Untuk menamakan satu stor kecantikan yang menjadi pilihan dan tumpuan ramai bukanlah satu kerja yang susah. Sephora, satu-satunya Stor Kecantikan Ikonik di Malaysia malah seantero dunia.
Tidak dinafikan bila lalu sahaja depan Sephora di mana-mana sekalipun bagai ada saka yang memanggil-manggil anda masuk ke dalam walaupun tiada niat untuk membeli apa-apa. Masuk sahaja pasti terjebak! Begitulah ikoniknya status Sephora di dalam industri kecantikan dengan 46,000 pekerja yang berdedikasi, beroperasi di lebih 35 pasaran di Asia Tenggara. Menampilkan strategi pemasaran yang menarik, pilihan produk yang sangat meluas serta pengalaman membeli-belah yang unik, how can anyone resist?
Komuniti Sephora terdiri daripada ratusan juta pengikut kecantikan merentasi rangkaian omnichannel global yang terdiri daripada lebih 2700 kedai dan flagship ikonik, tak lupa juga di platform e-dagang dan digital yang menawarkan pengalaman yang diperibadikan dan imersif. Dengan lebih 300 jenama termasuk label Sephora Collection sendiri, gedung kecantikan ini menawarkan pelbagai pilihan produk kecantikan berprestij, mengikut keperluan pelanggan daripada haruman ke mekap, penjagaan rambut serta kulit dan lebih lagi, pastinya ada sesuatu yang baru dan menarik setiap kali singgah ke sana.
Sephora menyusun rangkaian produk yang pelbagai daripada jenama terkenal hinggalah ke label indie. Sering bekerjasama dengan influencers kecantikan dan selebriti untuk melancarkan produk eksklusif, mencetuskan keterujaan di kalangan pelanggan mereka. Dalam menggalakkan kepelbagaian dalam industri kecantikan Sephora menawarkan pelbagai produk yang memenuhi pelbagai warna dan pilihan kulit. Jangan risau jika anda keliru dalam memilih formula atau warna yang sesuai dengan ton kulit, kerana penasihat-penasihat kecantikan di sana bersedia membantu dalam mencadangkan yang terbaik untuk anda.
Secara keseluruhannya, status ikonik Sephora boleh dikaitkan dengan keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan perubahan trend pengguna, komitmennya terhadap inovasi, dan dedikasinya untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang luar biasa untuk peminat kecantikan di seluruh dunia. Tiada istilah lalu saja, pasti singgah! Eh!, anda juga singgah ke Sephora secara dalam talian di pautan INI!