Menjaga kesihatan Miss V bukanlah tugas yang sukar jika dilakukan dengan cara yang betul. Selain dari menjaga kebersihan diri dan menjalani pemeriksaann kesihatan, pemakanan harian kita juga penting untuk mengekalkan kesihatan faraj yang optimum.
Ramai yang berfikir menjaga kebersihan diri, menjalani pemeriksaan kesihatan, dan amalkan seks yang selamat sudah cukup untuk menjaga kesihatan Miss V. Ya, memang betul semua itu penting, tetapi ada satu lagi aspek yang tidak boleh kita abaikan, iaitu pemakanan harian yang menyokong kesihatan Miss V kita.
Makanan yang kita ambil setiap hari boleh bagi kesan baik atau buruk kepada kesihatan Miss V. Makanan berproses, makanan ringan, dan makanan segera boleh merosakkan kesihatan Miss V. Selain menjaga kecantikan luaran, kita juga perlu memberi perhatian kepada kesihatan dan penjagaan faraj. Kalau faraj tidak dijaga dengan baik, terutama dari segi kebersihan, boleh timbul masalah kesihatan yang serius serta menjejaskan kesuburan dan keinginan seksual. Jadi, jom EH! kongsi beberapa jenis makanan yang bagus untuk kesihatan Miss V sepanjang hari.
Lima Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Miss V Anda:
1. Kimchi
Kimchi kaya dengan probiotik yang sangat baik yang membantu mengekalkan bakteria baik dan mencegah pertumbuhan bakteria serta kuman berbahaya. Probiotik dalam kimchi boleh bantu menyeimbangkan tahap keasidan di bahagian Miss V. Kimchi juga dipercayai dapat menstabilkan pH faraj dengan menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat.
2. Bawang Putih
Bawang putih adalah remedi semula jadi yang terbaik untuk kesihatan faraj. Bawang putih mengandungi allicin, sebatian dengan sifat antimikroba dan antifungal yang boleh bantu melawan jangkitan dan dengan makan bawang putih yang mentah ia boleh membantu melawan jangkitan yis.
3. Salmon
Ikan salmon kaya dengan asid lemak omega-3 yang sangat baik untuk kesihatan faraj. Omega-3 mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan dan jaga kesihatan tisu faraj. Selain itu, salmon juga mengandungi vitamin D yang penting untuk sistem imun yang kuat.
4. Jus Kranberi
Jus kranberi mempunyai banyak manfaat kesihatan, termasuk untuk kesihatan Miss V. Jus kranberi kaya dengan asid yang melawan bakteria jahat. Minum jus kranberi secara konsisten boleh membantu mencegah dan melegakan simptom jangkitan saluran kencing. Pastikan anda pilih jus kranberi semula jadi tanpa gula tambahan untuk kesan yang lebih baik.
5. Teh Hijau
Teh hijau kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai katekin. Antioksidan ni bantu melawan radikal bebas dalam badan dan boleh kurangkan risiko jangkitan. Minum teh hijau secara teratur boleh membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan, termasuk kesihatan Miss V anda.
Dengan memasukkan makanan-makanan ni ke dalam diet harian anda, anda boleh bantu mengekalkan kesihatan faraj yang optimum. Jangan lupa untuk terus mengikuti EH! untuk lebih banyak tip dan panduan kesihatan serta kecantikan.
Artikel Berkaitan: 7 Posisi Seks Berbahaya Untuk Wanita