Mshaffuan telah membuktikan kemampuannya dalam menghasilkan karya-karya yang bukan sahaja kreatif dan menghiburkan, tetapi juga memberi impak mendalam kepada penonton melalui filem pendek #StillAlive.
Dalam dunia seni, penciptaan karya yang memikat dan memberi kesan mendalam kepada penonton memerlukan lebih daripada sekadar kemahiran teknikal. Ia memerlukan visi, kreativiti dan dedikasi yang luar biasa, agar ia menusuk ke fahaman mata dan hati si penonton.
Mshaffuan atau nama panjang Muhammad Shaffuan Bin Mustafa, pengarah berbakat di sebalik karya filem pendek terbaru yang mendapat perhatian ramai, #StillAlive telah mencuri perhatian orang ramai akan mesej yang disampaikannya dalam video visual berdurasi 3 minit.
Dalam dunia digital yang semakin kompetitif ini, mencari individu yang bukan sahaja memiliki bakat tetapi juga jiwa besar adalah satu pencarian yang sangat berharga. Pemuda berusia 24 tahun ini adalah contoh sempurna bagi kriteria tersebut. Dengan sikap mesra dan intonasi yang penuh peribadi, beliau menunjukkan ciri-ciri seorang bakal karyawan yang akan mencetuskan estetika video cemerlang di masa hadapan.
Mencatat 8.4 juta tontonan dalam masa 1 hari, karya #StillAlive mengetengahkan konsep ‘RM 1 Juta’menerusi misi kemanusiaan P4L3T!n untuk menyiapkan filem pendek ini.
Bermula dari selingan skrin paparan pelakon terkenal, Fimie Don kepada Bella Dowanna Halim dan bakat baharu Nik Rifaie serta pasangan, Imran Aqil dan isterinya Dahlia Rizal, dimensi penceritaan kepada efek bunyi nada sayup P4L3ST!n ini telah menyampaikan mesej yang cukup beremosi dan berjaya dihidangkan kepada penonton.
Menyentuh isu global semasa bukanlah perkara mudah untuk diadaptasikan kepada jalan penceritaan filem dan Mshaffuan tidak terkecuali daripada menghadapi pelbagai cabaran sepanjang proses penghasilan #StillAlive.
Graduan Diploma Kejuruteraan Mekanik dan Sarjana Muda Filem Major dalam Sinematografi ini tidak melatah untuk menyentuh isu global, malah menyerlahkan ia bersama pasukan yang turut menyumbang ideativiti serta pendapat mereka dalam penghasilkan karya #StillAlive.