Tiada lagi solekan yang berbelak, hello bedak kusyen dengan pemakaian sempurna setiap hari. Kami perkenalkan Wardah ColorFit Perfect Glow Cushion SPF 33PA++, Bedak Kusyen Ikonik pilihan kami.
Diformulasikan dengan Teknologi SkinMatch, ia menjadikan kulit anda kelihatan sempurna tanpa sebarang pengoksidaan yang selalunya meninggalkan kesan solekan yang comot dan pudar. Diperkaya dengan 84.2% bahan penjagaan kulit bebas minyak seperti Allantoin dan Centella Asiatica, ia memberikan sinar wajah yang menawan tanpa kelihatan berminyak!
Rasai kesempurnaan yang ringan dan tahan lama dari fajar hingga senja. Kusyen ini kekal pada kulit selama 12 jam penuh, membolehkan anda menjalani rutin harian tanpa sentiasa perlu disentuh (touch-up) semula. Dan dengan liputan sederhana hingga penuh yang boleh dibina (buildable), anda boleh bersolek natural atau hasilkan gaya solekan yang lebih drama kalau anda mahu!
Ooops! Ada lagi! Wardah Colorfit Perfect Glow Cushion tersedia dengan lapan warna yang direka khas untuk menyesuaikan pelbagai jenis dan ton kulit orang Asia. Mencari padanan ton bedak kusyen yang sempurna juga kini lebih mudah.
Allantoin, Centella Asiatica serta Trehalose digabungkan untuk menyihatkan dan melembapkan kulit untuk memberikan kemasan sihat berseri yang sempurna.
96% pengguna setuju ia memberi kilauan sihat*
83% pengguna setuju ia tidak berminyak di muka*
88% pengguna setuju ia melembapkan kulit sehingga 12 jam*
*berdasarkan ujian aplikasi oleh 24 orang pelanggan yang membeli
Kini giliran anda pula membeli dan menggunakan bedak kusyen ikonik ini dan alami sendiri seri wajah sempurna setiap hari!