Rangkaian produk di Sephora semakin menarik dan variasi. Bukan sahaja jenama-jenama ini datang dengan pelbagai formula baru, malah pembungkusannya juga amatlah menarik, berbeza antara satu sama lain.
Terbaru, Urban Jungle, produk kelahiran Australia ini mengguna pakai formula yang dibangunkan di Korea Selatan. Urban Jungle hadir dengan objektif mahu melahirkan satu jenama kecantikan yang mudah diakses, inclusive dan semestinya mudah diguna pakai. Mereka mahu sesiapa yang menggunakan produk mereka ada rasa yakin, berani… dan cute!
Untuk anda, EH! Pilihkan siap-siap tiga produk ‘ikonik’ Urban Jungle yang boleh anda cuba, mungkin ia bisa jadi cinta pada sapuan pertama! Oh sebelum terlupa, satu hal yang menarik tentang Urban Jungle, mereka tidak menyunting gambar kempen mereka…. interesting bukan?
Melt Me Softly Cleansing Balm, RM114
Pertama sekali, namanya bagi saya sangatlah catchy, terus teringat lagu ‘Killing Me Softly’. Salap pembersih ini mengandungi dua wira sebagai bahan utamanya iaitu minyak matahari dan juga chemomile. Minyak matahari mengandungi fatty acid yang mana ia bagus untuk melindung kulit dan menguatkan lapisan pertahanan kulit. Minyak bunga chamomile pula menyaman dan menenangkan. Ia juga dimesrakan dengan kandungan shea butter yang secara amnya kita tahu mengandungi vitamin A dan E serta membantu penghasilan kolagen dan memuluskan kulit.
Sake` Bomb Gel Cleanser, RM135
Pencuci wajah yang sesuai untuk kegunaan harian. Menariknya ia mengetengahkan sake yang ditapaikan sebagai bahan utama yang mana ia bermanfaat sebagai bahan pengelupasan kulit namun tidak menyebabkan kulit kering. Ia melembut dan menyamaratakan ton kulit. Asid lactic atau AHA juga dimampatkan di dalam botol ini yang bertindak sebagai pembantu dalam proses pengelupasan kotoran wajah.
The G.O.A.T Face Serum, RM142
Serum wajah ini mengandungi bahan kecantikan trending yakni niacinamide yang mana ramai generasi muda obses dengan produk yang mengandungi bahan ini. Serum ini juga dimantapkan dengan teknologi micro-encapsulation yang mana ia bertindak untuk memastikan kulit mampu menyerap segala nutrien dengan efektif. G.O.A.T Face Serum juga diperlenngkapkan dengan vitamin C serta asid ferulic yang mana asid ini mengandungi antioksidan yang bagus untuk mengurangkan garis halus dan kesan kedutan di wajah.
Kesemua produk Urban Jungle boleh dimiliki di Sephora, mahu lebih mudah klik pautan INI!