan baharu dan bakal diadakan selama dua hari di Genting Highlands!
Selepas setahun menyepi, Good Vibes Festival teruja untuk menjemput anda kembali ke festival yang akan berlangsung pada 20 hingga 21 Julai di Resorts World Awana.
Diadakan selama dua hari, festival ini menjanjikan untuk mengembalikan suasana yang meriah dengan senarai selebriti kelas A seperti Peggy Gou , J Balvin, Joji dan Russ sebagai tarikan utama.
Dan, disebabkan permintaan ramai, festival itu akan membuka pintunya kepada pencinta muzik berumur 16 tahun ke atas. Tiket akan mula dijual pada 11:00 pagi pada hari Jumaat, 10 Mei di www.goodvibesfestival.com.
Tiket untuk festival tahun ini akan dikeluarkan dalam beberapa fasa dengan kenaikan harga di antara setiap keluaran, untuk memberi insentif kepada pembelian awal.
Semua pemegang tiket GVF2023 akan menerima kod diskaun 10% untuk digunakan semasa membeli tiket tahun ini, yang akan mereka terima melalui e-mel. Mereka yang memilih untuk menangguhkan tiket GVF2023 mereka akan menerima tiket tahun ini dalam kategori dan kuantiti yang setara dengan tiket yang mereka beli, bersama baucar F&B RM100. Lawati www.goodvibesfestival.com untuk butiran tiket lanjut, termasuk harga dan kategori.
- General Admission (GA) 2 -Day Pass
- RELEASE 1 MYR 360.00*
- RELEASE 2 MYR 390.00*
- RELEASE 3 MYR 420.00*
- RELEASE 4 MYR 450.00*
- RELEASE 5 MYR 480.00*
- RELEASE 6 MYR 510.00*
Ketahui lebih lanjut tentang harga tiket dan berita terkini Good Vibes Festival di www.goodvibesfestival.com.
Baca: The 1975 Di ‘Banned’, Ini Jawapan Good Vibes Festival 2023