Mencari pelindung matahari yang sesuai bukan satu tugas yang mudah, tetapi jangan risau, Supergoop! hadir untuk menyelamatkan anda dengan variasi produk mereka yang sesuai dengan pelbagai jenis kulit!
Umpama seperti memilih pasangan, biasanya kita akan memilih seseorang kita selesa bersama dan membuatkan kita yakin pada diri sendiri. Itulah perkara yang sama dalam mencari pelindung matahari yang betul. Ia mestilah membuatkan anda selesa, dan yakin dengan kulit sendiri.
Tahukah anda jenis pelindung matahari yang manakah sesuai untuk kulit anda? Label kecantikan terkenal dengan pelindung matahari, Supergoop! hadir dengan variasi produk, senang untuk anda pilih!
5 tip perlu anda tahu dalam penggunaan pelindung matahari
- Sentiasa cari pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF 30 dan perlindungan spektrum luas.
- Sapukan pelindung matahari dengan sekata untuk mendapatkan potensi perlindungan yang maksimum.
- Anda memerlukan kira-kira dua garisan cecair pada jari untuk keseluruhan muka dan leher.
- Pastikan anda menyapu semula pelindung matahari setiap dua hingga tiga jam, terutamanya apabila anda berada di luar rumah, dan secara langsung selepas anda terdedah kepada air.
Kulit Kombinasi dan Sensitif
Mineral Unseen Sunscreen SPF 40
Memandangkan industri kecantikan terus bergerak ke arah inisiatif yang lebih hijau, pelindung matahari mineral telah menjadi lebih popular daripada kimia. Pelindung matahari mineral juga boleh menjadi pilihan yang lebih baik untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat yang masih memerlukan SPF dalam rutin mereka.
Lazimnya pelindung matahari bermineral dikenali kerana mempunyai whitecast namun lebih banyak jenama mencari cara untuk merumuskan produk yang menghilangkan masalah ini. Tidak mengapa, mungkin ia mengambil sedikit masa untuk ratakan tanpa kelihatan whitecast tapi kulit anda akan berterima kasih kerana memilih pelindung matahari yang tepat!
Kulit Kering dan Tidak Sekata
CC Screen 100% Mineral CC Cream Broad Spectrum Sunscreen SPF 50 PA+++
Jika menggunakan pelindung matahari mineral adalah satu kemestian, saya amat mengesyorkan pelindung matahari CC Screen. CC Screen dengan SPF 50 ini bagi saya amat sesuai bagi kulit yang kering dan kusam. Ia akan memberi efek seperti anda memakai foundation yang ringan ke atas kulit, meratakan rona kulit anda.
Krim ini bebas minyak, 100 peratus mineral yang memberikan penjagaan lengkap untuk kulit anda dengan kemasan semula jadi. Terdapat variasi rona boleh dipilih, pastikan anda memilih tepat dengan rona kulit anda!
Kulit Berminyak
Unseen Sunscreen Broad Spectrum Sunscreen SPF 40 PA+++
Unseen Sunscreen ini ialah produk terlaris Supergoop! Tekstur sangat ringan, sesuai bagi kulit berminyak kerana ia meninggalkan kemasan yang cantik dan glowing yang tidak keterlaluan.
Jika anda sedang mencari pelindung matahari dan primer dalam masa yang sama, ia amat sempurna untuk semua jenis kulit!
Mineral Mattescreen SPF 40 PA+++
Satu lagi pelindung matahari yang sesuai untuk kulit berminyak, 100 peratus mineral kini dengan formula bebas minyak dalam warna yang lebih neutral. Formula baharu dan dipertingkatkan ini melicinkan kulit, meminimumkan rupa pori-pori, menawarkan spektrum luas SPF 40 dan membantu melindungi daripada cahaya biru.
Anda juga boleh gunakannya sebagai primer yang mencengkam solekan, atau jika anda mahukan penampilan yang lebih semula jadi dengan kawalan kilauan.
Kulit Kering dan Tidak Berseri
Glowscreen Broad Spectrum Sunscreen SPF 40 PA+++
Pakar mengatakan penggunaan pelindung matahari anda hendaklah sekurang-kurangnya dua jari untuk muka dan leher. Tetapi untuk Glowscreen, saya rasa tidak sesuai kerana ia akan membuatkan muka anda kelihatan sangat berminyak.
Jika anda menghadapi kulit kering dan tidak berseri, pelindung matahari ini amat sesuai untuk menjadikan kulit anda glowing! Mungkin anda boleh campurkan dengan pelindung matahari matte, agar kulit anda tidak kelihatan terlampau berkilat.
Koleksi pelindung matahari Supergoop! boleh didapati di stor Sephora atau di sini!
Baca: Supergoop! Hadir Dengan Produk Terbaharu Dalam Rangkaian ‘Unseen’