Setiap kafe pasti mempunyai keistimewaan yang tersendiri, dari reka bentuk yang Instagrammable hingga hidangan yang memikat selera. Namun, kafe berkonsepkan glasshouse pasti menjadikannya hari anda sempurna untuk bersantai, berbual mesra bersama rakan-rakan, atau sekadar menikmati masa berkualiti dengan diri sendiri.
Bayangkan melangkah masuk ke dalam sebuah kafe yang dikelilingi oleh dinding kaca, di mana setiap sudut dipenuhi dengan cahaya semula jadi yang menembusi dari luar, lalu duduk sambil menikmati secawan kopi yang harum, ditemani oleh kehijauan yang mengelilingi ruang itu, mencipta suasana tenang yang seolah-olah membawa anda jauh dari kesibukan kota.
Di sekitar Lembah Klang, kafe berkonsepkan ‘glasshouse‘ semakin mendapat tempat di hati para penggemar kafe yang mencari lebih daripada sekadar hidangan lazat tetapi mereka mahukan pengalaman yang menyeluruh, yang merangkul pemandangan indah, udara segar, dan suasana yang mendamaikan. Kalini ini EH! ingin membawa anda menerokai lima kafe ‘glasshouse’ yang bukan sahaja cantik dan menarik dari segi rekaan, tetapi juga menawarkan menu yang menggiurkan dan suasana yang benar-benar unik.
Lima Kafe Berkonsepkan “Glasshouse” Di Sekitar Lembah Klang;
1. Pokok
Pokok KL adalah destinasi popular bagi pencinta kafe yang Instagrammable. Dikelilingi seni bina bata dan kaca, kafe ini menampilkan tingkap dari lantai ke siling yang membenarkan cahaya semula jadi masuk, mencipta suasana yang menenangkan. Laluan masuk yang dihiasi pokok-pokok rendang dan reka bentuk dalaman yang menggabungkan elemen rustik dan moden menambah keindahan kafe ini. Menu di Pokok KL menawarkan hidangan Timur dan Barat, serta pilihan kopi dan kek yang memuaskan.
Lokasi: MAHSA Avenue, Block B, Jalan Elmu, off Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 9AM – 9PM
2. Pola Dola
ola Dola adalah kafe yang ideal untuk anda yang mencari tempat santai bersama rakan-rakan. Dihiasi dengan dekorasi segar dan dipenuhi cahaya semula jadi, kafe ini bukan sahaja menarik dari segi suasana tetapi juga dari segi menu. Hidangan seperti korean fried chicken sandwich dan trio mushroom soup dan variasi air yang menyegarkan pasti memuaskan selera. Bagi yang datang bersama keluarga, kafe ini turut menyediakan menu khas untuk kanak-kanak, menjadikannya mesra untuk semua.
Lokasi: L33, PT8, Persiaran Setia Alam, Eco Ardence, Shah Alam
Waktu Operasi: Setiap hari; 11AM-10PM
3. Bijou
Bijou, yang baru dibuka dua bulan lalu, benar-benar mencuri tumpuan dengan konsep ‘glasshouse’ yang dikelilingi cahaya semula jadi melalui tingkap kaca di dua tingkat bangunannya. Kini lebih luas dan selesa, Bijou adalah destinasi sempurna untuk bersantai, terutama ketika senja apabila cahaya matahari mencipta suasana magis dan memukau.
Lokasi: 1, Jalan PJU 1A/42A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 9AM – 11PM
4. The Glasshopper
Lokasi: Putrajaya Botanic Gardens, berdekatan Astaka Morocco, Putrajaya
Waktu Operasi: 8:30AM – 8PM (tutup hari Isnin)
5. Locarasa
Locarasa, menawarkan suasana glasshouse yang memikat dengan reka bentuk yang elegan dan moden. Dikelilingi oleh pemandangan alam yang menenangkan, kafe ini merupakan tempat yang ideal untuk bersantai sambil menikmati hidangan istimewa. Reka bentuk yang memanfaatkan cahaya semula jadi menjadikan Locarasa pilihan yang tepat untuk pengalaman kafe yang menenangkan dan bergaya.
Lokasi: Lot P02-2, Bamboo Hills Taman Bukit Bambu, Off, DUKE, Taman Bamboo, 51200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10AM – 10PM
Artikel Berkaitan: Ingin Bawa Kucing Bersama? Ini Kafe Pet-Friendly Perlu Anda Kunjungi