Di pasaran terdapat pelbagai bedak asas yang tampil dalam variasi tekstur dan juga berlainan kemasan. Namun ada sesuatu tentang Burberry Beyond Wear Perfecting Matte Foundation yang menjadikannya Bedak Asas Kemasan Pusam Ikonik di mata EH!
Bila sebut Burberry pasti yang pertama terlintas di fikiran adalah trench coat ikonik yang bukan sahaja bergaya tetapi juga diketahui sangat selesa dipakai tidak mengira cuaca. Menariknya Beyond Wear Foundation ini dicipta berinspirasikan fabrik trench coat ikonik itu dengan Trench Protect Technology yang bertindak sebagai pelindung, menawarkan pemakaian yang bertahan serta selesa agar anda dapat melalui hari dengan penuh keyakinan.
Trench Protect Technology adalah formula kalis air namun membenarkan kulit untuk bernafas dan melindungi kulit daripada kelembapan, bahang, serta peluh sambil memberikan keselesaan dan penghidratan.
Dengan serbuk buluh memberikan kemasan pusam sementara ekstrak pokok kapas-sutera membantu seimbangkan kulit, memberikan penampilan matte tetapi kaya dengan lembapan. Ekstrak Rosa Damascena dan daun teh Darjeeling dengan manfaat antioksidan dan anti-pencemaran melindungi kulit daripada serangan persekitaran.
Menawarkan 28 pilihan ton kulit, daripada secerah porselin ke espresso, membentangkan kisah tersendiri untuk setiap warna kulit. Tiada lagi dilema bedak asas tidak serasi warna kulit, anda pasti menemui satu yang paling sepadan. Setiap sentuhan, setiap pandangan bagai meraikan kecantikan dan tarikan yang hanya ada pada anda, tidak sama dengan yang lain.
Perjalanan anda dengan Burberry Beyond Wear Perfecting Matte Foundation bukan sekadar solekan, ia simbol keanggunan serta kemewahan. Dengan aplikasi yang sempurna, formula berinovatif, serta punya manfaat belaian kulit, ‘pasangan’ sejati yang menyerlahkan keyakinan dan ekspresi diri anda.
Jika ingin melihat ton yang ditawarkan oleh Burberry Beyond Wear Perfecting Matte Foundation (RM247 setiap botol) ini boleh klik pautan INI!