Sama ada anda ingin bersiap untuk acara istimewa atau hanya ingin menambah sentuhan glamour pada gaya harian, gincu SatinAllure™ adalah aksesori menggoda yang menjadi pilihan. Dengan formula yang dirumus khas yang menggabungkan kolagen botani dan minyak buah passion, gincu SatinAllure™ menghadirkan pengalaman yang menggoda untuk bibir anda.
Pat McGrath Labs merupakan salah satu jenama yang saya sentiasa cari ketika melawat ke butik Sephora terdekat. Kejayaan yang dicapainya memberi keyakinan kepada saya terhadap jenama ini. Bagi anda yang belum mengetahui, Dame Patricia Ann McGrath, telah dianggap sebagai jurusolek paling berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam senarai 100 individu paling berpengaruh, dia juga merupakan jurusolek pertama yang dianugerahkan gelaran Dame Commander of the British Empire. Cukup mengagumkan!
Dikenali dengan kecekapan dalam bidang kecantikan, dari gaya harian hingga gaya glamor, impaknya terhadap industri kecantikan dan fesyen sangat besar. Pat McGrath telah merancang solekan untuk beratus-ratus pertunjukan runway, kempen, iklan dan bahkan untuk editorial. Pada tahun 2015, dia mula memperkenalkan jenama solekan sendiri yang dinamakan mengikut namanya, maka terlahirlah Pat McGrath Labs.
Warna Lipstik SatinAllure™ Ikonik Terbaharu Pat McGrath Labs
Sebelum ini, gincu ikonik ini telah hadir dalam tujuh warna yang sudah sedia ada. Namun, kali ini ia datang dengan kejutan yang menyegarkan, menambah sebelas warna baharu ke dalam koleksi. Dirumus bebas dari sulfat SLS dan SLES, paraben, dan mengandungi kurang dari satu peratus wangian sintetik. Formula yang ringan dan halus seperti sutera ini dijamin untuk mencipta kesan yang memukau, meninggalkan kesan bibir yang lembut dan memikat. Sungguh menakjubkan untuk menyaksikan keberanian mereka dalam memperkenalkan barisan warna baru ini kepada koleksi yang sudah popular sebelum ini.
Dengan pelbagai warna yang tersedia, anda boleh menemui warna yang sesuai dengan personaliti dan gaya peribadi anda. Dari warna-warna yang lembut hingga yang berani, gincu Lipstik SatinAllure™ memberi kebebasan untuk bereksperimen dengan penampilan solekan yang unik dan menarik.
Himpunan terbaru Lipstik SatinAllure™ sudah pun berada di pasaran, Hadir dengan 11 warna baharu dan 7 warna sedia ada, dengan jumlah 18 pilihan warna. Produk ini tersedia dengan harga RM140 sebatang. Untuk informasi lebih lanjut dan pembelian, anda boleh mengunjungi pautan di sini. atau ke butik Sephora terdekat.
Artikel Berkaitan: Pemilihan Warna Pemerah Pipi Mengikut Tona Kulit Anda