Dari Brunei dia berkelana ke Kuala Lumpur, memperjuangkan minat dan cinta yang sering membuatnya berasa teruja dan ‘ghairah’, yakni muzik. ‘Tarikh Luput’ bingkisan baharu dari Rizal Rasid, kolaborasi suara bersama Tish Errda. EH! membawa Rizal singgah ke Avani Sepang, bermain ombak pantai sambil aroma ikonik Bleu De Chanel dipercikkan menemani hening senja kami.
Tiga perkataan yang menggambarkan karakter diri Rizal?
Unstoppable, berani dan bercita-cita tinggi. I’m a dreamer.
Apa perasaan Rizal apabila setiap kali berada di atas pentas?
Saya berasa bebas dan seronok. Saya suka menghiburkan orang dan itu adalah ruang untuk saya menunjukkan bakat, meluahkan rasa menerusi karya saya. I always feel like home bila berada di atas pentas.
Bagaimana Rizal kekal berinspirasi?
Cara saya kekal berinspirasi adalah dengan melihat kembali apa yang sudah saya capai. Ini saya jadikan sebagai satu peringatan kepada diri sejauh mana sudah saya berjuang, dan ini juga satu cara untuk saya kekal bermotivasi untuk terus melakukan lebih lagi di masa hadapan.
Apa sumber inspirasi utama Rizal dalam kehidupan?
Melihat dan memikirkan apa yang membuatkan saya berasa teruja, yang membuatkan saya rasa sesuatu itu sangat berharga, apa yang mampu menjentik deria saya.
Apakah matlamat atau goals Rizal?
Matlamat atau sasaran utama saya dalam hidup ialah untuk mengekalkan motivasi diri dengan mengingatkan diri saya mengapa saya menetapkan satu-satu matlamat.
Bagaimana muzik memberi inspirasi kepada Rizal?
Saya mendengar bermacam-macam lagu, berbeza genre mahupun bahasa. Dan ia secara tak langsung memberi inspirasi apa yang boleh saya lakukan dengan kerjaya muzik saya, keluar dari zon selesa. Perasaan kita banyak dipengaruhi lagu yang kita dengar. Lagu happy kita rasa gembira begitulah sebaliknya. Tetapi muzik juga sebenarnya yang merawat perasaan duka kita. Bila saya sedih atau feel down, saya mendengar lagu yang boleh menggembirakan diri, membuat saya feel better. Muzik itu merubah perasaan kita jika kita memahami liriknya. Perasaan atau situasi mempengaruhi lagu yang saya dengar.
Apa kuasa sebuah haruman?
Bagi saya haruman itu punya daya penarik tersendiri, biarpun ia tidak terlihat secara fizikal.
Adakah Rizal memilih haruman apa yang mahu dipakai berdasarkan mood atau perasaan tertentu dalam satu-satu waktu?
Boleh dikatakan begitu kerana saya memilih haruman bukan saja bergantung pada mood malah juga apa yang saya pakai. Biasanya jika memilih padanan gelap saya sesuaikannya dengan haruman yang musky dan maskulin. Jika saya menyarung helaian yang lebih berwarna-warni, saya cenderung memilih wangian yang berunsur sporty dan segar.
Apa yang Rizal suka tentang Bleu de Chanel?
Bagi saya ia punya aroma yang menarik, maskulin dan ada elemen sporty yang membuatkan ia sesuai disemburkan tidak mengira masa, siang mahupun malam.
Apa seterusnya yang boleh peminat jangka dari Rizal Rasid?
Banyak yang sudah dirancang khususnya yang berkiatan dengan kerjaya muzik. Dan dalam masa yang sama saya juga mencari ruang untuk mencuba sesuatu yang baru. Seperti yang dilihat saya seorang yang suka bereksperimen, baik muzik mahupun imej. Saya suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan saya.
TENTANG BLEU DE CHANEL
Bleu De Chanel, haruman yang diilhamkan oleh Olivier Polge, pereka haruman Chanel yang mewarisi kepakaran membikin haruman dari ayahnya sendiri, Jacques Polge yang juga pernah duduk di kerusi penting rumah fesyen agung Paris itu.
Menurut Olivier, Bleu De Chanel diramu dengan ramuan yang cukup-cukup dan sempurna untuk menjadi cerminan kepada jiwa lelaki yang mahu berbeza dengan individu lain. Seorang lelaki yang tidak bimbang andai kelemahannya terzahir pada pandangan.
Kelalang kaca bersegi biru ini dipadatkan dengan inti pati kayu cendana dari New Caledonia, sebuah kepulauan di Perancis. Baunya menusuk namun masih membibit rasa segar, pekat likat dan sangat signifikan. Aroma haruman malar segar ini dihangatkan lagi dengan percikan aroma kayu sedar dan juga kacang tonka.
Dan saya percaya kehadiran dua bahan ini amat penting untuk mengklasfikasikan Bleu De Chanel sebagai sebuah haruman yang classy and timeless, sementelah dua ramuan ini sangat signifikan dalam pembikinan minyak wangi.
Chanel menjadikan bau-bau kayu-kayan sebagai satu ekspresi kepada kebebasan yang dicari seorang lelaki menerusi komposisi Bleu De Chanel. Aroma woody adalah satu karakter penting dalam pembikinan haruman yang berjiwa malar segar, yang bisa menjadi satu ekspresi sempurna kepada sifat maskulin seseorang.
Ceritera lanjut tentang haruman ikonik ini di pautan INI!