Masih ingat lagi trend di mana kita sibuk menitik wajah dengan pemerah pipi Soft pinch liquid blush dari Rare Beauty? kini, Rare Beauty memperkenalkan koleksi, Soft pinch luminous powder blush, hanya sapukan pada tulang pipi anda untuk dapatkan kilauan segera tanpa perlu menggunakan highlighter.
Peminat solekan pasti merasakan pemerah pipi adalah salah satu item wajib yang perlu ada dalam beg solekan. Ia bukan sahaja memberikan sentuhan warna pada wajah, tetapi juga membantu menonjolkan struktur tulang pipi dan memberikan kesan yang segar dan berseri pada solekan wajah.
Masih ramai juga yang tidak tahu cara memilih warna pemerah pipi yang sesuai dengan tona kulit mereka. Pemilihan warna yang tepat bukan sahaja akan meningkatkan kecantikan solekan, tetapi juga memberi keyakinan tambahan kepada penampilan harian anda.
Intai Enam Warna Soft Pink Luminous Powder Blush Daripada Rare Beauty:
Tona Kulit Cerah
Bagi mereka yang memiliki kulit cerah, warna pemerah pipi yang lembut dan ringan adalah yang paling sesuai. Warna seperti merah jambu akan memberikan kesan natural dan fresh look tanpa kelihatan berlebihan. Pilihan warna ini membantu menyerlahkan kecantikan semula jadi anda dan memberikan kesan solekan yang segar dan tampas lebih muda.
Clean Girl Makeup Look
Jika anda sukakan solekan natural atau “no makeup, makeup look,” kod warna Cheer sangat sesuai buat anda. Warna merah jambu cair ini memberikan sentuhan lembut yang melengkapkan penampilan solekan natural dan minimalis anda. Warna ini juga memberikan warna semulajadi pada pipi tanpa kelihatan berlebihan, menjadikan wajah anda kelihatan segar dan berseri sepanjang hari.
Sentuhan Feminin Yang Ceria
Jika anda sukakan pemerah pipi merah jambu, kod warna Happy adalah pilihan yang ideal buat anda. Warna ini agak sedikit terang berbanding Cheer, memberikan tulang pipi anda sentuhan feminin yang sempurna untuk penampilan harian. Dengan warna ini, anda akan menambahkan sedikit keceriaan pada wajah anda, menghasilkan penampilan yang manis dan menawan.
Tona Kulit Sederhana
Bagi kulit dengan tona sederhana, pilihan warna yang lebih berani sesuai untuk menyerlahkan kecantikan semulajadi. Warna seperti peach, berry atau mauve adalah pilihan yang sangat sesuai kerana ia memberikan kilauan dan warna yang bertenaga pada wajah.
Peachy Keen
Peach adalah warna yang sangat versatil dan ideal untuk mereka yang ingin mencipta penampilan yang ceria dan menyegarkan. Warnanya sesuai untuk mereka yang mencari sesuatu yang sedikit berbeza dari warna merah jambu biasa, memberikan sentuhan hangat pada pipi, menjadikan wajah anda tampak lebih berseri dan energetic. Kod warna Joy yang agak sedikit muted peach pasti menambah kehangatan dan keceriaan pada wajah anda.
Warna Sofistikated
Untuk penampilan yang lebih sofistikated, kod Hope adalah pilihan yang sempurna. Warna mauve yang mendalam dan memukau ini memberikan definisi yang jelas pada tulang pipi, mencipta penampilan yang lebih elegan dan memikat. Sama ada untuk acara makan malam formal atau majlis perkahwinan, warna ini pasti membuat anda tampil menawan dan classy!
Tona Kulit Gelap
Untuk kulit gelap, warna pemerah pipi yang berpigmen tinggi adalah pilihan yang terbaik. Warna seperti terracotta, maroon atau plum bukan sahaja boleh memberikan kesan yang menawan, tetapi juga menambah dimensi dan kehangatan pada wajah anda.
Dramtik Truth
Bagi mereka yang lebih gemar warna yang dramatik, kod Truth dengan warna mauve maroon adalah pilihan yang tepat. Warna ini memberikan kesan yang mendalam dan elegan, menjadikan wajah anda tampak lebih anggun dan menawan. Ia sangat sesuai untuk acara malam atau majlis istimewa di mana anda ingin tampil berani dan memukau.
Kehangatan Terracotta
Kod Love, dengan warna terracotta yang memikat, adalah pilihan yang ideal untuk mereka yang ingin menambah kehangatan pada tulang pipi. Warna ini memberikan gaya penampilan dan solekan yang versatil dan berseri, sesuai untuk semua jenis acara, dari kasual hingga formal.
Dengan pelbagai pilihan warna yang disesuaikan untuk setiap tona kulit dan gaya, Rare Beauty’s Soft Pinch Luminous Powder Blush adalah tambahan yang sempurna untuk koleksi solekan anda. Pastikan anda mendapatkannya untuk mengalami sendiri kilauan yang mempesonakan di sephora.my
Artikel Berkaitan: 5 Langkah Mudah Cipta “Clean Girl Make Up Look”